Tabung nuffnang sayer :

Sunday, 20 March 2016

Misi mencari peti sejuk: apa sajaa untuk baby !

Haish seminggu yg lepas aku sibuk dok usha peti ais. Memula tu fikir punya fikir nak beli deep freezer la. Sebab stok susu ebm nak letak dekat freezer ni tak muat. Al-maklumlah aku pakai peti pintu 1. Peti pintu 1 ni hanya boleh simpan 14 hari sahaja. Pulak space dia teramatlaaah kecik. Kesian nak simpan susu pun kene simpan dekat chiller smpai 5 hari tunggu turn naik ke frozen. Huhuhu. Lepas tu pulak peti 1 pintu ni kene defrost yang tak tahan tu. Kalau tinggal lama dia punya ais tepi-tepi tu naik masyaa Allah seksa aku nak menarik susu keluar. Tersepit dekat ais yang semakin berkembang tepi-tepi. Makanya untuk elak stress setiap kali fikir untuk simpan stok, aku pun bercadang nak beli deep freezer la. Usha punya usha harga deep freezer almost RM500 - RM1500. Punya mahai jugak, tapi berbaloi la bagi yang nak simpan susu sahaja. Macam aku ni susu tak adalah meriah sangat-sangat tapi kalau nak simpan dekat frozen tu perlu jugak space besar. Kalau beli deep freezer tu macam terlalu besar. Hurmm hurmmm berfikir lagi. Memang seminggu tu puas dok berfikir. 

Memang dalam kepala masa mula-mula planning awal nak beli deep freezer la. Tengok google review mcam syoookkk tengok orang simpan susu dalam deep freezer. Deep freezer pulak ada 2 jenis. 1 yang buka atas tu, 1 jenis pulak macam almari. Okey jugak tu tapi mahal sangat. Survey punya survey ada la tjmpa harga deep freezer RM499. Tapi balik tu berfikir semula. Hurmm still rasa macam membazir. Nak beli peti lagi nanti bila masuk rumah baru. Haish tak leh jadik. sO en.suami dok tengok bini dia penat berfikir, dia pun bagi duit untuk beli peti. Hihihi terus senyum sampai telinga and misi mencari peti sejuk yang besar terus. Rasanya tak rugi kot beli peti sebab lepas ni boleh pakai untuk isi bahan-bahan nk blend makanan baby. Nak simpan susu, nak simpan stok solid food baby. Oh banyak nye space peti nak pakai. 

Kalau tengok bahagian frozen peti lama aku memang agak sedih sikit. Huhuhu camne nak ada mood simpan susu ebm banyak2. Kesian baby kan?? Huhuhu masalah peti lama ni :

1. Kene defrost selalu. Kalau tak defrost jadik la camni. Ruang makin sempit and himpit susu-susu. Itu yang jadik susah nak keluarkan susu. 

2. Space agak kecik. Bulan depan baby dah masuk 6 bulan. Nanti nak kene bahan-bahan untuk buat solid food dia. Mana nak simpan sayur, buah-buahan. Makanan solid, susu lagi. Sigh -_-'

3. Susu boleh simpan 14 hari shj dalam frozen untuk peti 1 pintu






Disebabkan selalu pening kepala berfikir untuk beli peti mana? camne nk simpan stok. so en suami bagi duit untuk beli peti baru. Hik hik akhirnya lepas survey beberapa kedai. Teros berkenan peti samsung yang baru. 490L RM2k jgk. Fuh ! Berpeluh nak bayar tapi nk buat mcam mana, peti kan kita beli sekali jek 7 - 10 tahun. sO beli la yang selesa and puas hati terus! 




TQ Encik suami
lepas ni boleh simpan stok banyak2 tak perlu risau space lagi. 

3 comments:

  1. wah, puas hati dapat beli peti ais besaq. memang tak rugi.

    sue dulu beli deep freezer jenis drawer. senang simpan ebm dan puree baby.

    peti ais 1 pintu isi ikan, ayam segala macam2 benda nak makan.

    ReplyDelete
  2. Kita pun dk penng nak beli peti.. survey aeon, tesco lastly hold dulu.. tggu cari rumah swwa baru nak beli... hhehehe.. sebab ebm la jadi pening.. tapi demi mu anak..hehehe

    ReplyDelete
  3. demi anak sanggup la beli apa2 jea kan.beza sgt saiz peti yg lama dan baru.hihi

    ReplyDelete