Tabung nuffnang sayer :

Friday 10 October 2014

Adakah kita benar-benar mengenali pasangan kita 100% sebelum dan selepas berkahwin???

Part ni mesti korang semuaaaa yang dah berkahwin pernah rasa kan??? Maksud aku, sebenarnya kita ni tak kenal 100% lagi pasangan kita sehinggalah kita berkahwin dan duduk sebumbung. Haaa !! Gittew. Sebelum ni kalau orang bercerita macam aku kurang nak amik pot sebab rasa macam dah kenal sangat suami aku sebelum ni. Apadehal kan?? Ceyyyy mcm berlagak sikit. Ye laa aku kenal dengan dia 3 tahun sebelum decide nak kahwin ni. Kira lama jugak la tu. Bergaduh ke apa ke toksah cakap laa. Memang ada semua. So sebab tu kira dah kenal sangat laa kan??? Tapi sebenarnya kita ni belum kenal 100% lagi. Huish.. Banyak perkara yang aku pun sendiri tak kenal dia rupanya.
Kenapa aku cakap aku tak kenal lagi dia 100%? Haa salah satu perangai suami aku ni dia ni pengemas yang amat rupanya. AKu ingatkan pengemas normal macam biasa laaa kan?? Susun atur asal jangan berselerak jek. Tapiii !! Lepas kahwin ni, and duduk serumah ni, mak ai pengemas and pembersih dia kalah perempuan. Dia tak suka tengok rumah bersepah and kotor. Dia nak tengok rumah bersih and kemas jek. Kalau macam aku balik dari keje penat-penat, terus letak tudung atas meja makan ke, apa ke, nanti dia amik tudung tu and sangkut. Ko rasa??? Hahaha atas meja ni memang tak berselerak sebab dia akan susun kemas-kemas. Pendek kata nak tengok barang bersepah tu memang susah. Dia ni macam ada kuasa ting !! Rajin jek nak susun and kemas. Kalau aku?? Kalau dah mai pemalas tu, memang aku tunggu jek laa bila dah bangun ke apa ke baru amik and susun balik. Hihihi
Kasut-kasut pun lepas pakai mesti dia susun balik kat rak. Aduhai part ni aku memang kalau nak masuk rumah memang sepah-sepah jek selipar kat luar. Dia laaa yang amik kasut-kasut tu and susun pada rak balik. Aku pun tak tahu laaahhh mana dia dapat kuasa rajin ni. Huish aku pulak yang rimas. Hahahaha. Sama jugak macam barang-barang kat dapur dia yang susun kemas-kemas. Kalau boleh tak mo ada minyak ke kotor. Hihi
Ruang tamu ni memang kalau aku selerak ke apa ke, mesti akan kemas balik.


barang-barang untuk di dapur pun dah susun kemas-kemas

Tempat rak kasut. Hihi dia xmo ada kasut or selipar langsung di luar rumah. -_-

Dia dah kemas jugak

Ok la tu part rajin-rajin bagi pada dia. Tapi kalau part melipat baju and iron memang failed !! AKu rasa nak ketawa tengok dia lipat baju. Hihi dah macam serupa tak lipat. Iron baju pn dia xpandai. Aptb !! Habis part mengemas-mengemas. Part lain pasal dia adalah caring. Hihihi opss malam-malam dia akan gerak aku, and suruh aku minum air masak yang dia amikkan siap. Aku terkejut jgk kene kejut setiap pagi. Rupa-rupanya dia cakap tak sampai hati dengar aku berdengkur. Jadinya dia amikkan segelas air untuk aku minum. Huhuhu rasa macam aku ni mengganggu dia tidur pulak. Tapi dia cakap orang berdengkur ni waktu tidurnya kurang air dalam badan. Sebab tu dia bagi aku minum air.
Lagi-lagi sikap dia yang aku Nampak laa, dia memang rajin and gentleman. Macam ktorang duduk tingkat atas-atas jugak laa. Lif pun nan hadooo ! Tak apa lah asalkan sewa rumah murah and kawasan ok ! sO setiap barang-barang yang aku pack untuk dibawa pindah, dia yang akan angkut dari dalam kereta ke tingkat atas. Aku pun tak sanggup nak ulang alik naik tangga. Tapi dia xnak aku yang letih. Hihi part ni memang aku terharu jugak laaa. sO setakat ni itu jek la perangai dia yang aku tahu. Harap-harap semua yang positif2 sahaja yeee.

8 comments:

  1. amboi . amboi. cerita pasal husband pulak. nie yang jeles dengan orang berkahwin nie.. haha.. sweet sangat aih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha selalu dgr kekakak jek cite lepas kawin and sebelum kawin perangai lain. kononnye tak kan knl dia 100% lagi. Ingatkan benda tu biasa2 jek. Sekali memang lain kot... HIhihi

      Delete
  2. Part ni memang betul. Saye kenal husband 6 tahun sebelum kawen. memang sebelum kawen lain, lepas kawen duduk serumah lain skit. Suami pun jenis pengemas orangnya. Hihihi. Dia rajin bantu. Kalau kite penat ke apa, tak yah minta dah siap dah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah legaa kalau dapat laki yang membantu hihi . Lgpun tenaga dorang 2x ganda dari kita ni yang pmpuan

      Delete
  3. ada sikit2 sama dengan suami kita.. but tang berdengkur tu x... suami ina yang banyak berdengkur.. hahaha baru 5 bulan kahwin, kalau dah setahun mesti macam2 lagi kita nampka kan.. but, kekurangan dan kelebihan tu pelengkap hidup kita... cewaahh!!!!!!!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa. xth pn selama ni berdengkur hahahaha ... nasib baik la dia mcm ok jek. xth la lps2 ni

      Delete
  4. hehehehe bahagianya hiduppppp~ tahniah dear~ lama x dtg sini.xtau u dh kawen.boleh x gitu.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIhihihi tq :) Baru jgk kahwin dalam 2 - 3 minggu cmtu :)

      Delete