Tabung nuffnang sayer :

Sunday, 20 March 2016

Misi mencari peti sejuk: apa sajaa untuk baby !

Haish seminggu yg lepas aku sibuk dok usha peti ais. Memula tu fikir punya fikir nak beli deep freezer la. Sebab stok susu ebm nak letak dekat freezer ni tak muat. Al-maklumlah aku pakai peti pintu 1. Peti pintu 1 ni hanya boleh simpan 14 hari sahaja. Pulak space dia teramatlaaah kecik. Kesian nak simpan susu pun kene simpan dekat chiller smpai 5 hari tunggu turn naik ke frozen. Huhuhu. Lepas tu pulak peti 1 pintu ni kene defrost yang tak tahan tu. Kalau tinggal lama dia punya ais tepi-tepi tu naik masyaa Allah seksa aku nak menarik susu keluar. Tersepit dekat ais yang semakin berkembang tepi-tepi. Makanya untuk elak stress setiap kali fikir untuk simpan stok, aku pun bercadang nak beli deep freezer la. Usha punya usha harga deep freezer almost RM500 - RM1500. Punya mahai jugak, tapi berbaloi la bagi yang nak simpan susu sahaja. Macam aku ni susu tak adalah meriah sangat-sangat tapi kalau nak simpan dekat frozen tu perlu jugak space besar. Kalau beli deep freezer tu macam terlalu besar. Hurmm hurmmm berfikir lagi. Memang seminggu tu puas dok berfikir. 

Memang dalam kepala masa mula-mula planning awal nak beli deep freezer la. Tengok google review mcam syoookkk tengok orang simpan susu dalam deep freezer. Deep freezer pulak ada 2 jenis. 1 yang buka atas tu, 1 jenis pulak macam almari. Okey jugak tu tapi mahal sangat. Survey punya survey ada la tjmpa harga deep freezer RM499. Tapi balik tu berfikir semula. Hurmm still rasa macam membazir. Nak beli peti lagi nanti bila masuk rumah baru. Haish tak leh jadik. sO en.suami dok tengok bini dia penat berfikir, dia pun bagi duit untuk beli peti. Hihihi terus senyum sampai telinga and misi mencari peti sejuk yang besar terus. Rasanya tak rugi kot beli peti sebab lepas ni boleh pakai untuk isi bahan-bahan nk blend makanan baby. Nak simpan susu, nak simpan stok solid food baby. Oh banyak nye space peti nak pakai. 

Kalau tengok bahagian frozen peti lama aku memang agak sedih sikit. Huhuhu camne nak ada mood simpan susu ebm banyak2. Kesian baby kan?? Huhuhu masalah peti lama ni :

1. Kene defrost selalu. Kalau tak defrost jadik la camni. Ruang makin sempit and himpit susu-susu. Itu yang jadik susah nak keluarkan susu. 

2. Space agak kecik. Bulan depan baby dah masuk 6 bulan. Nanti nak kene bahan-bahan untuk buat solid food dia. Mana nak simpan sayur, buah-buahan. Makanan solid, susu lagi. Sigh -_-'

3. Susu boleh simpan 14 hari shj dalam frozen untuk peti 1 pintu






Disebabkan selalu pening kepala berfikir untuk beli peti mana? camne nk simpan stok. so en suami bagi duit untuk beli peti baru. Hik hik akhirnya lepas survey beberapa kedai. Teros berkenan peti samsung yang baru. 490L RM2k jgk. Fuh ! Berpeluh nak bayar tapi nk buat mcam mana, peti kan kita beli sekali jek 7 - 10 tahun. sO beli la yang selesa and puas hati terus! 




TQ Encik suami
lepas ni boleh simpan stok banyak2 tak perlu risau space lagi. 

Tuesday, 8 March 2016

Laana's Akikah Done !!!

Assalamuaikum and good afternoon ! Hihihi masih kepenatan arini . Mood pun swing..swing balik dari cuti yang lama. Cuti tak kemana pun tapi ada majlis akikah untuk si anak dara cenonet ku. So Selesai sudah majlis akikah untuk Laana. Ibu cuma buat majlis simple-simple sahaja. Hihi nak buat grand..grand membazir. Kita buat yang simple-simple jek. Asalkan meriah.. Hari Khamis tu aku tergesa-gesa balik dari opis. Amik baby. Nasib baik mintak pengasuh mandikan Laana siap-siap. sO sampai di rumah jam 4.30 petang. AKu mintak nak balik awal. Sebab flight 9mlm. Bayangkan kalau ke airport subang tu kenalah pergi awal. sO 6ptang teksi sampai sebab we all pergi airport dengan teksi jek. Dari puchong ke Airport Subang RM40.00 

Smpai airport dalam jam 7.30 petang. Nak check in lagi ting tong ting tong makan sat. Jam dah pkul 8.30 mlm. sO we all bergegas ke boarding. Jam 9.00 mlm flight berlepas ke Kota Bharu Kelantan. Hihihi baby Laana first journey with flight. Ibu dulu masa masuk UiTM Sarawak baru dapat merasa naik flight baby. Baby 4 bulan dah naik flight ! Baby sangat behave sepanjang di airport and sempat tidor dekat McDonalds masa ktorang nak makan. Good girl baby. Eksaited nak balik kampung ye baby? 

Tapi dalam flight tu baby meragam la memula, Sebabnya infant pun kene pakai seat belt jugak. so dia agak rimas and meragam. About 20 minutes jugak la dia mcm menangis and merengek. Last-last aku baringkan and tidurkan dia. Fuh ! Tidur pun. Sampai laaa dan depart. Hihihi bertuah betul. Then dengan mata bengkak bangun tidur dia buat muka confius. Eh aku kat mana???  hahahahaha .. Tok abah and tok Umi dah eksaited jugak tunggu baby. 

Majlis akikah start lepas zohor sabtu lepas di rumah mak mertua di Kota Bharu. Saja nk buat di rumah mertua sebab ramai sedara mara di Kelantan. Kalau buat di Kuantan tak ada sedara mara pulak nak datang. Jauh kot ! Pagi tu baby pagi-pagi dah mandi. Dia bangun memang jam 7 pg setiap hari. Dah tu nanti pkul 9 .. 10 pagi mula la mengantuk. sO dia tidur dulu . Lama jugak tidur. Mana taknya. Tok Abah dia memang pasangkan aircond pagi petang siang malam kalau baby ada. Cucu punya pasal ! cuaca di kelantan memang panas sangat !

Lepas zohor tu aku dah siap-siapkan baby. Dia bangun sendiri and pelik tengok ibu and ayah dia dah siap cecantik. Hahaha suka tengok muka confius dia. 

Taraaa baby dah siap !


Ibu and baby 

family kecil

so far tetamu yang hadir pun lebih 200 orang macam tu. Memang simple pun majlis ni. Tak ada buaian or berendoi. Tak ada pelamin cantik. Memang cukup syarat and asalkan meriah. Itu pun dah cukup meriah dengan tetamu. Doorgift pun tak ada. Sebabnya kami memang menjamu orang ramai. Untuk perempuan akikah cuma seekor kambing. Laana punya akikah seekor kambing biri-biri @ Qibas. Kambing memang habis licin. Sekejap jek la dah habis. Semua lauk memang we all masak sendiri tak ada catering pun. Makcik en. suami yang tolong. Memang dia banyak membantu. Sedap pulak tu!! Alhamdulillah selesai dah pun 1 bab anak . hihi .. semoga Laana jadi anak solehah dan baik budi pekerti. Hari-hari 1 jek ibu mintak dari Allah . Sihatkan baby selalu. Ibu nak tengok Laana membesar dengan sihat. ^_^

Jom layan gambar-gambar majlis Laana tu la










Kalau dia dah rimas aku kenalah calm down kan dia. Bagi dia sejuk. Masuk bilik ada aircond. Nanti dah okey minnum susu bawak keluar balik jmpa tetamu. Mana boleh tuan rumah dok dalam bilik jek kan??



Then setelah 5 hari di Kelantan, we all pun kene berangkat balik ke KL semula. Untungla baby... sebab dapat banyak hadiah dari atok and neneknya.

TQ 

Tok ayah hadiahkan carpert patchwork untuk baby guling-guling lebih selesa and tak miang

Tok Abah hadiahkan stroller. Haha baby ada 2 stroller yer. Stroller ni lebih kecil and ringan. Boleh masuk kereta laaa. Lagi satu dapat termometer check suhu yang pancar di dahi + telinga. 1 saat da boleh dapat result. Mahal jugak tu. huhu

mummy tok sebab hadiahkan gelang emas ala che ta

tok umi hadiahkan rantai emas. 



Sunday, 28 February 2016

S.U.P.R.I.S.E.D !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

25 February lepas umoq da terlebih setahun. Huhuhu sedeyyy dah tuaaa. Dah masuk 3 series dah. Macam tak percaya jek !!! OH NO!!! Huhuhu Tapi kira okey laaa umor 30 tahun dah achieved macam-macam dalam life. 

1. Keluarga kecil
2. Baby
3. Rumah sendiri
4. Kereta sendiri

Ada orang sebelum 30 dah achieve semua ni kan?? NEVERMIND. Apa yang aku ada dah cukup syukurrr. Aku cuma berharap Allah kurniakan kesihatan yang baik pada kami sekeluarga, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi DIA yang maha ESA.  Oh sebenarnya masa 25 february tu aku sendiri tak sangka tiba-tiba ada suprised untuk aku. Encik suami tetiba buat kejutan bagi hadiah birthday dengan delivery. Memang tak sangka dia pandai pulak buat kejutan kan?? Ingatkan tak pandai *icon jelir lidah pejam mata*

Termalu pulak i sebab ramai yang nampak posmen hantor bunga n belon tu. 




Ada lagi !! hihi tahun ni dapat hadiah jam . Hadiah birthday + hadiah bersalin Laana. 
kikikiki 



Masuk opis harini pulak. BFF aku pulak buat suprised hantar hadiah. Yang lucu dia letak kt receptionist ktorang. sO akak receptionist call and panggil cakap ada orang bagi hadiah. CIsss rupanya BFF ku. BFF kt opis laa. hihi . 

Haha thanks amoi ! Every year without fail, i receive a birthday gift from you. Memang setiap tahun kami saling mengingati hari jadi memasing. Hik hik .. 


Taraa ni la dia BFF aku di opis :)
Chinese siam dari Kelantan



Tuesday, 23 February 2016

Western murah di Maipi Corner Jalan Kebun, Shah Alam

Tak sangka betul masih ada kedai makan yang menawarkan harga murah di kala ekonomi negara tengah di saat krisis and barang semakin mahal ni. Nak shopping banyak-banyak pun risau and kene fikir untuk berjimat-cermat. Tapi tu lah, memang betul tak sangka masih ada lagi kedai makan yang murah. Especially western dia laaa. Kalau nasi goreng ke apa ke tak kisah sangat. Tapi pernah ke korang makan Chicken cop RM5.50? Lamb cop RM6.50????? Hihihi makanan pun not bad. Sangat sedapppp and puas hati. 

Sebenarnya kebetulan jugak ktorang ni keluar berjalan-jalan. Perut lapar. Tengok jam eh dah nak pkul 6 petang. sO dah duduk area Kota Kemuning sebab tengok rumah yang dalam progress nak siap tu, sO teringat kedai Maipi Corner ni. Terus ajak en.Suami ke sana. Waktu operasi kedai jam 4.00 petang. sO we all sampai situ dalam 5.40 petang cmtu laa. Masa sampai tu orang dah ramai tapi masih ada tempat and meja makan yang kosong. Adalah beberapa meja gitu. sO belek-belek menu, nak Order tu orang dah beratur agak panjang jugak. Sekali tengok belakang mak ai orang ramai giler bederet tunggu kat luar kedai dah !! Ramainye orang sebab ada yang berdiri and tunggu turn kan pelanggan yang dah sudah untuk bangun.

Nasib baik ktorang awal sikit jeekkk. Awal 15 minit gitu. Kalau datang pkul 6 sure confirm punya tak ada tempat duduk. Mau berdiri lama laaa jawabnya. Hihihi sesudah order tu kene tunggu dalam 15 minit jugak laa sebab orang ramai kan? Bau dah semerbak duduk kat dalam tu. Then tak lama tu taraaaaaaaaaaaaaaaaaa makanan pun sampai. Memang banyak sos dia ! I loike !


Aku order chicken cop. En. suami pulak lamb cop 





Air dia pun gabag kat sini. Besar kot!! Tapi murah
Aku order hot chocolate RM3.50
En. Suami milo ais RM5.00 






Antara menu dia:



banyak lagi menu dia. ada
Chicken wings
meatballs 
etc.




peta ke maipi corner


Sunday, 21 February 2016

STROLLER apa????

Hihihi entri ditujukan kepada seseorang yang mintak review pasal stroller apa aku pakai? Nampak macam baby selesa dalam tu? Yes sebenarnya memang baby Laana suka dok dalam stroller tu berbanding baby carrier. Kadang duduk sekejap dalam baby carrier dia dah mengamuk. Mungkin nak tengok orang tak boleh kot. Macam-macam hal ! Tunggu la dia dewasa 6 months above pakaikan balik. Now back to stroller. Cuma stroller aku ni gabak besar pulak. Tapi tak apa laaa janji dia selesa. Tak ada pun niat nak cari lain lagi. Tunggu cari kete besar sikit lah pulak. Eh !!!! hahaha masih sedang survey kereta apa yang ssuai untuk family car. Nak beli besar sikit supaya boleh letak banyak barang, especially stroller. 


Seronok tak tengok princess ni tido dalam stroller dia?? For me kalau nak berjalan lama di shopping mall, better bawak stroller la sebab kesian baby kan if kita nk berdukung sepanjang berjalan. Kalau bawak stroller tu at least dia boleh tidur dengan selesa. Stroller yang aku beli ni tak yah beli insert bagai dah. Dia dah memang ada spounge da bg selesa. Aku cuma letak bantal jek so dia dah comfort sangat. Siap tertidur lagi tu. 



  


So far aku okey jek stroller ni walau design biasa-biasa. Tak canggih mana pun asalkn harga berbaloi. Tengok kualiti pn macam kukuh. Hihihihi boleh pakai untuk dia smpai umur 4 tahun kan??? Harga very reasonable. Masa aku beli ni dekat expo baby di Mid Valley. Harga RM699 sekali dengan car seat. Stroller + Car seat. Sebenarnya boleh letak car seat kat atas stroller untuk baby bawah 6 months tapi tak apalah prefer macam ni lagi. 

1 set macam gmbar google di bawah



Ni kalau car seat tu di bawak ke atas untuk baby bawah 6 months boleh la. 
 Material yang digunakan



Car seat tu memang letak dalam kereta jek laa. Sambil-sambil driving dia duk sebelah. So sebab tu malas nk bawak dengan stroller


Thursday, 18 February 2016

Saya sayangggg anak saya!

Hihihi mood arini tetiba kelaut sikit. Al maklumlah. Hari jumaat kan. Esok dah weekend. For sure mood bekerja memang kusam. Tapi tetap gigihkan diri menyiapkan keje apa yang patut lagi. Keje memang tak pernah habis. Hari ni genap baby Laana 4 bulan. Ewah dah rasa macam dah besar dah dia. Lagi 2 bulan  cukupla dia menyusu untuk 6 bulan. Target untuk 6 bulan dulu sebab tak nak laa berharap sangat. Then if da capai 6 bulan tu, nak target untuk 1 tahun. Alhamdulillah if dapat sampai BF anak 1 tahun. Then baru set to 2 years. 


Sape tak sayang anak oiii ! Hihihi alhamdulillah dah selesai pun urusan untuk buat insurans perubatan Laana ni. Kiranya umor dia 3 bulan dah ada insurans perubatan sendiri. Ni jek mampu aku sediakan setakat ni untuk dia. Boleh tersenyum dah bila kad dia dah sampai. sO apa lagi baby nak?? hik hik hik 

Daftar akaun tabung haji and haji = done!
Akikah = Mac ni 
Insurans perubatan = done
sunat = done
Vaksin pneumococcal = done 1st jab (ada 3 jab lagi)
Vaksin Rotavirus = done 1st vaksin (ada 2lagi vaksin)

Fuh ! Lap peluh. Nak tengok anak lengkap and cukup segalanya. Sebagai ibu mestilah kita nak sediakan semua ni kan?? 

puas hati dapat sediakan ni utk dia






Aku ni bukan nye orang ada-ada, sO kenelah siapkan insurans perubatan untuk si kecik ni. Incase dia kene warded ke apa ke, at least ada la untuk cover kan? Tu jek la harta akhirat ku. Bukan nak mintak tapi saja standby. Bila dia dah besar nanti after dia 23 years or da keje nanti pandai-pandai dia sambung untuk bayar pulak. Tak mahal cuma RM150 sebulan. Macam ayah aku dlu dah prepare untuk aku insurans. Sekarang aku cuma sambung bayar sahaja. 

Ibu dan anak dah ada kad insurans perubatan 



Tuesday, 16 February 2016

Anak ooo anak ! Terpaksa mengangkut bag GABAG ni..



Anak ooohhh anak ! huhu macam-macam dah haaa ibu beli nih. Perabis duit untuk kamu seorang jek ! Bukan mengeluh tapi haha geram pulak rasa bila dia tak nak direct feeding lagi. Memang tak mau langsung. Tapi memalam bila tidur tu kalau dia Ek.. Ek .. Ek... aku direct kan jek dia okey. Tak sedar lettew ! sO aku try cari solution mcm mn la kalau nak keluar jenjalan tu nanti? Tak akan nk mengangkut susu ebm, ice pack, pastu dengan beg nak letak handphone + dompet lagi??????  Oooh gosh !!! Please help me. Nanti dah jadi pepohon yang banyak benda-benda menumpang pulak. 

Lepas tu aku terUsha kawan-kawan ada yang pakai beg Gabag. Cantik-cantik design begnya. Hihihi lepas tu mula lah aktiviti menggoggle review pasal beg ni pulak. Design lawa-lawa. Macam-macam pattern pulak daaahhhh ! Sungguh aku rasa tergoda jugak laah. Kalau tak, tak akan TERbeli yeeee ! Okey habis lagi duit kerana si Baby Laana punya pasal. Hishh !!! Tak apa laaa sekarang boleh beli-beli lagi. Nanti rumah dah siap perbelanjaan pun limited pulak. sO mari kita membeli sekarang. 

Sekarang ni kalau nak keluar berjalan-jalan or kemana sahaja la. Aku kene bawak:

1. Termos air panas
2. bekas untuk panaskn susu
3. Susu ebm kalau keluar 4 - 6jam kene bawak 6 oz susu
4. ice pack
6. pampers
7. lampin serbaguna
8. wet tissue
9. hand sanitizer
10. dompet
11. handpone
12. baju baby standby kot dia muntah ke apa ke


sO semua barang-barang ni aku sumbat dalam beg Gabag tu. Habis ceritaaaa ! hihi senang 1 beg tros bawak. tak berapa berat if bawak 1 icepack and 1 botol susu isi susu ebm. Berbaloi jugak laa. Price pun dalam RM98.00


Design-design lain: