Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 30 March 2016

Hunt for my milkbooster !!

Anyway baby dah nak masuk 6 bulan soon. Then dalam happy.. happy dia nak makan tu, aku pulak down sikit pasal kekurangan stock susu. Tak tahulah kenapa makin merudum hasil sejak dua menjak ni. Actually dah mula datang bulan so that itu adalah antara salah satu faktor jugak tu. Orang kata laaa. Makanya lagi la aku down. Hurmmm tapi sebenarnya tak boleh down and seteress lelama. Nanti susu makin merudum pulakkkv ! sO i must take action la. Tak kiralaaa apa jugak action asalkan boleh banyakkan balik susu badan ni haaa. Bila tengok hasil yang dipam dapat paling banyak kadang 5oz or 6oz berbanding dlu akan dapat 10oz - 12oz persession. Memang seteress la kan?? 

Baby pulak tak nak direct feeding. Dia memang nak dalam botol jek. Maka aku dah jadi ep mom ni since baby 3 bulan lagi. Entah kenapa dia tak nak direct aku pun peliksss bin ajaib jugak nih. Dia macam xpuas nak menyusu kot. If dalam botol ni letak 3oz sekali minum puas hati dia haaa. Aku risau stock xmencukupi jek nih. Adoiii tengok dalam peti rasa sedih and nak menangis pun ada. Actually dah menangis pun -_-'

sO semalam husband cakap tak apa la beli la supplemen yang aku dok usha tu. Ada la jugak aku buat review kan and baca testimoni orang. Ada cakap brand Mamom Milkbooster ni macam okey. Hihihi sO tengah tunggu produk tu sampai ke tangan jekkk nih! Tak sabar nak cuba betul ke menjadik hasilnya. Aku tak pernah amik mana-mana supplemen pun sebelum ni. sO start semalam husband belikan kurma, horlicks, air tamar coco. Huhuhu semalam dah start minum horlicks. Gigih jugak ni nak banyakkan susu balik nak kejar stock kan? Baby minum 30oz 1 hari sekarang. Ini dah termasuk susu hantar pada pengasuh aku letak dalam botol. 3oz X 6 botol so kat situ dah 18oz. Then malam pulak dalam 10oz habis. Total 28oz okeyyyy ! Ni tak termasuk kalau dia dah terlena tu, mamai-mamai dia boleh jugak direct feeding. Hihi itu kalau dia tak sedar laaa. 


see yaaa. Ini session aku untuk hari ini. Pagi 5oz tengahari 6oz. Dapat 6oz kira okey lagi ni. Kalau malam mesti dapat 4oz cmtu. 

sO nanti tunggu lah hasil dari usaha keras aku nih ha. Ini baru hari pertama lepas minum horlicks. Malam ni nak blend kurma and campur dengan susu UHT Marigold pulak. Harap-harap menjadik. Never give up ! I want the best for my daughter. Kenapa aku nak sangat breastfeed my baby?? Khamis lepas, aku bawak baby untuk check up di Kelinik Kesihatan. Cuaca pulak di Petaling Jaya lately dari minggu lepas lepas jam 2.00 petang mesti hujan lebat selebatnya. Tempat lain panas, kat PJ memang hujan setiap hari. 

sO bila hujan tu tak dapat lari dari kene hujan laa. Aku kene hujan baby pun kene tempias sikit laa. Tapi kira kena jugak la. Aku of course demam, selsema btuk agak teruk jugak laa. Hari jumaat dah mula hidung berair, kepala rasa berat dengan suara dah hilang. Baby pun demam jugak. Badan dia start panas. Aku tak bagi ubat. Cuma tuam dengan air. Basahkan kepala selalu. sO hari ke 2 dia dah okey. Kejap jek demam dia baik. Aku?? Hahaha sampai arini still tak baik lagi demam. Tapi dah beransur laaa. Hebat tak penangan baby breastfeed ?? Memang antibodi kuat sikit laa. 

Okey so tunggu jek la produk yang aku order ni yek?? Nanti minggu depan baru aku review hasil dari usaha keras ni ye?

Okey nak pam untuk session petang pulak. Harap-harap dapat 5oz keatas. 


4 comments:

  1. tips lain, makan 6 kali sehari.

    breakfast - mee goreng, etc.
    minum pagi - susu dutch lady uht & roti gardenia
    lunch - nasi campur. ambik sayur daun gelap banyak. elakkan pedas.
    minum petang - repeat macam minum pagi atau boleh replace roti dgn biskut tapi kena banyak keping
    dinner - masakan thai / repeat macam lunch
    supper - susu + oat

    setiap kali sebelum & selepas pam minum air suam. insyaAllah jadi. dulu masa susu drop sy buat camni tapi sekarang dah x larat nak makan sampai 6 kali tu. haha. jangan risau x gemuk kalau rajin pam.

    just sharing. good luck!

    ReplyDelete
  2. Checklist jika ada masalah susu merudum/ kurang susu:

    1) Period?
    2) Sakit?
    3) Ada amek pil perancang yang tidak sesuai untuk ibu menyusu?
    4) Ada amek ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk ibu menyusu?
    5) Stress?
    6) Penat melampau?
    7) Berapa kali pam sehari?
    8) Umur bayi?
    9) Pemakanan bagaimana?
    10) Cukup x minum air 2-3 liter sehari?

    Kalau nak suplemen untuk tenaga, milkbooster dan sebagainya boleh whatsapp sue 013 4774 285 :)

    ReplyDelete
  3. Akak nanti bg feedback ya.. ina pun dah berkurang sebab ina mix bf +fm

    ReplyDelete
  4. Akak nanti bg feedback ya.. ina pun dah berkurang sebab ina mix bf +fm

    ReplyDelete