Tabung nuffnang sayer :

Sunday 5 August 2018

Nak buat Kitchen cabinet ?

Sebab ramai minta sharing pasal kitchen cabinet (KC) masa dalam proses nak siapkan rumah, maka aku pun terdetik hati nak buat entri pasal KC nih. Dalam perancangan awal memang bajet untuk KC ni tak pernah wujud pn. Tak survey pun memang tahu nak buat KC ni memang costly la jugak. Banyak pakai duit. Lagi-lagi kalau design yang cantik. Aku pulak berkenan yang 3G. Look glassy and glossy sikit. Gedik kan? Nak yang mahai terus. Sebab bukan selalu buat KC pun. 15 tahun pun belum tentu tukar. sO al kisahnye bila sedebuk dapat duit penalti dari developer (agak bersyukur jugak dengan amaun diterima), maka terwujudlah KC yang pada mulanya angan-angan mat jenin shj.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
v
v
V
V

Taraaa ni la dapur idaman kononye tuh. 







Ok la da tunjuk gambar full tu tapi aku tetap akan cerita tips yang boleh guna jugak untuk korang. Especially yang baru nak masuk rumah tapi duit dah mula nak kering. Haa itu la yang kitorang hadapi. Tapi kebetulan pulak masa nak kering tu la developer tiba-tiba cakap nak bagi pampasan / penalti dari kita kepada dia la. Bila duit ada dalam tangan, so langkah pertama yang we all buat adalah rujuk majalah, google, apa sahaja material untuk contoh-contoh KC yang menarik. Survey dlu nak kaler apa. Jangan tersalah pilih warna sebab nak tukar baru tu agak mahal jugak ye. Lama aku survey. Lebih kurang 1-2 bulan. Tapi sebenarnya awal-awal ada juga godek google tengok contoh KC. Tapi tak adalah sampai simpan dalam hati hehehehee tapi bila ada duit ni semangat tu lain macam pulak. Aku cuba join dekat FB yang berkaitan dekorasi rumah. Dekat situ info sangat bagus dan banyak. Boleh tanya direct pengalaman dari tuan rumah yang sudi share pasal kos, tips, gambar, dan etc.

Dah dekat 2 bulan survey tu, aku dah mula tahu nak konsep dan warna apa. Of course la putih. Hehehhe.. Dalam angan-angan sebelum ni memang nak table top kaler putih. Satunye sebab nak bagi dapur nampak cerah, terang dan bersih.  Tak minat sangat warna gelap. Mungkin sebab aku xsuka rumah nampak gelap. Sebab kalau siang hari, rasa macam gelap, aku buka je lampu. ^_^ . Bila kita da tahu nak colour apa, konsep apa so kita cuba la survey harga (seelok-eloknya dapatkanlah 3 > kontraktor). Part ni husband aku rajin survey.

Cara survey senang je. Korang pergi melawat rumah kawan-kawan korang yang baru naik rumah dan siap KC nye. sO kebetulan musim kengkawan pun sama-sama naik rumah. Makanye kami merajinkan diri menziarah dan tya KC and kos. Dalam ramai-ramai ktorang dapat termasuk survey ke kedai KC sendiri, so dapatlah jumpa kontraktor mana yang dipilih untuk naikkan KC rumah. so far aku sendiri pun puas hati dengan hasil kerja beliau. Agak murah dan kene dengan bajet kami. Masa ni kita dah boleh set harga dan bajet kita. Aku set bajet aritu untuk KC table top + kitchen cabinet full atas bawah 8' X 6' xsmpai pun RM7,000.00 (ini dah siap survey kos dan quality. Paling rendah kos dan berkualiti)

Murah dan berkualiti. Tapi kene bersabarlah untuk bagi yang boleh bersabar ye. Sebab aku and husband tak rushing sangat pn. Kita bagi masa untuk masuk betul-betul rumah dalam bulan 4. Ada 4 bulan dari tarikh tu untuk siapkan apa yang patut. Kalau rasa tak boleh sabar dan nak cepat, memang aku tak suggest amik dengan kontraktor nih. Selalunye lambat ni sebab nak jaga kualiti la kan? Think positive guys !


Dapur ni tak besar mana pun. sekangkang kera sahaja. Mungkin sebab tu juga tak adalah mahal sangat kos KC ktorang.
 8'X6' shj 



Proses naikkan batu ni pun dia cakap dia tinggalkan dalam 2 minggu sbab nak bagi betul-betul kering. Sinki tu kalau sesiapa cari sinki boleh refer entri lama pasal CARI SINKI JE PON ! Sinki pun aku survey banyak jenis kedai. Boleh kata lebih 5 6 kedai. sO dapatla harga yang berbaloi. 







berkecah rumah 


cantik dan kemas tak ? hehe ni la table top nye. Warna putih. Memang kemas dan teliti sangat hasil kerja dia. Table top sahaja aritu lebih kurang RM2,800
then barulah pasang kabinet. Kabinet ni orang lain tapi sekali la kira geng dia jugak. sO dia pakar dalam buat table top. Kawannya pakar kabinet. Gitteww. !! 

Tambahan yang aku buat, selalu dekat rak pinggan ada yang tak letak penutup kan? sO aku lebih suka ditutup sebab semua pinggan yang dipakai harian akan disimpan dalam bekas tu. Lipas dan cicak tak akan masukkan




Okay kos untuk keseluruhan dapur sahaja:

1. Table top - RM2,800
2. KC - RM4000
3. Sinki Rubine - RM480
4. hos dan dapur Rubine - RM1,600
5. Paip Rubine - RM200

Semua RM 9,080.00 

Boleh la jadikan rujukan bagi yang tengah survey untuk rumah. Lain-lain penambahan pada rumah aku akan cerita entri lain pulak ye di masa dan hari yang lain. Dah tepu harini kerah tenaga untuk entri nih. Hehehhehee rumah kecik dapur pun kecik jek. 

12 comments:

  1. Hello and Good day.

    I’m Ika from Farm In The City. Farm In The City is a petting zoo with village concept located at Seri Kembangan, Selangor. I’ve notice your blog while blog walking. I would like to ask, if we would like to sponsor the entrance ticket to Farm In The City to you with the opportunity to post your picture or video review at Farm in The City at your Blog / Instagram.

    If you are interested, please do not hesitate to call/whatsapp 017-6171477 (ika). For more information, you can go to our Facebook page, www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

    Thank you =)

    ReplyDelete
  2. menarik mescya. Ika pon tgh survey2. KC ada dev bagi tapi ingat nak reno sikit kc dia bagi tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumm...

    Ya Allah... Cantiknyaaaa <3 :)

    Saya one of your silent readers.

    Saya memang tengah survey2 kitchen cabinet 3D .. so sweet color dia :) ... tapi saya suka kombinasi merah putih camtu. Garang sket ... semangat sket nak memasak hihi.. table top of coz putih :)

    Kalau tak keberatan, boleh saya dapatkan contact number contractor KC akak ni? Thanks so much.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak da tak igat contactnye. kene tanya husband huhu dia yg uruskn semua

      Delete
  4. Maaf suke plak baca blog sis sbb mmg kebetulan tgh survey2 tips2 masok rumah baru.. Sis amek contractor mana utk kc ni.. kalau boleh drop kan ctc number.. boleh emailkan kat saya 😇 fatimahnur089@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://hannissania.blogspot.com/2018/07/dah-duduk-rumah-baru-4-bulan-dah-ni.html?showComment=1539162136454#c6695505932988325020

      kontraktor ni bgos. 012 9278270 Abg Wan. dia dok bangi tak silap tp bole je dia tu buat mn2 area

      Delete
  5. Assalamualaikum puan cantik ke hasil kerja abg wan ni..klau cantik nk tempah kt dia

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum puan..cantik ke hasil kerja abg wan ni klau cantik nk tempah kt dia

    ReplyDelete
  7. Great Post! You've provided some great information and ideas to your readers. Please keep sharing.

    Please visit Kitchen Remodel Stockton

    ReplyDelete