Harini macam nak share resepsi aku lah masa wedding tempoh hari. Wedding dah lama lepas tapi baru ada masa nak update entri kan?? So far syukur majlis berjalan dengan lancar walaupun agak rushing sebenarnya. Kenapa rushing?? Sebab majlis aku ni berjalan dalam satu hari semua dari bertunang, nikah dan resepsi. Fuh ! Memang penat habis malam tu. 1 hari tu memang tak dapat rest langsung. Sehari sebelum majlis tu aku dah sibuk-sibuk tolong mak buat apa yang patut. Ayah da tak bagi aku keluar rumah sebab ikotkan memang tak elok pengantin keluar sehari sebelum majlis katanyaaaa. Haaa jadik aku tolong mana yang patut di rumah la. Isi bunga telur, layan saudara mara yang datang dlu walaupun parents aku dah sediakan homestay untuk dorang, tapi saja datang nak tengok pengantin dulu kot. Hihihi
Malam tu memang tidur lewat jugak. Mata ni tak leh nak lelap pulak walau jam dah dekat 12.00 tengah malam. Adoii nebes ke apa tak tahu la. Tapi rasa macam biasa jek ! Mak pulak petang smpai malam dok di dewan uruskan pelamin and susun atur meja makan. Ayah pulak tunjuk homestay pada saudara-mara yang datang. Ye lah dorang bukan tahu pun kt mn homestay tu kn? sO smpai ke 2.00 pg pn masih ada yang baru smpai and terpaksa laa tunjukkan jalan. Huish begitulah kalau event nak start pepagi esok. Majlis akad nikah start jam 9.00 pagi. Jadi sebelum 9.00 pagi tu terpaksalah bersiap-siap untuk ke sana.
Pagi tu 6.30 pagi lagi aku dah bangun. Mata ni rasa tak leh nak bukak lagi. Huhuhu rasa macam tidur pn sekejap jek. Sad. haha tapi dengan langkah lemah tu p mandi terus segar balik. Air sejuk gler walau ada water heater pasal aku jenis tak berapa suka guna water heater tu. Bila kene air sejuk tu rasa la nyaman sikit. Segar anak mata and kepala. Aku cuma harap-harap tak migraine laaa. Huhuhu sebab aku ni mudah kene migraine kalau penat or pening.
Jam 7.00 pagi lagi tukang make up dah smpai and make up kan aku, sO dalam 2 jam jugak la bersiap. Sampai kat Dewan dalam 9.00 pagi jugak. Time tu semua orang dah tunggu aku. Tok kadi pn ada di luar rileks2 lagi lega laaa. sO sempat lah sesi sarung cincin untuk majlis bertunang dlu. Alhamdulillah sempat jadik tunangan orang untuk 30 minit. Hihihihi lebih kurangla sebab campur dengan tempoh tazkirah by tok kadi kan? Oh entri akad nikah aku ada selit dalam entri sebelum ni :
Engagement & Solemnization
|
batal air semayang |
|
both parents dua belah pihak |
Majlis akad nikah habis dalam jam 10.30 pagi macam tu so we all tros shoot balik homestay yang terdekat shj and bersiap2 di sana. Dalam jam 12.30 tghari tu we all dah bergerak ke dewan. Oh majlis ni di buat di The Royal Pahang Golf Club. Dewannya kecik shj jadi senang nak manage kawan2 yang datang.
Untuk majlis bersanding, aku memilih suite and dress kaler putih shj. Memandangkan dress dah kaler putih, sebab itu aku pilih majlis akad nikah kaler soft pink. Supaya tak lah sama je warna kan? Aduhai.. cuma tak tahannya kene pegang kain tu time berjalan sebab kainnye labuh meleret-leret. Huhuhu pakai kasut tinggi pun masih kain meleret2 macam sapu sampah dah rasa. Sebenarnya aku sangat in LOVE dengan pelamin tu. Hihihi tema macam fairy tales sangat kan?? Lalalalalala
|
ketibaan pengantin |
|
Tak ingat dah berapa inci kasut aku pakai tu. Tu pun masih tak leh sama dengan encik suami |
|
In love jugak dengan Kek 3 tingkat ni sebab sangat sedap !!! Hihii |
|
suka gmbar ni sebab semua family both side ada |
|
my family |
Hihihi ok tu jek nak cerita pasal reception aku. Oh ye aku memang amik pakej utk majlis nikah smpai sambut menantu nanti. Harga pn reasonable. Tak mahal. Boleh kata harga dia memang murah laa. Baju pun aku sewa sebab tak minat nak tempah. Hihihi. Lepas majlis ni sibuk dengan urusan pindah rumah. Nanti aku update pasal rumah sewa pulak yee. Hihihi
|
sempat bergambar di photobooth sendiri :) |
Tahniah sis.. lawanya dress... T__T
ReplyDeleteTQ hafiz Hihihi .. Semua ni memang simple bajet. Sebab memang nak Nampak mahal, tapi sebenarnya bajet murah jek :) Alhamdulillah berjaya
DeleteSalam.. Dewan ni sewa skali dgn kerusi meja ke cmane? Mcm cantik je..
ReplyDeleteWslm. Myra dewan ni hanya sewakan dewan sahaja. Kerusi and meja we all sewa dengan orang lain. Total Dewan and kerusi meja dalam RM3k lbh jgk arituh.
DeleteSalam. Boleh minta contact number bridal ni x? Sangat sukaa pelamin tu. 😊
ReplyDeletedewan tu kecik sgt ke?
ReplyDeletexkecik bole muat dalam 500-700 oarng
Delete