Tabung nuffnang sayer :

Saturday 2 January 2016

hello 2016 !

Entri pertama di tahun baru 2016. Sebenarnya entri ni lama betul peram. Haha boleh dikatakan 2 mlm dah aku dok nak menaip tapi last-last terbengkalai camtu jek. Tak ada masa langsung nk buka blog ni. Bila si kecik bangun cepat-cepat kene tutup laptop and focus pada dia sorang. Cuti untuk bersalin 3 bulan aku dah nak habis pun lagi 2 minggu. Argghhh malasnye nak masuk kerja balik. Haha bukan apa sebab dah biasa duduk rumah kan?? Padahal dekat rumah pun bukan goyang kaki pun. Dari pagi smpai ke malam kerja kat rumah pun tak sudah-sudah.

Tak ada apa yang aku harapkan untuk tahun baru ni melainkan semuanya berjalan lancar. Diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki. Aku juga berharap sangat baby Laana diberi kesihatan yang baik untuk pembesarannya. Eksaited sangat nak tengok dia membesar. Macam mimpi pulak tahun ni ada budak tecik ni dalam life aku and en. suami. Hihihi Lepas ni semua benda yang aku lakukan dalam kepala mesti dok terpikir budak ni. Hadiah paling bermakna untuk 2015 ni of course la baby Laana. Hope aku dapat jadi ibu terbaik untuk dia.

Apa yang aku harapkan untuk tahun 2016?

Rumah 
Untuk tahun 2016 ni jugak aku menunggu rumah siap. Rasanya dah tak lama lagi nak siap. sO tak perlu nak menyewa lagi laa. Walaupun bulanan dia agak walaahhh jugak, tapi nak buat macam mana, terpaksa juga beli untuk aset. Tak larat lagi dah nak mendaki tingkat 4. Rumah yang aku beli ni rumah teres setingkat jek pun. Tak besar mana tapi cukup la untuk keluarga kecil aku. Setakat ni bertiga laa. Hihihi .. tahun untuk ikat perut la sebab banyak perbelanjaan pada rumah tu nanti. Grill, kabinet dapur, cat, peralatan dalam. Huhuhu.. Tak sabarnyeee..

Novelis
Cita-cita dan impian yang dah lama sangat ni aku idamkan. Manuskrip tak pernah habis. Tapi dalam kepala idea tu mencurah-curah cuma tak ada masa lagi. Sekarang ni memang kene buat 2 pekerjaan pun untuk menampung kos sara hidup yang makin tinggi kan?? Jadinya aku akan make sure manuskrip aku siap sebelum akhir tahun 2016 ni. Dah lama sangat peram impian ni !!

Rasanya cukuplah 2 dulu impian yang aku nak capai untuk tahun 2016 ni. Kang banyak-banyak ni takut tak tercapai pulak. Hihiihii Okey laa tak sabar rasanya nak menempuh dunia baru. counting dayss ^_^


goodnite ollss . . . . . .


1 comment: