Hihihi lama betul tak berblogging. Bila dah cuti panjang ni cuba la curi-curi masa sikit untuk menaip. Sekarang cuti 3 bulan di rumah mak, jadi sedikit sebanyak bolehlaa nak menaip. Kalau tidak waktu bekerja tu xada masa langsung nak menaip. Time rehat pun aku tak keluar lunch. Kirim pada kengkawan yang keluar then kalau ada masa, aku blogwalking sambil makan masa lunch tuh. Memang tak ada masa nak menaip. Busy sungguh kan? Kalah Pak Menteri hokey.. hihi.
Anyway rasanya tak ramai yang tahu aku dah pun melahirkan seorang lagi puteri. Hihihi itu pun salah 1 sebab kenapa busy teramat. Kadang badan penat sO aku lebih prefer untuk membaca blog kawan-kawan sahaja dari perah otak nak memikir untuk menaip apa-apa entri. PEMALAS sampai ke tahap tu sekali!! Hihi tapi lepas ni mood malas tu dah boleh buang jauh-jauh kot. Oh okey berbalik kepada tajuk entri aku. My 2nd baby namanya
NIK KHAYRA RAANIYA NIK MUHAAMAD AFI.
yang bermaksud...
Yang Baik dan yang mempesonakan ...
Eceyyyy.. harap-harap begitulah hendaknya diri empunya diri bila dah dewasa nanti. Sebenarnyaaa aku sendiri tak sedar dah preggy 2nd baby sebabnya sama macam anak pertama dlu, aku tak ada alahan langsung. Tahu-tahu jek period lewat dalam 2 bulan kot. Terima jek la rezeki dari Allah sedangkan anak pertama masa tu kecil lagi. Sekarang Laana dah 1 tahun 7 bulan. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan aku selama ni.
Sebenarnya tarikh aku bersalin awal 2 minggu dari tarikh due date yang doctor bagi. OMG memang langsung tak sangka. Nasib baiklaaa aku dah prepare sume barang-barang tu. Itu pun rasanya last minit jugak prepare sebab ada rasa macam tak sedap hati sikit. Aku mula kemas-kemas barang seminggu sebelum bersalin. Nasib baikkkkk !!! Kalau tidak susah jugak nak kemas-kemas. Sebabnya aku berpantang 3 bulan di rumah mak di Kuantan. Memang kene prepare barang macam nak pindah terus ke sana hahahaha punya laaa banyak. Sampai kene bawak 2 kereta. Nasib baik mak ada datang 2 hari sebelum tu then tumpang la separuh barang-barang dulu ke sana.
Okey kronologi bersalin awal
5.15 pagi :
selalunye aku siap-siap untuk kerja. Masak bubur untuk Laana. Iron baju kerja dan mandi solat. Masa ni dah mula rasa macam senggugut sikit tapi tak adalah kuat sangat. Smooth sangat rasanya. Rasa macam tak larat tu ada. Tapi ignore lagi sebab baru 14hb. Aku due 26 Mac 2017. 2 minggu lagi. Pagi ni kene ke PPUM untuk checkup lagi. Hari ni pergi sendiri jek sebab husband aku demam panas 2 hari dah. Ahad and isnin dia demam. Macam teruk jugak. Laana pun macam keracunan makanan. Asyik muntah2. Tapi harini better sikit laaaa.
6.30 pagi:
Aku driving ke opis untuk hantar Laana dlu. Masa otw nak ke opis tu eksiden pulak. Terlanggar kereta orang. Tapi salah dia sebab break tiba-tiba. Mujur pemandu tu baik hati and cakap sikit jek nih. Dia pun mengaku salah dia break tiba-tiba sebab ada kereta keluar simpang tiba-tiba. Oh no ! Aku mula rasa tak sedap hati. Huhuhu ye laa dah la mood pun da swing. Kisah berulang lagi ke? Haha sebab masa nak bersalin Laana pun aku eksiden juga. Eksiden kecil ada kereta tetiba keluar dari parking. Padahal aku dok belakang kereta dia 5 minit dah sebab masa tu ktorang tengah usha cari parking kosong. Jadinye tak tahu bila dia keluar. Kereta Saga lama tak ada sensor undur. Itu yang dia konfiden jek keluar.
9.00 pagi:
Aku smpai PPUM. Everything ok. Sakit sikit-sikit tu masih terasa sama macam pagi tadi. Tapi tak adalah sakit teramat sangat. cuma rasa kurang selesa. Sebenarnya aku kurang pasti camne rasa contraction yang semulajadi haha sebab masa Laana dulu induce. Induce ni kan dia terus sakit kuat. sO yang ni dia macam lemah lembut sikit dengan aku. Hokeyyyy ! hihi. Doc yang check aku pun siap scan lagi. Rileks jek tak ada cakap apa-apa. Lepas check up aku balik opis. Macam biasa laa mintak budak opis tengokkan kereta kot la kene enjin ke , radiator ke. Alhamdulillah sume ok cuma kemek sikit la kereta aku kat depan. Kene ketuk -_-
6.00 petang:
Nak balik. Haha baru nak balik keje. Dari Petaling Jaya ke Puchong Okey. Dah la nak redah jem lagi. Masa ni dah mula rasa sakit kuat sedikit tapi boleh laa tahan. Kalau tak tahan, tak akan la aku boleh driving balik sendiri ke Puchong dengan jalan jem. Aku smpai rumah around 7pm. 1 jam juga ambik masa nak balik. Kemudian ajak husband g bengkel ketuk tu sat saja nk tanya harga ketuk. Sekali RM500. Gulp ! telan air liur jugak laaaa. Tak hantar terus sebab ingat nak cari kedai lain jugak. 7.30 smpai rumah tu macam rasa sakit contraction sama macam induce dlu. Haa sudah! nak beranak dah ke aku??? Sakit dah mula 15 minit sekali. Time ni Aku terus mandi and siap apa patut. Husband aku mandikan Laana sume. Nasib baik semua dah prepared. Baju untuk ke hospital dah siap dalam kereta. Cuma bawak diri and baju Laana untuk stay rumah makcik husband. Rumah makcik husband tak jauh pun cuma di apartment bersebelahan apartment kami. Alhamdulillah Allah permudahkan 1 urusan.
7.45 mlm:
Hantar Laana rumah makcik husband. Aku dah mula nangis sakan sebab tak sanggup nak berpisah dengan Laana. Aku peluk cium dia masa tu. Sedihnye Ya Allah. Hanya ALLAH yang tahu hati aku sebak sangat masa tu. Ni first time aku tinggalkan Laana. First time aku tidur tanpa dia di sebelah aku. Aku peluk cium dia. Memang muka aku dah penuh air mata. Bukan sebab takut bersalin tapi sebab sedihnye Ya Allah nak berpisah sekejap dengan Laana. Nasib baik Laana pun okey tak meragam masa aku nak pergi. Dia tak menangis mungkin tak tahu apa-apa lagi kan??? Lagipun dia memang rapat dengan makcik husband tu so memang dia tak terasa kalau aku nak tinggalkan dia kejap-kejap.
8.00 mlm:
Aku dah mula sakit dah. Rasanya contraction datang 5 minit sekali. Husband pun drive ke PPUM. Nasib baik laaaa tak jem. Ya ALLAH syukur. Jalan clear. Puchong ke PPUM jauh juga.Tak jem ni pun around 30 minutes jugak nak boleh ke sampai. Kalau jem tu tak tahu laaaa..
8.30 mlm:
Sampai di PPUM. Husband tanya nak drop by kat lobi ke nak ikut cari parking? aku cakap nk ikut dia. Lagipun nanti ada lif terus ke atas. No problem. sO parking pun memang banyak time malam kan? Jadinye ktorang parking betul-betul dekat dengan lif. Masa ni berpeluh tahan sakit bila contraction tu datang oi! Bila terus ke level 3 bahagian wad bersalin tu, Nurse amik details, and masukkan aku ke dalam Labour room terus. Cantik labour roomnye. Hihi... Then malam tu pulak tak ramai orang bersalin. Rasanya time aku tu aku seorang jek bersalin. Jadi doc pun tertumpu pada aku.
9.15 mlm:
Sakit dia dah mula 3 minit sekali kot. Nurse still pasang CTG, and peralatan pada aku. Doc pun tak check jalan. Mungkin ramai tak sangka kot aku dah nak bersalin. Bila tak tahan sangat aku mula tanya nurse mana doc? Sebab dah memang tak tahan nih. Nurse pun panggil doc. Ramai pulak doc yang masuk dalam 4 orang. Doc pelatih pun ramai jugak dalam 6 orang. huhuhu aku dah tak peduli daaaaa. Bila doc check jalan rupanya da 10cm and dah mula nampak kepala baby.
9.30 mlm:
Aku selamat melahirkan seorang baby girl berat 2.75kg. ^_^
Haha semua doc macam terkejut sebab sekejapnya. Baru datang spital masalahnye tu. Tu yang dorang tak sangka. Tak sempat nak tanya apa-apa or buat apa lagi. Cucuk jarum untuk masuk ubat kt tangan pun belum masa tu tapi terpaksa jugak buat.
Kelahiran kali kedua ni rasanya aku lebih cool and bersedia. Masa first dlu macam stress jugak laa dengan sakit bekas jahitan tu yang agak lama dalam 2 minggu. Sebab gunting kan? Kali ni koyak sikit jek. Doc jahit pun sikit jek. Hari ke 3 dah okey and tak rasa lagi di bahagian tu sakit. Cuma aku lebih emosi bila terpaksa handle Laana. Memang kesian jugak pada dia mula-mula sebab dia terkejut kan? Siapa yang mak dia dukung? Mak dia dah tak sayang dia ke??? Dia mula tantrum and mengamuk teruk jugak. Penat jugak nak melayan kerenah dia memula. Cepat sensitif. Dalam seminggu lebih jugak dia macam tu. Tapi alhamdulillah sekarang dia semakin okey and dah boleh terimaaa. kalau tidak tidur pun dia termimpi-mimpi sampai menangis tau.
ok baby ada lg 34 hari pantang yeee. |
Alhamdulillah...tahniah Hanis! Dah dua gegirl.....lawa pulak tu kening Khayra...cantik terbentuk je...
ReplyDeletetq hihi... anyway kening tu dilukis oleh neneknya. Dalam pantang boleh lukis kening baby kalau nak keningnya cantik bila da besar :)
DeleteTahniah hanis hehe terkejut kita masa dlm fb awak dah bersalin. Dah tau kan sakit natural camne. Kite yg alfina ni kita hari2 doa biarlah ada tanda. Senang nk tahu kan.
ReplyDelete