Baby sape kat sini yang tak pernah kene demam kuning?? sila angkat tangan !! huhu tapi memang susah la kan zaman sekarang nak jmpa baby yang tak kena demam kuning kan?? Kalau ada pun peratusnya sangat-sangat sikit laaa sebab mesti ada punya laaa walaupun dalam amount yang sedikit. Okey laa dugaan lepas bersalin ni memang macam-macam laa. Lepas kes susu badan tu, esokkan nurse datang and check my baby ada macam nampak kuning sikit. sO cepat2 nurse KK (Klinik Kesihatan) tu mintak bawak check di Klinik tros. So husband teros bawak baby check di sana. Paras bacaan baby masa tu 198. sO kene masuk wad sebab hari tu untuk bacaan baby adalah 200. Beza sikit jadi terpaksa masuk wad jugak sebab baby Laana kan kecik jek. 2.1kg masa lahir. Jadi doktor risau bayi yang kecil ni macam-macam jangkitan mudah terkena. Petang lepas zohor macam tu we all teros ke HTAA Kuantan.
Masa tu Allah jek tahu macam mana perasaan ni. Memang rasa tak sedap hati, tak happy, emosi pun tengah tak stabil. Hari ke-4 dah kene masuk wad pulak lagi. I hate hospital. Hospital sape suka masuk kan??? Macam-macam perasaan ada masa first time ni kan? Risaukan baby. Tak happy kene tidur di wad. Ya Allah memang perasaan tak happy sangat masa tu. Air mata pulak mudah jek jatuh. Memang selalu jek rasa nak menangis. Perempuan lepas bersalin kan tak elok menangis, tapi nak buat macam mana, perasaan tu tak leh ditahan-tahan. Husband jek la pujuk cakap tak ada pape. Mujurla masa tu dia cuti seminggu kan?? sO dia yang ulang-alik ke spital. Wad untuk baby kena kuning ni hanya husband sahaja boleh masuk. Family lain termasuk ibu and ayah kita tak dibenarkan.
Laana pulak masa tu kerap sangat meragam. ASyik menangis and nak meriba jek. Aku pulak masa tu masih ada lagi rasa sakit-sakit pedih luka jahitan. Nak duduk tak kena jek. HUhu lagilaaa menambah stress. Aku cuma harap masa cepat jek berlalu dengan pantas kan??? Kadang-kadang tertanya jugak kenapa laaahhhh baby aku kena kuning. Tapi tak baik kan pikir macam tu. Patutnya aku bersyukur sebab baby aku tak lah teruk mana kuningnya berbanding orang lain di wad. Bila da masuk wad tu, rmai pulak kawan-kawan lain. Siap boleh berbual. Nasib baik dorang pun semua baik-baik. Wad yang aku dapat ni selesa jugak walaupun rasa luas. Sebab kiri kanan memang katil jewk. Bukan macam di PPUM. PPUM memang standard macam swasta la kan?? 1 bilik ada 4 katil and setiap bilik ada tandas siap. Macam wad kuning di HTAA ni, 1 wad menempatkan semua katil ibu bersama bayi di bawah inkubator lampu UV tu.
Masa tu katil pun penuh. Orang sebelah aku ni dah seminggu dok dalam wad. Orang depan dah 7 hari. Masing-masing kuning anak dah cecah 300. Ada pulak yang terpaksa berpisah dengan anak. Mak dekat level 5 anak level 6 sebab kuning terlalu tinggi. sO mak kene ke atas untuk jenguk baby bagi susu or whateva laa kan??? sO sedikit demi sedikit perasaan sedih tu terhakis and wujud perasaan aku perlu ada rasa bersyukur. Orang lain lebih teruk. Dorang boleh lagi senyum, kenapa aku perlu rasa teruk kan?? Bayi aku bukan tinggi sangat kuning pun. Tapi disebabkan dia kecik sO doktor just nak pantau untuk 1 malam.
Malam tu aku cuba think +ve. Baby Laana asyik nak meriba jek. Kesian dia matanya dipakaikan macam cermin mata. Untuk elak cahaya UV tu masuk ke dalam mata. Bahaya jugak cahaya tu. Nampak macam dia tidur kan?? Sebenarnya tak tidur pun, sebab mata dia dah di tutup macam tu kan?? Jadi dia memang akan diam jek laaa. Baby lain semua tidur jek and senyap. Macam aku adui sepanjang dari siang smpai mlm memang dia nak memerap jek. Memang kena pangku dia. Bila dia tidur, aku letak dalam inkubator tu, dalam 10 minit jek leh tahan. Lepas tu dia nangis. Dia nak dibedung jek sentiasa. Klau tak dia menangis.
Smpai kan 1 - 5 pagi pun aku tak dapat tidur lena sebab Laana asyik berjaga. sO main-main jek la dengan dia. Ibu-ibu lain tidur. Tapi ada jugak yang berjaga sebab baby bangun. Kiranya masih ada orang. Nurse pun ada ramai. Jam 4 pg pun doktor ada datang and check. Kata doktor, kuning Laana tak berapa kuat. If turun bawah paras bacaan 220 untuk esok boleh discharged da. Ya Allah aku berharap sangat jangan naik.
Esok pagi-pagi jam 6 lagi baby dah kene amik darah. sO result dalam jam 11 pg nanti. Kalau turun boleh keluar wad. Seperti dijangka, aku bersyukur sebab kuning Laana turun ke 165 paras bacaan. Alhamdulillah. sO petang tu we all da boleh balik.
Bagi aku apa aku lihat la. Baby yang kuningnye kuat memang suka sangat tidur. Tak aktif. Lain beza dengan Laana yang tak suka tidur. Bila jarang tidur, dia jadik lapar. Sejam 1x aku mesti menyusu dia. Nasib baik hari ke-4 susu dah mula keluar. Bersyukur lagi pada Allah sebab mudahkan urusan aku. Kalau susu masih belum keluar macam mana paras kuning nak turun, sedangkan satu-satunya ubat untuk kurangkan kuning ni adalah susu ibu. Kerapkan bagi bayi menyusu susu badan sepanjang kuning tu. Bila kerap dia menyusu, jadi dia kerap berak. Pampers Laana memang banyak sangat yang habis untuk 1 hari tu. Hihi rasanya 20 keping jek dia shj sebab kejap2 dia membuang. Najis untuk bayi yang menyusu susu ibu sahaja warnya kuning keemasan. Esok pagi tu jugak alhamdulillah Laana dah mula lena. Mungkin penat semalaman tak tidur kan???
Lepas keluar wad tu, seminggu jugak kena ulang-alik ke klinik kesihatan untuk check up bacaan kuning dia. Alhamdulillah makin turun. seminggu kemudian kuning dia terus tak ada. hihi..
Assalamualaikum Lanaa. Adra haritu xde kuning tp ank buah kite ade kuning. Tinggi gak. Mmg bby kuning kuat tdo tau.
ReplyDeleteAlhamdulillah Lanaa dh sihat