Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 18 June 2015

Puasa ni dah kahwin !!!

Dah macam drama kat TV3, Raya ni dah kahwin pulak. Huhuhuhu Tapi sekarang kan tengah on mood ramadhan. Makanya tercuit jugak rasa hati ni nak bercerita tentang puasa aku kali ni. Puasa kali ni banyak giler beza dengan puasa aku tahun2 sebelum ni. Kalau sebelum ni, puasa aku mestilah dengan kawan-kawan, dengan housemate, xpun Alone. Paling ketara adalah semua tu aku beli di bazar Ramadan sahaja sebabnya aku memang tak memasak langsung. Rumah sewa dlu semua barang-barang dapur yang housemate punya. Segan pulak nak menumpang. Lagipun tak akan laaa nak masak serentak lepas balik kerja. Senang aku jalan kaki jek kat bazar yang kebetulan sejengkal jek dari rumah. 

Puasa tahun ni, memang banyak bezanya. Sekarang ni tak terkejar-kejar nak ke bazar ramadan lagi. Tak pikir nak beli apa untuk juadah berbuka. Sebabnya.. sekarang ni aku memang memasak sahaja. Rasa macam tak ada selera nak beli lauk di luar. Huhuhu padahal aku bukan rajin benor memasaknya haaa. Tapi okey laa rasa lebih senang plus aku pun sekarang berbadan dua. Jadi rasa nak balik rumah terus. Tak nak bersesak-sesak di bazar lagi. Lagipun banyak pengalaman beli di bazar tak seperti apa yang kita jangka kan. Sebab tu aku lebih rela memasak sendiri di rumah. Lagipun kene berjimat-cermat dah sekarang. Kos hidup di bandar semakin tinggi. 

Seminggu ni aku dah buat jadual nak masak. Haaaa memang lauk semua dah penuh sepeti aku borong. Makanya sebelum semangat memasak ni berkobar-kobar lupus, baik aku merajinkan diri untuk memasak. Total yang dah di spend untuk lauk seminggu berpuasa ni, aku habiskan  RM80 untuk 2 orang termasuk sahur. Murah tak? Kalau ke bazar ni hurmmm tak tahu laah berapa yang habis. Sehari RM10 seorang. Dua orang RM20.00 sebab terpengaruh macam-macam makanan lain lagi kan?? RM20 untuk seminggu RM140.00 Ok la dapat jimat RM 60.00 seminggu . Yeay !!!! Tapi RM140 dulu cuma berbuka sahaja. Sahur aku cuma minum air + kurma. Harus berjimat-cermat. Penjawat Awam kan bakal terima gaji awal dan tanpa gaji 56 hari. Huhu ni kalau tak tahu berjimat hancusss hidup.

Sahur pertama dengan tumis sardin + telur dadar. Jadik la kan??
Berbuka hari pertama ayam butter . Masak lebih untuk sahur sekali. 
Berbuka hari ni?? Hurmmm macam nak masak udang sos tiram + telur dadar + sayur pak choi sos tiram ok x??? 

saja buat sos butter lebih. Hihihi
resepi boleh refer entri ni.

Oh lupa lagi 1 tahun ni aku berpuasa dengan berbadan dua. Huk huk.. semoga Allah kuatkan tubuh badan aku nak teruskan puasa sebulan ni. So far masuk hari kedua ni masih ok. Cuma rasa mengantuk + baby selalu bergerak dalam perut. Kandungan dah masuk 5 bulan 2 minggu. Almost 6 months laaa. Tips yang aku belajar untuk berpuasa masa mengandung ni, sahur jangan lupa susu + kurma. 

5 bulan lbh sudey. Berat pun naik 6 kg 

9 comments:

  1. Best jd ibu hamil dpt puasa penuh insyallah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah semoga saya dpat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Hihi risau juga baby meragam

      Delete
  2. selamat berpuasa.
    Jaga kandungan ya

    ReplyDelete
  3. Bulan Ramadhan penuh rezeki la ye tahun ni. Alhamdulillah dan tahniah.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  4. Last year puasa dlm keadaan mengandunh n mabuk. Sgt mncabar. Lagi2 awal pregnancy dlm 5 weeks.mmg tak mmpu puasa. Doc pon ckp klu memudaratkan. Berbuka.

    Taun ni. Seronok. Ada baby hihi.

    Eh samala first sahur. Sardin n telo hihi

    ReplyDelete
  5. Last year puasa dlm keadaan mengandunh n mabuk. Sgt mncabar. Lagi2 awal pregnancy dlm 5 weeks.mmg tak mmpu puasa. Doc pon ckp klu memudaratkan. Berbuka.

    Taun ni. Seronok. Ada baby hihi.

    Eh samala first sahur. Sardin n telo hihi

    ReplyDelete
  6. tahniah.moga sihat selalu :)

    ReplyDelete
  7. tahniah.

    Memasak itu hebat. Cooking is awesome

    ReplyDelete