Hello lama bebenor rasa tak update. Hihihi 2 hari nih macam busy jek sebab attend talk di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Nak tak nak memang kene dengar dari pagi smpai ke petang. Jadik tak ada masa nak update entri. Pagi tadi pun event tu dirasmikan oleh our Prime Minister. Oh ya, sebenarnya nak chegite pasal Berjaya memasak. Hahahaha mesti orang cakap kelakar kan? Sebab memang aku tak lah pandai memasak sangat. Entri sebelum ni aku ada beritahu pasal memang dari kecik, mak memang tak pernah ajar pun. Selalu semua maid yang prepared. Kitorang tahu NGAP !!! sajooo. Dasyat kan? Last sekali diri sendiri yang rugi sebab tak terror nak memasak. Ish !!! menyesal tau !
Tapi... tapi.... tak apa, memasak ni boleh belajor. Minggu lepas, entah kenapa tetiba hati ni berkobar-kobar nak sediakan ayam masak butter kan. Hah jangan tak tahu chicken buttermilk ni one of my favorites wei !! Kalau lunch dengan kengkawan opis kat atap-atap (kedai makan Rashid Sidek), confirmed benda utama aku order Ayam garlic butter. Kat situ tulis macam tu laaa. Tapi aku try google cara nak masak tu, ayam buttermilk jek pn. Tak ada pulak garlic. Hihii sO jumaat lepas, lepas habis keje tros pegi carik bahan-bahan untuk masak.
Bekal untuk en.suami. Aku panaskan yang lebih tu untuk dia bawak pagi esok |
Hihihi ni kira kali kedua la aku masak kan. Before yang cempedak goring tu. Hihihi Alhamdulillah berhasil dengan jayanyaaaa. Haha padahal main campak jek bahan-bahan. Untuk ayam butter ni pun tak banyak sangat pun bahan-bahannya. Kira senang dicarik ! Bahan-bahan yang aku guna untuk masak ayam masak butter ni.
Bahan-bahan:
1. Ayam dipotong dadu / kecil-kecil.
2.serbuk kunyit
3. Daun Kari
4. Cheese
5. Butter
6. Gula
7. Garam
8. Susu cair
Cara-caranya:
1. Potong ayam tanpa tulang kepada kecil-kecil macam nk goreng kunyit. Perap dengan serbuk kunyit + garam
2. Lepas goreng tos letak ditepi. Jangan terlalu garing nanti keras pulak
Untuk sos butter pulak:
1. Cairkan Butter tu. Setelah cair, masukkan daun kari
2. Dah naik bau, masukkan la 1 tin susu cair. Gaul and masukkan juga hujung sudu kecik cheese
3. Kacau dan api sederhana.
4. Masukkan gula dan gaul sehingga pekat. Dah agak pekat and kena selera anda, masukkan laa ayam goreng tadi. Gaul dan boleh angkat.
Step pertama |
step kedua agak2 dah nak pekat |
ni dah nk hampir masak. Setelah ayam dimasukkan |
sedapnya nak try buat jgklah nanti :)
ReplyDeleteHihihi sedap. try la nanti :)
DeleteOh kita senasib nokkk! Tapi takpe, google kan hado! Bila dah kawen ni, otomatik akan usaha sendiri nak belajar masak kan kan? Sebab tu la dulu aku pemalas nak belajar masak walaupun mak aku bebel2! Boleh? Enjoy your new life babe!
ReplyDeletehihi gitu laaa. google kan hadoo. Nasib baik la menjadik kan??? Hihihi
Delete