Assalamuaikum and good afternoon ! Hihihi masih kepenatan arini . Mood pun swing..swing balik dari cuti yang lama. Cuti tak kemana pun tapi ada majlis akikah untuk si anak dara cenonet ku. So Selesai sudah majlis akikah untuk Laana. Ibu cuma buat majlis simple-simple sahaja. Hihi nak buat grand..grand membazir. Kita buat yang simple-simple jek. Asalkan meriah.. Hari Khamis tu aku tergesa-gesa balik dari opis. Amik baby. Nasib baik mintak pengasuh mandikan Laana siap-siap. sO sampai di rumah jam 4.30 petang. AKu mintak nak balik awal. Sebab flight 9mlm. Bayangkan kalau ke airport subang tu kenalah pergi awal. sO 6ptang teksi sampai sebab we all pergi airport dengan teksi jek. Dari puchong ke Airport Subang RM40.00
Smpai airport dalam jam 7.30 petang. Nak check in lagi ting tong ting tong makan sat. Jam dah pkul 8.30 mlm. sO we all bergegas ke boarding. Jam 9.00 mlm flight berlepas ke Kota Bharu Kelantan. Hihihi baby Laana first journey with flight. Ibu dulu masa masuk UiTM Sarawak baru dapat merasa naik flight baby. Baby 4 bulan dah naik flight ! Baby sangat behave sepanjang di airport and sempat tidor dekat McDonalds masa ktorang nak makan. Good girl baby. Eksaited nak balik kampung ye baby?
Tapi dalam flight tu baby meragam la memula, Sebabnya infant pun kene pakai seat belt jugak. so dia agak rimas and meragam. About 20 minutes jugak la dia mcm menangis and merengek. Last-last aku baringkan and tidurkan dia. Fuh ! Tidur pun. Sampai laaa dan depart. Hihihi bertuah betul. Then dengan mata bengkak bangun tidur dia buat muka confius. Eh aku kat mana??? hahahahaha .. Tok abah and tok Umi dah eksaited jugak tunggu baby.
Majlis akikah start lepas zohor sabtu lepas di rumah mak mertua di Kota Bharu. Saja nk buat di rumah mertua sebab ramai sedara mara di Kelantan. Kalau buat di Kuantan tak ada sedara mara pulak nak datang. Jauh kot ! Pagi tu baby pagi-pagi dah mandi. Dia bangun memang jam 7 pg setiap hari. Dah tu nanti pkul 9 .. 10 pagi mula la mengantuk. sO dia tidur dulu . Lama jugak tidur. Mana taknya. Tok Abah dia memang pasangkan aircond pagi petang siang malam kalau baby ada. Cucu punya pasal ! cuaca di kelantan memang panas sangat !
Lepas zohor tu aku dah siap-siapkan baby. Dia bangun sendiri and pelik tengok ibu and ayah dia dah siap cecantik. Hahaha suka tengok muka confius dia.
Taraaa baby dah siap !
Ibu and baby
family kecil
so far tetamu yang hadir pun lebih 200 orang macam tu. Memang simple pun majlis ni. Tak ada buaian or berendoi. Tak ada pelamin cantik. Memang cukup syarat and asalkan meriah. Itu pun dah cukup meriah dengan tetamu. Doorgift pun tak ada. Sebabnya kami memang menjamu orang ramai. Untuk perempuan akikah cuma seekor kambing. Laana punya akikah seekor kambing biri-biri @ Qibas. Kambing memang habis licin. Sekejap jek la dah habis. Semua lauk memang we all masak sendiri tak ada catering pun. Makcik en. suami yang tolong. Memang dia banyak membantu. Sedap pulak tu!! Alhamdulillah selesai dah pun 1 bab anak . hihi .. semoga Laana jadi anak solehah dan baik budi pekerti. Hari-hari 1 jek ibu mintak dari Allah . Sihatkan baby selalu. Ibu nak tengok Laana membesar dengan sihat. ^_^
Jom layan gambar-gambar majlis Laana tu la
Jom layan gambar-gambar majlis Laana tu la
Kalau dia dah rimas aku kenalah calm down kan dia. Bagi dia sejuk. Masuk bilik ada aircond. Nanti dah okey minnum susu bawak keluar balik jmpa tetamu. Mana boleh tuan rumah dok dalam bilik jek kan??
Then setelah 5 hari di Kelantan, we all pun kene berangkat balik ke KL semula. Untungla baby... sebab dapat banyak hadiah dari atok and neneknya.
TQ
Tok ayah hadiahkan carpert patchwork untuk baby guling-guling lebih selesa and tak miang
Tok Abah hadiahkan stroller. Haha baby ada 2 stroller yer. Stroller ni lebih kecil and ringan. Boleh masuk kereta laaa. Lagi satu dapat termometer check suhu yang pancar di dahi + telinga. 1 saat da boleh dapat result. Mahal jugak tu. huhu
mummy tok sebab hadiahkan gelang emas ala che ta
tok umi hadiahkan rantai emas.
Comel Laana. Lega kan dah aqiqah anak kita. Kite pon aritu Alhamdulillah dipermudahkan
ReplyDelete