Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 28 March 2017

Tips kening cantik semulajadi

Actually tips ni tak tahulah betul ke idak or sekadar kebetulan. Entoh laaa. aku pun tak berapa pasti tapi dari segi pemerhatian aku, memang kening adik beradik perempuan aku and anak pertama aku kening semua cantik and terbentuk. Tipsnye aku dapat dari mak aku sendiri. Dia lukis kening kami sume since hari ke-3 dan dalam pantang tu memang dia akan topup la celak / eyebrow kat kening kami. Hasilnye memang menjadi la. Aku ingatkan memain jek la kan??? Hahaha sekali macam menjadi pulak pada anak sulung aku, Laana. 

Kalau masa sekolah dulu kami 3 beradik perempuan ni selalu sangat kene panggil dengan cikgu disiplin. Katanya kami ni cukur kening laaa, lukis kening p sekolah laaa. Hurmmm naik turun bilik disiplin tu memang selalu sangat dah. Penat nk explain pada cikgu-cikgu especially klw cikgu baru ke or cikgu yang tak familiar dengan kita. Every year kan kita akan jumpa cikgu yang lain-lain ikut subjek yang cikgu ajar kan?? Haaa kadang lepas abis dia mengajor, mesti dia akan cakap " Ikut saya naik ke bilik guru sekejap" Sendu sekejap. 

kalau perhati betul-betul kening Raaniya tu bukan natural ye. Bukan lahir-lahir terbentuk begitu. Huhu tu sebenarnya dilukis. Lagi bagus kalau ada celak mekah tu lagi bagus. Tapi nak dapat kat sini susah kan? so aku pakai jek la yang Maybelline

Ni pulak keningnye Laana masa dalam pantang dulu-dulu. Memang jadi bahan untuk dilukis. Hihihihi Tak perlu laa hari-hari lukis sebab selalunya sekali lukis, dalam 4 5 hari juga baru hilang. Then lukis balik. Lepas habis pantang tak yah lukis dah pun tak apa. Masa dalam pantang jek baru-baru lagi kan?? Sat gi nak buat sampai ke dia besar jenuh la pulak. 




Then sekarang kening Laana dah terbentuk cantik. Hihi magic jugak laaaa aku nengok pun rasa teruja. Jadi sesiapa yang rasa tips ni betul and nak cuba bole cuba sebab mak aku memang buat dari zaman aku kecil lagi then kemudian 2 adik perempuan aku sekali. 

Dah besar Laana ibu rupanyaaaa ...
Ni pulak kening aku and adik-adik. Gambar masa dewasa jek laa haha sebabnye mak tak simpan pun gambar-gambar masa baby. Tak adalah seperti kita dulu-dulu boleh amik gmbr macam-macam style and bila-bila masa kan?? Orang dulu-dulu dah segak and lawa-lawa baru amik gambar.
Kami tak pernah cukur and lukis pun aih. Bole la cuba tips ni naaa hihi kt anak gegurl .





No comments:

Post a Comment