Oke dah 4 bulan duduk baru ada masa ye nak menggedik update entri baru pasal rumah. Lepas dapat kunci terus senyappp jek kan ?? haha actually bila da dapat kunci byk aktiviti yang perlu diselesaikan. Terlalu banyak seriously sampai tak terfikir benda lain. Nak buka blog pun susah. Sekarang ni nak start aktif balik laaa. Rindu zaman blogging. Nak share experience and memori. Bila baca balik syokkkkkkk ui ! Bukan senang nak senang. Ceeewaahh ! Okey laa last sekali aritu aku cuma update pasal persiapan apa yang dah dibeli kan?? sO selepas duduk tak pernah share ye dak? Rumah kecik pun busy nak siapkan, lagi kan orang yang ada rumah besar kan? Ongkos kami tak banyak so buat apa yang patut. Kalau nak ingat balik apa barang kami list sebelum ni sebelum masuk rumah bole back to entri progress rumah 80% .
Senarai untuk rujukan korang yang survey harga-harga barang rumah kan?
1. Table top - RM2,600.00
2. Kabinet kitchen - RM4,300.00
3. Grill = Awning dapur - RM3,500.00 -
4. Motor pagar - RM1,600.00
6. Cat- RM280.00
7. Wallpaper- RM500.00 (2 bilik)
8. Sinki - RM480.00 (Rubine)
9. Hood + dapur - RM1,600.00 (Rubine)
11. Lori pindah rumah - RM500
12. Servis aircond - RM400 (buka, bawa and pasang sekali)
13. wiring - RM1,500.00
15. Almari baju - RM4,000.00
16. Lampu LED 1 rumah (10 batang) - RM238.00
17. Kipas siling 3 bilah KDK - RM790.00
18. Lampu Hiasan 2 biji sekali mentol LED - RM250.00
19. Langsir - RM1,200.00
20. Kipas Siling 2 biji Panasonic 18' - RM440.00
21. Polycarbonate - RM200 (beli barang saja.Pasang sendiri)
22. Rak untuk letak barang (jadi stor) - RM250
23. Naik batu dan grill (tambahan ruang dapur belakang) - RM4,500.00
24. Naik batu dinding ke dapur - RM1,300.00
Total: RM28,528.00
Untuk yang aku potong tu bermakna masih belum buat lagi la sebab bajet da habis hehehe (cuma housewarming tu ada buat kecil2 sempena raya)... oK la jom aku bawa jalan-jalan dalam rumah pulak. Tapi belum sepenuhnya hias la. Biasala baru pindah ni kan macam-macam nak dikemasnya. Barang dalam kotak la, almari, baju semua kene susun and amik masa. Lag-lagi dengan 2 anak kecik nih memang mencabar sikit. Rumah kecil jek. Tak besar pun. sO jangan expect more ehhe...
ruang tamu jenis memanjang. Jadi aku bahagikan kepada 3 part. Ruang tamu, Ruang TV santai dan ruang makan. |
OK ruang keseluruhan dari sini pulak. Memang straight to the point ! |
budak ni selalu menyelit ibu nk amik gmbar. |
favourite port. Heheee Classy tapi aku suka. Memang suka warna-warna warm.. earth... gold. brown cmni. Ada orang tak suka suram katanya |
No perabot lagi dah. Ckup da perabot yang ada dalam rumah ni. Wing chair ni mak aku bagi hadiah kawin 4 tahun lepas dari Fella. Memang tahan and macam baru beli |
sofa beli kt SSF sempena bithday dapat la less 50%. Tak silap RM800 jek kot lepas sale |
RUmah sentiasa kemas tu tak juga. Sebab anak2 akan main dekat dpn tv shj. Jarang sangat main kt ruang tamu. sO lepas main pun kene kemas sendiri mainan. |
Ni ruang dapur. Kecik jugak. |
Klw perasan memang aku amik kabinet yang bertutup. Mostly ramai biarkan terbuka kan? Tapi saja amik yang tetutup supaya lipas tak merayap di pinggan2. |
belakang tu kita sambung sikit. Naikkan batu dan grill. |
Grill pulak tambah polikarbonat board. Nak elak ular and monyet masuk. Belakang tu ada hutan sikit |
Ok itu sahaja. Rumah kecil jek. NExt time bawa dalam bilik sebab tak sempat ambil gambar lagi.
Suka tengok rumah Hannis...slow2 la buat kan..slow pun tgok kos tu dah pening dah..next year bajet plak nak buat yang blom buat lagi..akak suka kaler ni...akak tgok hannis mmg suka kaler2 pastel macam ni erk...tahniah dah duduk rumah sendiri..akak dulu pun mcm ni gak..pening banyak benda kena keluarkan bajet sendiri
ReplyDeleteCantik deco rumah..simple
ReplyDeleteBaru 4 bulan duduk byk dah yang siap. Kita ni dah 3 tahun, ada grill dengan langsir je. Hahahahah... Anak je yg makin bertambah tiap tahun...
ReplyDeleteByk tak pasang lagi hehe.. adoi pnt keje jd pasal rumah ni sikit2 jek nk hias
Deletecantikkk hehehe
ReplyDeletekalau xkeberatan boleh x share kontraktor yang buat tambahan ruang belakang dkt dapur tu..tq
ReplyDeletekontraktor ni bgos. 012 9278270 Abg Wan. dia dok bangi tak silap tp bole je dia tu buat mn2 area .. kemas dan teratur dia buat. cuma lm la nk mnunggu.
Delete