Tabung nuffnang sayer :

Wednesday, 2 December 2015

BELI RUMAH : 65% progress

Alhamdulillah akhirnya pembayaran by fasa kepada pemaju oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dah laju. So far memang tak sia-sia usaha aku ke hulu ke hilir dari Petaling Jaya ke Putrajaya semata-mata nak pastikan BPP ni buat kerja dorang dengan pantas. Uish, memang terseksa jiwa dan raga jugak masa nak deal dengan dorang ni. Macam bercinta, bertunang and kahwin la orang kata. Hihihihi tapi apa pun benda yang lama xperlu dikenang lagi. Yang penting pembayaran kepada pemaju tu tak ada pending lagi laaa. Untuk fasa ke empat ni pun kawan opis whatssap ada sampul surat dari pemaju sampai. Bila check rupanya invois dari pemaju la. sO bila aku checking dalam sistem BPP tu pembayaran dah settled pun. Alhamdulillah. 

Pagi tadi pulak encik husband sent pic dia pegi tengok rumah. Aku masih berpantang di Kuantan, so tak boleh nak pikir lagi dah pasal rumah. Harapkan husband aku jek laaa. hihi tak sabar nak tunggu rumah siap and pikir dekorasi apa untuk rumah aku nanti. Oh entri sebelum ni boleh tengok di sini progress 45%.

ni bahagian hadapan rumah
Untuk check dalam sistem samada BPP dah buat pembyaran kepada pemaju, just masuk jek laman web Bahagian Pinjaman Perumahan. Masukkan id and psword memang kita akan tahu status pembayaran. sO dari paparan sistem tu, paling atas adalah yang latest. 




ruang tamu. Kecik aje rumah ni tapi cukup lah yang termampu. Nasib baik dah siap tile semua

Ni bahagian dapur. Tak tahu lah besar ke idak, tapi plan dalam kepala nk buat kitchen cabinet. 

Tandas 

ruang tamu lagi.

4 comments:

  1. Allhamdulillah... semoga dipermudahan urusan rumah sis :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah awak..
    insyallah nanti siap boleh deko2..
    semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. tahniah dah tak lama boleh duudk

    ReplyDelete
  4. dlm prjanjian rumah bila boleh diduduki..

    ReplyDelete