Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 10 December 2015

Sakit tak INDUCE ?

Terdetik dek hati nak share review mengenai pengalaman aku bersalinkan Laana. Memula tu tak kisah lagi tapi ada beberapa orang bertanyakan perihal sakit tak induce ? Rata-rata orang dah set dalam minda masing-masing yang induce tu sesuatu yang menyakitkan, sampaikan ada yang sanggup ambil epidural untuk kurangkan kesakitan? AKu dulu pun sebelum mengalami pengalaman ni memang dalam kepada dah tolak jauh-jauh mntak-mintak laa tak kene induce. Tak mo eh induce induce ni. Mesti sakit sangat-sangat macam orang sekeliling bagitahu. 

Oh mungkin ada yang tak berapa tahu. INDUCE adalah prosedur di mana doktor akan insert ubat melalui laluan bawah atau drip air ke dalam tubuh pesakit untuk mempercepatkan bukaan dan sakit contraction tu. Kiranya mempercepatkan laa. Kalau nak tunggu lama kan?? sO akan induce bagi cepat


Kronologi macam mana boleh diinduce:

9.00 pagi - Aku hantar kereta pegi workshop sebab ada kereta keluar dari parking sehari sebelum tu tak tengok belakang. Tak tahu laa cmne dia boleh cuai and tak nampk kereta aku. Makanya kereta aku yang park sat belakang kete dia tu BUM !!! dilanggar lewwww. Habis kemik and cat tertanggal. Tolak ketepi cite kereta ku itu. Alhamdulillah cina tu bayar gantirugi and kereta pun dah cantik seperti sedia kala. Hantar kereta ke tempat untuk ketuk and cat. sO en suami laa terpaksa teman pergi check up di PPUM. Selalunya aku g sendiri jek sebab lepas check up tros masuk opis. PPUM dengan opis aku cuma 15 minit sajooo. Tersangatlaah dekat. Jadik buat apa nk menyusahkan orang. Makanya encik husband teman rasa janggal pulak 

10.30 pagi - Di sebabkan jalan jem sikit. Maklumlaah federal ! tak pernah tak jem. Sampai jek dalam 10.30 pagi tu encik husband suruh aku turun dlu sebab nk cari parking. 

11.30 pagi - lepas buat check up apa patot, teros pegi scan dlu. Kebetulan dapat pulak surat untuk buat scan. Temujanji tu doctor aku yg buatkan 2minggu sebelum. Tak pernah-pernah aku scan di PPUM. Kiranya ni first time laa. Masa ni da 39weeks 6days. Excited ada. Tkot pun ada sebab due date bersalin patot 2 hari lg kan. 

12.00 tghari - Aku mula kecut perut sebab doc yang scan cakap air ketuban aku sikit sangat-sangat. Ikutkan waze air ni dalam 2. Normal untuk air ketuban adalah > 5. Kalau dah 2 tu macam berapa ml je kot. Aku buat andaian sendiri jek. Lepas tu doc cakap baby aku ni macam kecil jek. macam 2.2kg. Risau gler time tu. Macam-macam dah muncul dalam kepala. Knape pulak dengan baby aku? Patot nye bagi 39weeks above berat should 2.5kg above la kan???? Makanya doc scan mintak aku naik and jumpa doc di atas. Tunggu apa kata doc tu pulak 

12.30 ptg - Doc dah panggil untuk turn aku check up. Tengok muka doc tu berkerut buat aku lagi laa gelabah. HUrmmm tp aku buat rileks lagi. Tetiba doc tu cakap. " awak kene admitted arini ye? Kami perlu keluarkan baby hari ni jugak untuk selamatkan baby. Puan akan di induce"

Hui time ni berderau darah. Memang benda yang paling aku tak nak. INDUCE !!! Tapi nk buat macam mana, kena redha. Alhamdulillah kandungan aku tak songsang lagi. Kalau songsang memang kene bedah lagi la tak mahu. Bukan apa, aku tak pandai nak jaga luka czer tu. Aku seorang yang tak penyabar. 

2.30 petang - masuk ward. Baring and doc check CTG jek. Labour room sangat penuh and katil di wad bersalin pun penuh. Makanya aku duduk dlu di wad post natal. Haha lagi stress tengok kiri kanan sume orang dengan baby. di PPUM ni bilik cantik sngat setara hotel swasta. Lagipun memang semi gov pn. 1 bilik ada 4 orang shj. Bilik air sume dalam. sO aku dok terbaring jek la tunggu wad bersalin punya katil kosong.


5.00 petang - Nurse da panggil cakap ada kosong da katil sn. So aku pun ikut dia ke wad bersalin di level 3. Ward post natal di level 6. doktor bg rehat dulu and tanya beberapa soalan. 

6.00 petang - Doctor datang and sedia untuk di induce. Memula dia check laluan. RUpanya dah 2 cm terbuka sebelum. Doc msukkan ubat induce melalui bawah. Katanya lebih kuat. Then doc soh baring jgn bergerak selama 1 jam supaya ubat sebati. sO baringlaa aku seperti biasa. Tapi part ni yang nak cite sket. Induce tidak menyakitkan kita. Doc masukkn ubat macam biasa. Tak rasa apa. Rasa macam kene seluk itu shj. Nothing to worried ye kawan-kawan. MEmang tidak menyakitkan. Jangan dengar pendapat orang. Doktor cakap dalam jam 12 mlm nti dia datang check laluan. Sebab memang 6 jam sekali check samada laluan dah bukak ke belum. Sebab normally 1 ubat selalunya tak berkesan. Ada smpai 2 3 kali masukkn ubat. 

7.00 mlm- Okey dah 1 jam. Makanya aku ke surau untuk solat dahulu. Terpaksa qada solat zohor sekali. Then aku tunggu magrib sekali laaa. Masa tu rasa tak larat sangat dah tapi bertabah lagi. Selesai solat aku baring shj. perut ada rasa memulas2 sikit sikit tapi tak heavy. 

8.00 mlm -  Entah kenapa perut dah mula memulas pelik sangat. Aku rasa sakit ni luar biasa. CONTRACTION ke?? huhu rasanya contraction kot. Yess sakit induce tak menyakitkan. Yagn sakit adalah sakit contraction. Bagi aku sakti contraction tu normal untuk semua sakit nk bersalin. Normal pn itu lah rs sakit contractionnye. Tapi hanya ALLAH jek tahu mcm mana sakit nye contraction tu. 

8.30 mlm - Haish skit dah mula datang selang 5 minit sekali ni. Aku memang rasa tak selesa and sampai menangis2 tahan sakit. Aku picit button untuk panggil nurse. Tapi tiap kali panggil, nurse cakap doc akan cek jam 12 mlm nti. Tahan dulu sakit tu? Tahan? Tapi tak cek kan??? Aku menyirap jugak laa. 


8.45 mlm - Aku tekan button lagi. Nurse datang and cool kn aku. Dia ckp xpela nanti dia nk cucuk bagi ubat tahan sakit dibelakang. Aku iye kan sajooo. Sebab tak tahan wei !! Tapi lamaaa sangat nk menunggu nurse tu haa. Hilang tah kemana. Amik barang kot

9.00 mlm - Kebetulan ada doctor chinese lalu depan katil untuk cek pesakit2. Bila dia datang tempat aku, aku cakap dah tak tahan doc. Dia ckp tp u punya masa untuk check jam 12.00 nti. Jam 12?? ada lg 3 jam ke aku nk tahan. Giler mcm ni. Kebetulan contraction kuat tu datang. Haa apa lagi ! Aku tros meraung ckp doc saya rasa mcm de benda nk keluar !!! Baru doc tu kalut nk cek. Masa dia check tu, kepala baby da nampak and nk keluar. sO cepat-cepat dia amik barang semua. 

9.10 mlm - Alhamdulillah selamat melahirkan baby girl seberat 2.1kg dengan beberapa kali push.  Tak sempat pun ke labour room. Bersalin di wad bersalin sajooo. Laana lahir 2 hari awal dari due date dia hik hik . Lain orang lain skitnye. Aku cuma perlu 1 ubat. Then tak perlu menahan sakit lama. Ada jugak orang induce 8 jam baru jalan buka. Ada yang jalan xbuka-buka so terpaksa czer untuk selamatkan baby. 


yeay Laana dah keluar jalan2..
Today dah 56days


4 comments:

  1. mak oiii....macam tu sekali....akak dulu induce gak..sakit sampai 3 hari baru baby keluar...hehehe...meraung macam mana pun x di layan..x suka hosp gov seremban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha 3 hari.. omg sy xleh tahan da walau untuk 3 jam masa tu

      Delete
  2. singgah ptg hanis.
    ni cerita kaknoor dolu2 skrg dh pencen hehe

    ReplyDelete
  3. Uish tringat cm ika la. Mmg nk beranak sg . Ingt nk berak.

    Alhamdulillah dipermudahkan hanis

    ReplyDelete