Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 2 December 2015

Baru nak belajar cara simpan stok susu Laana !

Hari ni Laana dah masuk 44 hari. Hihihi sekejap jugak masa ni berlalu kan?? Dah tu mula laa terkial-kial fikirkan stok baby. Kang tak sempat dapatkan stok banyak susah jgk. sO aku dah mula berjinak-jinak buat stok susu. Sebelum ni ada buat stok jugak tapi tak berapa pandai. Aku banyak letak dekat chiller dulu ada yang dah lama 2 jam kat luar baru bawak masuk ke freezer, sO susu tu mungkin jadi tak berapa nak sedap di tekak baby. Laana pulak macam memilih. Dia memang tak akan minum if susu tu rasa pelik-pelik. Dengan cara susunan pun tunggang langgang dalam tempat beku tu. Haha kelakar jek tengok. sO start dari tu mula google sikit-sikit and belajar cara yang betul. 

Aku mula simpan stok cara leper macam ni supaya jimat ruang

Banyak space bole jimat if simpan meleper macam ni.  Sebelum ni aku xbuat leper macam ni
sebelum ni aku simpan mcm ni. Memang makan space la. hihi 
Semua beg plastik yang simpan gemuk cmtu aku nak pakai dulu untuk testing. Ada yang ok ada yang tak. So dari situ boleh testing testing kan susu tu ok tak dengan lidah baby. Rumusannya susu yang agak lama disimpan akan berbau and baby kurang senang. sO sekarang ni untuk stok aku asingkan masa. Aku teros simpan dalam freezer lepas pam. Hasilnye bby suka. 

kiri susu stok kanan baru pam. 

Kalau tengok pada warna susu pun dah tahu. Sebab kalau susu stok yang xok. I mean macam dah lama baru simpan. Dia sebenarnya ok tapi mungkin bau and rasa berubah. sO baby tolak. Faktor mungkin terjadi adalah disebabkan: 
1. Lepas pam tu kita tak terus masukkn dalam freezer. Tapi tak juga melebihi 4 jam suhu bilik
2. Cara pemanasan. Susu tak boleh dipanaskan dengan air terlampau panas. Kalau terlampau panas pun susu rosak and jadi berubah warna and bau. 

Susu belah kanan tu yang fresh baru pam and baby minum dengan rakus. So warna dia pun putih. Jadi lepas pam tu aku terus masukkn dalam plastik milk storage and masukkn dalam freezer. Tak mo susu berbau and rugi plak nanti. 

sO banyak tu jek baru aku dapat buat stok untuk 2 minggu ni. Hihi tengah mencuba lagi. Kadang-kadang aku pam and bagi botol pada baby, kadang-kadang aku direct tros. Baby pun dapat belajar dengan awal. Tak perlu la kita ajar masa dah nk habis cuti and nk anta pengasuh, sebab ms tu nanti baby sukar sikit nak terima 

yeay Baby Laana dah masuk  40 daysss !!! Membesar dengan sihat hanya dengan susu ibu.
Berat baby naik 1.1kg dari 2.1kg semasa lahir timbang 1 bulan dah 3.2kg 

3 comments: