Assalamualaikum + selamat pagi. Hari ni hari pertama bekerja di minggu ini. Hihihi tahun ni aku dah sesiap dari awal lagi plan cuti untuk 1 tahun. Wuuuu dasyat eh ! Tahun ni tahun bz. Banyak agenda nak dibuat. Dengan nak membesarkan baby, nak buat persiapan masuk rumah baru, nak survey barang-barang, and macam-macam lagi laaaa ! Tapi se 'busy' mana pun sempat lagi menggoggle info tentang vaksin tambahan untuk baby. Masa aku dapatkan vaksin ni sabtu lepas doktor tanya, mana aku dapat info pasal vaksin ni? Oh sebenarnya mostly kengkawan di opis aku memang aware tentang vaksin ni and amik untuk baby dorang. Jadinye bila turn aku, dorang keep giving info so aku search la. Cuba belajar tentang vaksin Pneumococcal dan rotavirus. Kiranya 2 vaksin ni macam penting la, cumanya kita perlu ambil sendiri sebagai tambahan di klinik atau hospital swasta sahaja. Hospital kerajaan memang tak ada sediakan vaksin ni mungkin sebab mahal. Klinik kesihatan pun cuma bekalkan vaksin yang 3 serangkai, 5 serangkai and so on. Yang tu aku memang bagi juga pada Laana.
So sabtu lepas Laana dah 3 bulan 24 hari. Lagi 6 hari nk masuk 6 bulan masa tu, aku dah bawak dia untuk jab first dos pneumococcal + rotavirus. Kebetulan balik kuantan, so aku buat di KPJ sana. Kat sana tu jumpa doktor Siti. Doktor tu plak cantik dan lembut jek. Masa cucuk Laana menangis jugak cuma sekejap sangat. Lepas pujuk2 terus okey. Manja betul ! hihihi tapi vaksin ni memang sakit jugak. Untuk pneumococcal tu kene melalui suntikan la. Rotavirus pulak cecair yang akan diberi makan. Ubat tu manis-manis and sejuk memang la Baby suka ! hihi.
Taraaaaa !! Ni lepas beberapa minit selepas take a jab ! hihi dah okey tak nangis dahhhh. Tak macam menangis melalak cucuk dekakt KKIA. kat spital ni kejap jek dia nangis. Then masa ni tengah tunggu turn untuk bayaran. Vaksin ni memang agak mahal, tapi gigih aku mengumpul duit jugak. Badan dia halus kecik jek. Jadi untuk prevent dia dari penyakit-penyakit macam radang paru-paru tu aku sanggup la perabis duit. Gi spital masa tu dalam jam 2petang. Lepas jab aku and en. suami pergi makan-makan.
Lepas tu balik rumah dalam jam 4petang tu tidurkan Laana. Lama jugak dia tidur. Dalam 8mlm baru tersedar. Tu pun kejutkan sebab mak ajak makan luar. Haha bangun tu dia start moody sket. Merengek2. Kengkawan dah pesan lepas jab selalunya baby akan merengek. Badan panas and akan demam. Aku punya takut dia demam, malam tu terus ajak en.suami ke klinik panel. Untung nasib baik di Kuantan pun masih ada klinik panel. Dah perabis banyak kat vaksin tadi kan. sO time ni memang nak lah panel kan? Mak ayah pergi dulu kedai makan. Aku and en.suami pergi klinik kejap. Nasib baik orang tak ramai. Tak ada oranglah senang cakap. Terus masuk jumpa doktor and amik ubat demam untuk baby punya. Saja standby incase baby demam kan? Tapi sampai kedai makan dia diam jekkk. Hihiiii moody lettewwwww !
Tengok..... tengokk.... muka dia monyok. Haha rasa nk cium cium jek banyak-banyak. Tapi tak berani nk kacau sebab dia ngah moody. Kang dia menjerit n melalak susah nk makan. sO kitorang biarkan dia mengelamun jek laaa.
Tup tup jek tengok dia da tido balik
Doktor yang aku g klinik malam tu pesan. Pantau jek la baby tu malam ni. Tapi jarang case baby demam berlaku lepas vaksin pneumococcal tu sekarang. sebab ubat-ubat sekarang dah improved. Tapi pantau dalam masa 24 jam. If baby tak demam lepas 24 jam means dia OK.
Yeay baby ok. Baby kuat ! Lepas jab lepas 24jam. Laana panas sekejap jek. Aku jerlum kepala dia dengan air selalu mlm tu. sO pagi esok tu dia ok.
family potrait !
Oh apa itu Vaksin PNEUMOCOCCAL?
Pneumococcal ni sejenis penyakit yang boleh mengakibatkan maut kepada kanak-kanak sekiranya lewat mendapatkan rawatan. Selalunya akan mnyerang kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas serta kepada orang dewasa. Penyakit ni bermula daripada demam berpanjangan serta batuk. Tapi melalui vaksin ni lah inshaa Allah penyakit tu dapat dielakkan. Angka kematian disebabkan kes ni agak cecah berjuta jugak laa tapi selalunya bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Penyakit ni adalah dari kuman bakteria yang dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus. Kuman ni boleh menyebabkan meningitis iaitu:
1. Jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang
Simptom: Demam dan menggigil lesu, sensitif pada cahaya, hilang selera makan, mengantuk, loya dan muntah, kerap menangis dengan nyaring.
2. Bakteremia (jangkitan darah)
Simptom: Demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah rendah
3. Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Simptom: Demam Panas, sesak nafas, lesu dan pucat
4. Otitis Media (jangkitan telingan tengah, sebelah dalam gegendangan telinga).
Simptom: Sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik-narik telinga
Tapi kuman pneumococcal ni terdapat dalam hidung dan kerongkong orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat dan boleh merebak dari seorang anak kepada yang lain dalam cecair apabila kita bersin atau batuk.
Cara terbaik untuk melindungi anak-anak dari terkena virus tersebut?
1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.
2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.
Vaksin pneumococcal boleh diambil seawal bayi berusia 2 bulan lagi. Di negara luar terutamanya Sweden memang mewajibkan vaksin ini ke atas kanak-kanak. Namun di Malaysia masih belum mewajibkan lagi. Mungkin faktor kewangan 1 hal. Yes ubat ni memang mahal. Tapi tidaklah semahal harga sebuah nyawa. Risau dok memikirkan masa Laana 3 bulan aku terus amik untuk 1st dos. Next dos untuk pneumococcal ni 2 bulan selepas ni. Tapi untuk Rotavirus tu pulak sebulan sekali selama 3x.
Harga untuk suntikan ni berbeza di setiap hospital tapi still in range RM220 - RM300 untuk 1 dos pneumococcal. Rotavirus pulak 1x RM150 - RM200. sO total yang dikenakan untuk pneumococcal covered 13 viruses RM300 + Rotavirus RM135. Total RM462.00 (including gst).
ROTAVIRUS
Rotavirus pulak adalah sering berlaku di mana menyebabkan cirit-birit yang serius di kalangan kanak-kanan terutama di bawah umur 5 tahun. Cirit-birit yang yang disebabkan virus ini akan menyebabkan dehidrasi dan penyebab kematian. Ia boleh merebak kepada orang lain melalui sentuhan.
Vaksin rotavirus ni bukan melalui suntikan tapi makanan. Iaitu ubat dan dosnya adalah 3x untuk pengambilan di bawah umur 4 bulan. If masa amik vaksin ni baby umur 4bulan just 2x sahaja. Tapi ! Vaksin ni hanya diberikan ketika bayi berusia 6bulan ke bawah. Kalau dah lebih 6bulan tu dah tak boleh dapatkan vaksin ni sebab tak ada effect lagi. Vaksin ni pulak boleh bertahan di dalam badan selama 3 tahun.
Real story dari mommy mengenai: