Disebabkan sekarang ni musim orang nikah + kahwin, maka aku pun buat laa entri mengenai kahwin ni. Memandangkan aku pun baru jek melasungkan perkahwinan. Ceyyyy sebenarnya bulan ni da masuk 9 bulan. Okey la tu tak sampai setahun lg kan?? Plus majlis resepsi aku pun buat awal tahun ni jugak. Terpaksa ditangguhkan kerana banjir besar di Kelantan tahun ni. Okey sebenarnya aku terdetik nak share belanjawan ni sebab ada sepupu and kawan-kawan bertanya. Al-maklumlah musim perkahwinan. Memasing nak tahu berapa peruntukan untuk langkah penjimatan.
Okey, sebenarnya majlis kahwin aku ni simple and berkadar jimat. Tak nak membazir and mencipta hutang selepas berkahwin pulak. Sebab tu parents aku decide nak adakan 3 majlis pada 1 hari. Majlis merisik aku pun tersangaaaaaattttttttttttttttt lah simple. Tak ada pelamin bagai. Hihi nanti aku buat entri lain pasal merisik and macam mana tergeraknya peracangan ktorang untuk tamatkan hubungan ni dengan merisik and kahwin thn lepas jugak. Untuk majlis perkahwinan pulak, parents decide nak jimat and ada kan 1 hari.
9.30 pagi - majlis bertunang
10.30 pagi - akad nikah
12.30 tengahari - majlis bersanding
Penat memang penat, tapi berbaloi. Kalau difikirkan bertunang pun makan duit banyak jugak. Jadinya parents aku cuma decide merisik pun sudah berbaloi. Cincin tanda pun diberi jugak kiranya kan??? Aku pun bersyukur sebab parents aku tersangat memahami dan tidak membebankan aku dengan majlis-majlis yang banyak and grand-grand. Untuk mas kahwin pun aku ikut Pahang iaitu RM22.50. Duit hantaran dari lelaki parents aku tak usik and memang kasi 100% pada aku. TQ umi ayah !
Majlis pertunangan. Sarung cincin and sempat jadik tunangan orang selama 1 jam :) |
Cincin tunang tempah dekat habib. Disebabkan benda-benda yang ada sentimental value ni, sO tak kan berkira sangat pasal $$$$. Tapi korang beli masa Habib buat sales yeee. Jangan beli time tak ada sales. Sangat rugi !! Cincin tunang aku dalam RM5k lbih tapiiiiiiii dapat less 50% so around RM3k smthing. Sorry da lupa!! Lagipun encik suami bayarkan. Banyak lagi pattern and price dekat Habib. sO korang lebih baik beli time murah ye.
Memang nak emas putih + berlian sebab tak nak emas. Banyak sangat emas dah |
Habis part bertunang. sO kos bertunang aku cuma sebentuk cincin pertunangan. Jimat kan?? Itupun kos dari pihak lelaki. Hiihihi Dalam jam 10.30 pagi tu baru we all selamat diijab kabul. Itupun dalam masa 1 jam tu proses mendengar khutbah dan nasihat daripada tok kadi. Bukan main terus kahwin jek oii. Bila masuk part akad nikah tu yang macam sayu and hiba sket. Aku dok tahan laaa air mata ni huhu.. Tapi alhamdulillah semuanya selamat dengan 1 lafaz jek
Akad nikah. Upacara batal air semayang aku plak, pihak lelaki tak bagi cincin. CUkup laa dapat 1. sO batal dengan sarung gelang emas. TQ sayang :) |
Okey checklist untuk majlis kahwin aku and bajet ( Jemputan 500 orang)
1. RM5,000.00 link wedding reception & betunang , nikah
Pelamin
Baju 3 pasang (Tunang / sanding + bersanding + sambut menantu)
Meja beradap
Booth untuk photobooth
meja hiasan kek
Make up 2x (tunang/akad nikah + sanding)
veil, tudung, peralatan lain-lain
2. RM3,000.00 (*) link doorgift
Dorgift: RM5.00 x 600 jemputan
3. RM 1,000.00 (*)
Dewan (The Royal Pahang Golf Club)
4. RM 10,800.00 (*)
Katering: RM18 x 600 jemputan
5. RM 450.00 (*)
Kek kahwin 3 tingkat. (No dummy)
6. RM - link kad kawin
Kad Kahwin (Sponsored) 1,000 pcs.
7. RM100 link photobooth
DIY Photobooth
8. RM -
Instagram Photobooh (Sponsored)
9. RM 1,400 link photographer & album wedding
Photographer (tunang + nikah + sanding + outdoor) profesional tapi sebab rege member2
10. RM 2,000 (*)
Homestay RM250 x 8 rumah. (family lelaki 3 + family parents 5)
11. RM 2,000.00 (*)
Kerusi + meja
12. RM270.00 (*) Link par
Sewa par 9 dulang x RM30
13. RM 3,000.00
7 barang hantaran (beli untuk diri sendiri and tukar dengan pihak lelaki)
make up MAC : RM600.00
batik crepe 2 helai : RM500.00
jam tangan : RM300
Handbeg : RM 600
Telekung + tafsir : RM200
tak ingat dah lagi 2
14. RM40.00 Link bunga tangan
DIY Bunga tangan
15. RM80.00 sale link kasut
Kasut
16. RM 500.00 link bunga telur
Bunga telur
TOTAL : RM 29,640.00
Secara kasarnya dekat RM30k. Tapi yang bertanda star (*) tu parents aku sponsored. Tapi rasanya da habis berjimat. Huhu tetap mahal jgk belanjanya. Zaman sekarang. Ini belum zaman GST lg -_- . kesian adik-adik aku nanti. Itu belum campur yang kecik-kecik duit minyak balik kampung selalu nak urus itu ini and macam-macam laaa. Korang leh g ke link-link yang diberi untuk entri sebelum ni ye
dpt keje kene terus menabung nak kawin kan ^^
ReplyDeleteBtol. huhu aritu menyimpan jugak laaa sebabnya bahagi 2 dengan parents kn. Da habis jimat rasanya nih. Tp terover jgk
Deletesaya dulu pun jimat banyak sebab diy n kawen sekali dengan adik..
ReplyDeletelepas kawen duit nak pakai banyak
itu pun ada diy and sponsored dari kawan-kawan. Memang lepas kahwin lagi banyak pakai duit. tapi yang penting jangan berhutang. :)
Deleteagak byk jugak tu. so pada yg nak nikah kena kumpul duit awal2 kan
ReplyDelete