Ohh nasib baik laa aku tergerak hati nak pergi beli kain langsir cepat-cepat. Walau rumah tak dapat kunci lagi *ni sengaja nk bgth banyak kali kunci tak dapat lg* Sebab Geram kan. So kita menghappykan diri dengan benda lain. Hahahahhaa boleh tak dah beli langsir pun. Aku nak hantar tempah langsir nun jauh di Kota Bharu Kelantan. sO kebetulan untie aku nak balik kelate minggu ni, sO tergerak jgk laa hati ni nk p beli kain kt Jakel tu haaa. Sebab dah booking and tengok-tengok kain memang confirm kat situ la nk dibelinyaaa. Dah pergi survey tempat lain jugak, tapi macam tak ada yang berkenan jgk eh. sO confirm la memang amik pattern aku nak tuh. Huhuhu mak cakap gelap rumah, hurmmm tak pe laah redha jek la cmne kain tu siap nanti kan? Sebab langsir aku beli tu agak tebal and tak tembus cahaya. sO dia risau rumah aku jadik gelap. Rumah tengah kn. sO memang kurang tingkap and pencahayaan.
Xapa la. xyh buat tinted da. Hehehehehe jimat RM700 jugak laa. sebab dah survey harga lebih kurang tu untuk tinted. Rumah teres setingkat yg tengah xperlu nk tinted sgt kot. Kalau banglo ke, semi D or byk tingkap ni kene la tinted. ye dak ?? Pendapat aku laaa. Then jumaat tu aku ajak la BFF aku teman nak p Jakel Shah Alam wei. Dah la aku ni dari Petaling Jaya. Nasib baik jalan clear. Tak jem langsung wei !! Aman bahagia. Bertolak kol 12.30 tghari smpai jam 1 petang. Alhamdulillah dapat parking pun mudah.
Lepas gores tiket parking utk sejam we all tros msuk Jakel. Dah tahu apa nak dicari so tak perlu nak lenggang kangkung nak pilih benda lain. Banyak lagi benda nak dibuat lepas nih. sO target aku memang nak p beli kain sebab dah ukur siap, ada ukuran da pun. Dengan berapa panel nak buat, bentuk langsir mcm mn sume dah plan okayyyy. Tunggu nak p anta upah sahaja. Uish memula smpai tu aku tunjuk la resit yang dah booking awal dlu kain tu. Sekali pekerja dia ckp yang kuning ni dah habis. Tinggal 9 meter jek lagi. WTH ??? Aku rasa mcm nk marah dah memula tu. Aik betul ke dah habis ni?? Pasal dia x pegi cari pun cakap dah habis. Tak apa - tak apa sabar. Mungkin ada tu. sO dia ckp yang putih ni pn macam tak ada lagi. Eh tak boleh tak ada. Aritu dah boiking siap dah letak tepi nak 5 gulung nih haaaaa. ...
sekali lama tu baru pekerja dia mai bawak 5 batang kain. Fuh ! Legaaaa. Pahtu dia cakap yang kain kuning aku nak lak tak ada. Mana tak hangin kan. Lepas tu dia ckp ada colour seakan sama cuma dia smooth sikit. Memula aku macam dah ok jek la. Redha pasal sama jek warna. Pahtu dia panggil kawan dia perempuan untuk tolong. Sebabnya dia nak pegi solat dah. Dia cakap nak kene p solat dah so pekerja perempuan akan handle. Budak perempuan tu nice. Ok laa. Dia rajin melayan. Hahaha yang kain putih (siang) aku nak dalam 25 meter. Sepatut 24 meter. Tapi sengaj lebih kan sikit.Jadilaaa 25 meter shj. Kain tebal kuning tu dalam 33 meter jgk nak. Jadi dia dok mengukur la yang warna putih dlu.
DONE ! Nasib baik ngam-ngam ada 26 meter jek. Hahaha selamat. Nasib baik tak kurang ok.. Then dia cakap nanti dia cari dalam stor masih ada lagi tak yang kaler kuning tu. Tak lama kemudian aku yang dah nk frust memula ni kembali senyum bila pekerja dia cakap ADA KAK! ADA KAK !. Aku rasa dia pun eksaited tengok kain aku nak rupanya ada lagi laaa. Ada 1 gulung lg. Fuh Lega !! Nasib baik aku g awal. Kalau tidak, kau rasa ada lagi kain aku nih????? Haha sebabnye aku nengok kat Jakel tu penuh dah sume tergantung BOOKING ! BOOKING ! maybe ramai sgt yang dah bookingnye wei. Mana taknya memang murah masa sale haritu.
haaa yang berlipat tepi tu aku punya laa. Total semua 58meter okayyy !! |
kain putih yang aku pilih untuk jadik kain siang. |
Material dia dari dekat. Ada corak halus2 |
Keadaan di dalam kereta. Penuh 1 kete wei.. |
Yeay boleh balik dengan aman sebab kain masih ada lagi. Kalau aku datang lmbt rasanya mesti kain aku da habis lesap da kn??Tak ada kain pun boleh bikin stress sebab dah bookig kn. Siap byar RM100 lg. sO total untuk 58meter aritu adalah RM750.00 tapi aku dah bayar RM100 depo 2 minggu lepas. Jadinye just bayar balance lagi RM650 shj. Murah kn?? Hihihi sebab kualiti kain bagus. Terbaikkkkk. Aku nk jatuh tebal gini. Sebab aku tengok kt kedai lain semeter sj RM55.00 dah. Huhuhu ni sebab dapat lock harga sale. Ok laa tuh. MISI TERCAPAI ! Bye Tunggu langsir siap pulak yee
Saya tau lana suka kucing.
ReplyDelete