Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 18 February 2016

Saya sayangggg anak saya!

Hihihi mood arini tetiba kelaut sikit. Al maklumlah. Hari jumaat kan. Esok dah weekend. For sure mood bekerja memang kusam. Tapi tetap gigihkan diri menyiapkan keje apa yang patut lagi. Keje memang tak pernah habis. Hari ni genap baby Laana 4 bulan. Ewah dah rasa macam dah besar dah dia. Lagi 2 bulan  cukupla dia menyusu untuk 6 bulan. Target untuk 6 bulan dulu sebab tak nak laa berharap sangat. Then if da capai 6 bulan tu, nak target untuk 1 tahun. Alhamdulillah if dapat sampai BF anak 1 tahun. Then baru set to 2 years. 


Sape tak sayang anak oiii ! Hihihi alhamdulillah dah selesai pun urusan untuk buat insurans perubatan Laana ni. Kiranya umor dia 3 bulan dah ada insurans perubatan sendiri. Ni jek mampu aku sediakan setakat ni untuk dia. Boleh tersenyum dah bila kad dia dah sampai. sO apa lagi baby nak?? hik hik hik 

Daftar akaun tabung haji and haji = done!
Akikah = Mac ni 
Insurans perubatan = done
sunat = done
Vaksin pneumococcal = done 1st jab (ada 3 jab lagi)
Vaksin Rotavirus = done 1st vaksin (ada 2lagi vaksin)

Fuh ! Lap peluh. Nak tengok anak lengkap and cukup segalanya. Sebagai ibu mestilah kita nak sediakan semua ni kan?? 

puas hati dapat sediakan ni utk dia






Aku ni bukan nye orang ada-ada, sO kenelah siapkan insurans perubatan untuk si kecik ni. Incase dia kene warded ke apa ke, at least ada la untuk cover kan? Tu jek la harta akhirat ku. Bukan nak mintak tapi saja standby. Bila dia dah besar nanti after dia 23 years or da keje nanti pandai-pandai dia sambung untuk bayar pulak. Tak mahal cuma RM150 sebulan. Macam ayah aku dlu dah prepare untuk aku insurans. Sekarang aku cuma sambung bayar sahaja. 

Ibu dan anak dah ada kad insurans perubatan 



Tuesday, 16 February 2016

Anak ooo anak ! Terpaksa mengangkut bag GABAG ni..



Anak ooohhh anak ! huhu macam-macam dah haaa ibu beli nih. Perabis duit untuk kamu seorang jek ! Bukan mengeluh tapi haha geram pulak rasa bila dia tak nak direct feeding lagi. Memang tak mau langsung. Tapi memalam bila tidur tu kalau dia Ek.. Ek .. Ek... aku direct kan jek dia okey. Tak sedar lettew ! sO aku try cari solution mcm mn la kalau nak keluar jenjalan tu nanti? Tak akan nk mengangkut susu ebm, ice pack, pastu dengan beg nak letak handphone + dompet lagi??????  Oooh gosh !!! Please help me. Nanti dah jadi pepohon yang banyak benda-benda menumpang pulak. 

Lepas tu aku terUsha kawan-kawan ada yang pakai beg Gabag. Cantik-cantik design begnya. Hihihi lepas tu mula lah aktiviti menggoggle review pasal beg ni pulak. Design lawa-lawa. Macam-macam pattern pulak daaahhhh ! Sungguh aku rasa tergoda jugak laah. Kalau tak, tak akan TERbeli yeeee ! Okey habis lagi duit kerana si Baby Laana punya pasal. Hishh !!! Tak apa laaa sekarang boleh beli-beli lagi. Nanti rumah dah siap perbelanjaan pun limited pulak. sO mari kita membeli sekarang. 

Sekarang ni kalau nak keluar berjalan-jalan or kemana sahaja la. Aku kene bawak:

1. Termos air panas
2. bekas untuk panaskn susu
3. Susu ebm kalau keluar 4 - 6jam kene bawak 6 oz susu
4. ice pack
6. pampers
7. lampin serbaguna
8. wet tissue
9. hand sanitizer
10. dompet
11. handpone
12. baju baby standby kot dia muntah ke apa ke


sO semua barang-barang ni aku sumbat dalam beg Gabag tu. Habis ceritaaaa ! hihi senang 1 beg tros bawak. tak berapa berat if bawak 1 icepack and 1 botol susu isi susu ebm. Berbaloi jugak laa. Price pun dalam RM98.00


Design-design lain:




Monday, 15 February 2016

CLINIQUE - faktor usia dan selepas bersalin

Lepas bersalin aritu aku rasa macam kulit muka aku teruknya. Teruk sangat. Bukan teruk sebab naik jerawat tapi sebab nampak kusam giler-giler. Tak berseri macam sebelum ni. Hormon kot. Pikir macam tu tapi dah nak 3 bulan bersalin ni hormon apa eh?? Still kusam and rasa macam makin teruk jek. Tak glowing langsung. Kalau yang tengok dari jauh memang orang cakap okey, tapi kalau pergi dekat-dekat nampak muka aku sebenarnya kering giler. Area hidung dan sekitar mulut n pipi tu menggelupas. Nampak macam pelik pulak. Tang dahi okey jek tup2 ada pulak part menggelupas. Kalau pakai bedak lagi la nampak clearly okey !! sO aku pun dok usaha fikir nak tukar skincare ke tak eh?? Kenkadang skincare lama dah tak effective pada kita, so kita perlu tukar. Aku pulak aritu kebetulan ada teman mak aku beli alat make up dia di Clinique. Jadi terdetik pulak dek hati ni nak mencuba. Plus pulak barang-barang dia kan untuk skincare yang alergic lagi la recommended. 


Setelah jenuh jugak menggoggle review blogger lain mengenai jenama clinique ni, aku pun dengan semangat berkobar-kobar nak cuba lah this skincare. Plus dia adalah 100% free from chemical kan? Memang mahal tapi rasanya ada pakej-pakej yang kita nak and tak nak rasanya. Lagipun kuantiti barang dia tahan lama jugak untuk dipakai dalam 5 bulan cenggitu. Rasa berbaloi kot. Makanya aku pun mengajak mak aku untuk teman tanya nasihat dari promoter Clinique tentang brand ni and masalah yang berlaku kat kulit muka aku ni haaaaaa. Geram aih ! Tetiba rasa sedih sebab kulit tak macam dulu lagi. 

Aku cuma nak bagi kulit ni rasa glowing balik jek. Tak putih pun tak apolaaah aih ! Yang penting kulit kita sihat. Ni kalau kusam memang rasa tak selesa di muka. Orang tengok muka pun rasa cam menyampah kot ! 


Happy face sebab dah nekad nak cuba skincare ni



Makanya ni lah produk yang aku beli. 
3-Steps produk yang basic la kiranya 
ada:

1. Pencuci muka RM89.00
2. Toner RM89.00
3. Mosturizer (Kecik) RM74

+ 

patut kene beli mosturizer tambahan untuk moist kan balik kulit tu. Disebabkan harga dia terlebih mahal. Bajet pun dah suam-suam. Sebab baru jek jugak pergi cucuk Laana. sO amik jek la basic 3-Steps ni dulu. Tapi promoter tu kasi sampel untuk test. 

+ 

mcm foundation / sunblock untuk melindungi kulit. (sampel) sampel pun agak besar jugak kuantitinya. Tahan kot untuk 1 bln pr 2 bulan. 


Total semua barang-barang ni RM252.00

Ok la rasanya kan? 


Hari ni, hari ke 2 aku dah consumed produk Clinique ni. Katanya bagi dorang 10 hari untuk mencantikkan balik kulit. Hurm hurmm tapi bangun pepagi tadi lepas sapu cream mlm td sblom tidur terasa lembut jek kulit. Mungkin masa tidur dia repairing kulit aku kan?? sO far ok laaa. Akan diteruskan dan bagi feedback after 10-days. Tapi hari ni baru hari ke-2 laaa. Pun boleh jugak nk buat review sebab kulit menggelupas sekitar hidung dan tepi-tepi bibir dah tak banyak. Ada pun sikit sangat. Rasanya 95% improved menggelupas tu. 



arghh nampak tak jeragat pun dah ada sikit2 tepi pipi. sO Clinique please help me to remove all this things !! 

Laana's 1st Jab untuk Pneumococcal + rotavirus

Assalamualaikum + selamat pagi. Hari ni hari pertama bekerja di minggu ini. Hihihi tahun ni aku dah sesiap dari awal lagi plan cuti untuk 1 tahun. Wuuuu dasyat eh ! Tahun ni tahun bz. Banyak agenda nak dibuat. Dengan nak membesarkan baby, nak buat persiapan masuk rumah baru, nak survey barang-barang, and macam-macam lagi laaaa ! Tapi se 'busy' mana pun sempat lagi menggoggle info tentang vaksin tambahan untuk baby. Masa aku dapatkan vaksin ni sabtu lepas doktor tanya, mana aku dapat info pasal vaksin ni? Oh sebenarnya mostly kengkawan di opis aku memang aware tentang vaksin ni and amik untuk baby dorang. Jadinye bila turn aku, dorang keep giving info so aku search la. Cuba belajar tentang vaksin Pneumococcal dan rotavirus. Kiranya 2 vaksin ni macam penting la, cumanya kita perlu ambil sendiri sebagai tambahan di klinik atau hospital swasta sahaja. Hospital kerajaan memang tak ada sediakan vaksin ni mungkin sebab mahal. Klinik kesihatan pun cuma bekalkan vaksin yang 3 serangkai, 5 serangkai and so on. Yang tu aku memang bagi juga pada Laana. 

So sabtu lepas Laana dah 3 bulan 24 hari. Lagi 6 hari nk masuk 6 bulan masa tu, aku dah bawak dia untuk jab first dos pneumococcal + rotavirus. Kebetulan balik kuantan, so aku buat di KPJ sana. Kat sana tu jumpa doktor Siti. Doktor tu plak cantik dan lembut jek. Masa cucuk Laana menangis jugak cuma sekejap sangat. Lepas pujuk2 terus okey. Manja betul ! hihihi tapi vaksin ni memang sakit jugak. Untuk pneumococcal tu kene melalui suntikan la. Rotavirus pulak cecair yang akan diberi makan. Ubat tu manis-manis and sejuk memang la Baby suka ! hihi. 




Taraaaaa !! Ni lepas beberapa minit selepas take a jab ! hihi dah okey tak nangis dahhhh. Tak macam menangis melalak cucuk dekakt KKIA. kat spital ni kejap jek dia nangis. Then masa ni tengah tunggu turn untuk bayaran. Vaksin ni memang agak mahal, tapi gigih aku mengumpul duit jugak. Badan dia halus kecik jek. Jadi untuk prevent dia dari penyakit-penyakit macam radang paru-paru tu aku sanggup la perabis duit. Gi spital masa tu dalam jam 2petang. Lepas jab aku and en. suami pergi makan-makan. 

Lepas tu balik rumah dalam jam 4petang tu tidurkan Laana. Lama jugak dia tidur. Dalam 8mlm baru tersedar. Tu pun kejutkan sebab mak ajak makan luar. Haha bangun tu dia start moody sket. Merengek2. Kengkawan dah pesan lepas jab selalunya baby akan merengek. Badan panas and akan demam. Aku punya takut dia demam, malam tu terus ajak en.suami ke klinik panel. Untung nasib baik di Kuantan pun masih ada klinik panel. Dah perabis banyak kat vaksin tadi kan. sO time ni memang nak lah panel kan? Mak ayah pergi dulu kedai makan. Aku and en.suami pergi klinik kejap. Nasib baik orang tak ramai. Tak ada oranglah senang cakap. Terus masuk jumpa doktor and amik ubat demam untuk baby punya. Saja standby incase baby demam kan? Tapi sampai kedai makan dia diam jekkk. Hihiiii moody lettewwwww !



Tengok..... tengokk.... muka dia monyok. Haha rasa nk cium cium jek banyak-banyak. Tapi tak berani nk kacau sebab dia ngah moody. Kang dia menjerit n melalak susah nk makan. sO kitorang biarkan dia mengelamun jek laaa. 


Tup tup jek tengok dia da tido balik 


Doktor yang aku g klinik malam tu pesan. Pantau jek la baby tu malam ni. Tapi jarang case baby demam berlaku lepas vaksin pneumococcal tu sekarang. sebab ubat-ubat sekarang dah improved. Tapi pantau dalam masa 24 jam. If baby tak demam lepas 24 jam means dia OK. 




Yeay baby ok. Baby kuat ! Lepas jab lepas 24jam. Laana panas sekejap jek. Aku jerlum kepala dia dengan air selalu mlm tu. sO pagi esok tu dia ok.


family potrait !



Oh apa itu Vaksin PNEUMOCOCCAL?

Pneumococcal ni sejenis penyakit yang boleh mengakibatkan maut kepada kanak-kanak sekiranya lewat mendapatkan rawatan. Selalunya akan mnyerang kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas serta kepada orang dewasa. Penyakit ni bermula daripada demam berpanjangan serta batuk. Tapi melalui vaksin ni lah inshaa Allah penyakit tu dapat dielakkan. Angka kematian disebabkan kes ni agak cecah berjuta jugak laa tapi selalunya bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Penyakit ni adalah dari kuman bakteria yang dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus. Kuman ni boleh menyebabkan meningitis iaitu:

1. Jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang
    Simptom: Demam dan menggigil lesu, sensitif pada cahaya, hilang selera makan, mengantuk, loya     dan muntah, kerap menangis dengan nyaring. 

2. Bakteremia (jangkitan darah)
    Simptom: Demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah               rendah

3. Pneumonia (jangkitan paru-paru)
    Simptom: Demam Panas, sesak nafas, lesu dan pucat

4. Otitis Media (jangkitan telingan tengah, sebelah dalam gegendangan telinga). 
    Simptom: Sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik-narik telinga

Tapi kuman pneumococcal ni terdapat dalam hidung dan kerongkong orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat dan boleh merebak dari seorang anak kepada yang lain dalam cecair apabila kita bersin atau batuk. 

Cara terbaik untuk melindungi anak-anak dari terkena virus tersebut? 

1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.

2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.

Vaksin pneumococcal boleh diambil seawal bayi berusia 2 bulan lagi. Di negara luar terutamanya Sweden memang mewajibkan vaksin ini ke atas kanak-kanak. Namun di Malaysia masih belum mewajibkan lagi.  Mungkin faktor kewangan 1 hal. Yes ubat ni memang mahal.  Tapi tidaklah semahal harga sebuah nyawa. Risau dok memikirkan masa Laana 3 bulan aku terus amik untuk 1st dos. Next dos untuk pneumococcal ni 2 bulan selepas ni. Tapi untuk Rotavirus tu pulak sebulan sekali selama 3x. 

Harga untuk suntikan ni berbeza di setiap hospital tapi still in range RM220 - RM300 untuk 1 dos pneumococcal. Rotavirus pulak 1x RM150 - RM200. sO total yang dikenakan untuk pneumococcal covered 13 viruses RM300 + Rotavirus RM135. Total RM462.00 (including gst). 

ROTAVIRUS

Rotavirus pulak adalah sering berlaku di mana menyebabkan cirit-birit yang serius di kalangan kanak-kanan terutama di bawah umur 5 tahun. Cirit-birit yang yang disebabkan virus ini akan menyebabkan dehidrasi dan penyebab kematian. Ia boleh merebak kepada orang lain melalui sentuhan. 

Vaksin rotavirus ni bukan melalui suntikan tapi makanan. Iaitu ubat dan dosnya adalah 3x untuk pengambilan di bawah umur 4 bulan. If masa amik vaksin ni baby umur 4bulan just 2x sahaja. Tapi ! Vaksin ni hanya diberikan ketika bayi berusia 6bulan ke bawah. Kalau dah lebih 6bulan tu dah tak boleh dapatkan vaksin ni sebab tak ada effect lagi. Vaksin ni pulak boleh bertahan di dalam badan selama 3 tahun. 


Real story dari mommy mengenai: 


Thursday, 11 February 2016

BOBA baby carrier untuk baby Laana ^_^

Baby Laana lagi seminggu nak masuk 4bulan. Tapi dah sebok-sebok nak mencarik baby carrier kn?? Kalau nak beli baby carrier jugak kene beli insert baby untuk baby bawah 4 bulan + berat bawah 5kg. So masa dalam pantang and smpai dia 3 bulan lebih pn still dok search google info-info baby carrier yang okey dan terbaik untuk baby. Memang ada yang murah tapi kalau boleh nak yang selesa untuk baby tambahan pulak untuk tulang belakang dia kan? Dalam kepala dah dok ada yang berkenan macam jenama Snuggbaby memula. Then lepas tu berkenan Pognae. Haish ! Tula pun berkenan tapi mahal sangat Tula ni yang paling murah pun RM500 kot ! Bajet aku cuma laahhh RM400 cmtu jaaaa. Nak beli yang murah risau jugak laaa kan? Memang kene search and google more info untuk produk berkaitan baby ni. 

Bagi aku la kan aku suka baby carrier yang SSC iaitu soft structure carrier. Nampak lebih kukuh, baby pun boleh pakai sampai berat dia 20kg. Harga setiap brand banyak yang lebih kurang so sebab tu laa lebih baik korang google dlu mana yang okey. Kalau pendapat aku la kan, aku lebih suka pergi ke kedai or butik then try laaa. Kalau boleh jangan beli sebarangan sebab baby carrier pn ada yang tiruan ye. Sangat bahaya untuk baby anda. Nak bawak baby kot ! Jangan buat memain.


Haa stroller pun kami pakai jugak. Cuma kegunaan baby carrier ni kenkadang time malas nk bersesak-sesak dengan stroller kalau tempat yang ramai orang. Baby carrier lebih mudah la orang kata. Kalau stroller ni kadang-kadang nak bawak barang banyak dah tak boleh sebab space dah penuh dek stroller. Itu sebabnya aku standby jugak la baby carrier ni. Tengok sedap jek si cenonet ku ni dok dalam stroller. 

sO kat sini antara brand yang aku ada usha la before beli tu. Antara orng kata dalam senarai nak beli laaa 
Snuggbaby brand. Brand ni cute2 coraknya. Tapi aku pergi try sendiri di butik fabulos Mom, aduhai tak sesuai dengan aku sebab nampak mcm aku gemuk pulak. Hihi mungkin sebab aku rendah kan. Selesa memang selesa.
Price dia mcm ni dalam RM380

Jumpsac brand pun sama and lebih kurang sebijik macam snugbaby. Made in Malaysia sama jugak seperti Snuggbaby juga made in Malaysia.
Price pun lebih kurang Snuggbaby tapi dia ada yang murah dalam RM229. 

Tula cantik kan ! Huhuhuhu adore sangat brand ni tapiiiiiiiiiiiiiiii mahal sangat. Tak mampu hakak laaaa.
Price Tula semua over RM500 okey. 

Pognae ni pun antara dalam list sebab kawan 1 opis pakai cakap selesa. Ada zip kt belakang baby so buka bukak untuk pengudaraan.
Made in Korea.
Price dia minimum RM349 

So kebetulan aku jenis yang pergi try satu-satu setiap baby carrier ni haaa sebelum beli. Masa tu aku memang aimed nak beli Snuggbaby la kan? Ceyyyyy tak pandang brand lain nih. 2x pergi butik fabulos mom. Kali ke-2 tu nk usha lagi laa brand tu, tapi sekali terpandang Boba 4g. 4g ni kira yang terbaru la and banyak kemudahan lain. Memang aku pergi tu untuk cuba-cuba dulu sebab baby Laana baru 3bulan lebih time tu. Baby carrier tu mostly untuk baby 4bulan ke atas. Bila terpandang Boba tu, aku terus rasa nak cuba. Duit memang dah ada la untuk baby carrier nih. Memang standby awal lagi. 

Bila try tu terus jatuh cinta pulak dengan brand ni. Ringan... best... and tak rasa berat langsung bawak baby dalam tu. Extra mark bagi pada boba ni dia boleh untuk baby bawah 3 bulan jugak. Tak perlu beli insert sebab Boba 4g ada sertakan bantal untuk tinggikan baby bawah 3 bln. Then dia bagi pelapik jugak untuk alas kaki incase baby boring kaki tergantung. At least ada la pelapik untuk letak kaki dia. Boba Ok sangat. Desing pun cun !




 Boba ni made in US
Price dia untuk desing ni RM403.00

Makanya aku pun teros pilih Boba laaa. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



ni la bantal yang ada dalam tu untuk bby bawah 3 bulan. Kiranya tak perlu insert laa. Kaki pulak boleh dimasukkan ke dalam. 



Wednesday, 10 February 2016

Slim balik lepas bersalin !

Slim ke?? Hahaha tapi sesiapa pun mesti nak slim balik lepas bersalin kan?? HUisshhh lm betul x update belog. hihihi biasa la bila da bz ni. Balik dari maternity leave 3 bln, byk keje dah menanti mcm gunung kinabalu. hik hik. lepas tu mood pulak asyik nk siapkn kje cecepat sebab nk balik awal amik baby Laana dekat pengasuh. Bila banyak keje ni kot badan mula susut. Kawan 1 opis pun cakap kurus dari sebelum kawin. Huish tak tahu laa sebab rasanya macam biasa jek. Cuma baju-baju lama memang boleh pakai balik la. Tangan pun rasa cengkung sikit. Nak pakai shawl pun dah tak rasa kembung-kembung di pipi.

Masa mengandung dlu berat aku 65kg. Berat sebelum mengandung 50kg. sO naik banyak jugak dalam 15kg kan? Lepas bersalin tu memula risau jugak tengok tak kempis lagi. Hihihi tapi mak aku memang jaga betul masa dalam berpantang. Aku start mengurut dan pakai barut masa hari ke 5 sebab hari pertama - ketiga tu masih di KL. Aku bersalin di PPUM. sO hari ketiga baru otw balik untuk berpantang di Kuantan. Hari ke 4 pulak baby kene masuk wad sebab jaundice. Tapi disebabkan jaundice dia cepat turun dan tak tinggi mana pun masa kene tahan wad, jadi hari ke lima dah berpantang di rumah seperti biasa. Tukang urut pun datang seperti biasa mengurut dan bertungku siap bersengkak lagi. Perghh sakit dia tak yah cakapla sengkak tu. Menjerit-jerit jugak aku masa bidan tu urut. Tapi lepas tu lega laaa. Aku berurut sampai hari ke 30 dan last sekali kira pelepas tu hari ke 42. Masa hari ke 42 tu berurut + tungku dan mandi air limau nipis.

Lama kan aku berurut boleh dikatakan hampir 30 hari la. Total habis untuk urut sahaja dalam RM1500 - RM2000. Tak kira pun sebab main bagi jek. Lagipun duit gaji tak berusik sepanjang berpantang 3 bulan jadi apa salahnya habis untuk badan sendiri. Bab mengurut 1 hal. Mak aku pulak jenis tegas masa aku dalam pantang. Tak bagi bergerak banyak. Tak bagi naik turun tangga jadi makanan untuk pagi tengahari dan malam dia akan hantar dari tingkat bawah ke atas. Rumah aku 2 tingkat. Sampai 44 hari tu memang rutin aku pepagi mandi seawal 8pg, breakfast, berurut sampai 12 tghari. Makan tengahari, tengok TV, main dengan anak, pam susu + menyusukan baby.

Baby aku pulak masa dalam pantang jenis merengek and susah tidur. sO siang jek aku jaga. Malam start jam 10 malam - 4pg ayah aku punya turn berjaga. sO dia bagi aku tidur dengan lena and bahagianya. Bab barut tu mak memang paksa aku pakai pagi petang siang malam walau tidur !! Wajib !! untuk kempiskan perut. Nasi pun nasi putih + ikan bakar untuk minggu pertama, minggu kedua nasi putih + ayam goreng. Minggu ke 3 baru laa ada sayur, telur, ayam. Minggu ke empat dah boleh makan kuah-kuah macam kuah kari, masak merah and so on.

Habis 44 hari tu aku timbang berat, berat dah turun 15kg. Berat dah kembali ke asal iaitu 50kg balik. hoooreeeyyyy !!! baju-baju and seluar pun boleh sarung balik. TQ umi ! hihi sebab dia yang gigih jaga aku sepanjang berpantang. Makan minum anak semua dia uruskan. Sayaaannnnggggg mak aku !!


hari pertama masuk opis selepas 3 bulan cuti bersalin



yeay ... !!! baby Laana dah daftar haji !!

Kebetulan cuti chinese new year ni ramai bebenor orang bercuti smpai lengang jalan di KL and sekitar-sekitar Selangor. Memang rasa seronok la kalau nak driving and shopping pun ! sO dah alang-alang jalan tak jem, aku pun ambik keputusan ni ke Tabung Haji la semalam untuk daftar akaun dan haji baby Laana ni haaaa. Pergi masa lunch so dalam 1 jam dah settled urusan. Memang cepat dan pantas sekarang tabung haji. Nak kata orang tak ramai semalam, rasanya ramaiiii macam biasa. Cuti-cuti ni memang lagi ramai ambik kesempatan untuk selesaikan urusan peribadi kan?? Makanya aku pun sebok-sebok nak daftar and buka akaun untuk baby. Tu diaaa ! baru 3 bulan dah daftar haji okeh !!! 

Sebenarnya duit-duit ni semua yang terkumpul dari acik-acik and pakcik-pakcik yang bagi Baby Laana. TQ acik and pakcik semua ! Hihihi alhamdulillah dah daftar pun. Urusan untuk daftar pun senang. Tak sukar mana cuma kalau nak daftar haji tu kene ada RM1300 minimum. Kebetulan memang wang terkumpul tu dah cecah pun RM1300 so decide nak buka akaun terus. 

taraaaa dah ada buku akaun ! 



Aku daftarkan baby Laana semalam di Tabung Haji Kelana Jaya. Masa masuk ke dalam tu, terus isi borang ahli baru + borang penama. Borang ahli kene isi 2 set. I nama and detail aku as ibu, then 1 lg borang adalah detail baby. Kemudian isi borang penama sahaja. Kiranya tu adalah borang wajib ye. Tapi kene bawak sekali I/c dan mykid baby yang original. Tak sampai 10 minit urusan selesai dengan cepat.

baby happy sebab da daftar haji *macam la dia paham* -_-


syarat untuk daftarkan anak akaun tabung haji: 

1. borang ahli (2 set) isi detail ibu + detail anak
2. ic ibu dan anak
3. RM1300.00 (untuk daftar sahaja) Kalau nak buka akaun min RM2.00 
4. Ibu yang daftar perlu ada akaun tabung haji 
5. Islam
6. anak bawah umur 18thn 


Nak tahu bila tahun baby Laana akan ke haji?? 

Jeng.. jeng.. jengg... 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





TAHUN 2095 .

Pegawai tabung haji bagitahu masa tu maybe umur baby 79tahun -_-

hahaha tapi tak apa itu cuma anggaran dan panduan sahaja. Kalau dah cukup duit boleh jek pergi lebih awal. sO marilah kita kumpul dan menabung dari sekarang ye.