Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 11 December 2014

Penting vaksin kucing kesayangan & Kosnya !!!

Semalam Selangor cuti sempena hari lahir sultan Selangor. Jadinyeee aku pun tergerak hati nak bawak bebudak bulus pergi vet. Huhuhu nak cucuk vaksin kat dorang untuk kuatkan antibody and so on. Hurmmm Banyak bebenor rasanya aktiviti aku nih haaa. Kenkadang tak menyempat nak urus banyak benda. Kalau tak sibuk dengan keje, sibuk dengan bebudak bulus, tak pun sibuk mengemas rumah. Rumah aku yang pindah tempoh hari mana habis kemas lagi. Frust sebab kekangan masa. Lagikan nak update entri baru hari-hari kan?? Kalau aku ada kerja luar, aku BW through hp jek laa. Biasalah kekita ni kann kalau meeting ke, attend training or conference ke, mesti tangan tak lekang di tangan. Hahahaha ada la benda nak digodek setiap masa. Gittewww !!
 
Ok laa berbalik kepada cerita kucing pulak. Actually aku memang ada membela seekor kucing sebelum ni. Namanya Rabit. Hihihi jarang aku update pasal kucing kan?? Itulaa sebelum kahwin ni, en suami yang bela kat rumah sewa dia. Padahal kucing aku. Huhuhu sO dia yang jaga kucing tu dari kecik sebulan sampailaaa debab
 
Ni laaa Rabit
 
mengintai pakwe sebelah rumah

 
Lepas kahwin tu, ktorang bawak la Rabit ni duduk dengan we Olls. Hurmmm tapi dia beranak pulak. Hihihi sO ada la baby kittens ni haaa. Dalam 4 ekor. Tapi seekor dah mati, sekor lagi bagi orang and 2 ekor jek la tinggal dengan we Olls. Tapi Rabit ni mulut dia agak bising. Adoiiii tak tahu nak buat cmne dah. Layankan aje mulut dia yang macam joyah ni. Nasib baik anak-anak dia okey. sO masuk harini kittens dah masuk 3 bulan. Jadik kene la bawak vaksin untuk elak penyakit-penyakit yang tak sepatutnyaaaa. Semalam we all ke Kitty's Cottage. Nama vet tu la di seksyen 20. Dekat jugak laa dengan rumah aku dari Puchong.
 
depan vet
 
Kat dalam tu macam kita jumpa doctor time demam. sO ada pendaftaran and tunggu giliran doctor panggil. Kebetulan ramai pulak yang datang and que untuk cek kucing memasing kan?? Kat bawah ni aku share senarai harga untuk vaksin or apa-apa jenis treatment laa. Nak boarding pun ada. Hihihi
 
 

 

Kemudian bila doctor panggil tu, maka 2 kittens ku tu di vaksin dengan selamatnyaaa. Hihi lega dah vaksin little kittens ni. Tapi ibunya si Rabit ni kami beri suntikan jugak untuk alahan dia pada kulit. Lately bulu dia bahagian kaki belakang macam semakin menipis. Mungkin dia ada alahan gatal dengan kutu sebelum ni. sO dia asyik jilat sekitar tu. Sekarang ni pulak, kutu tak ada tapi bulu tak nak tumbuh mungkin dalaman dia ada sedikit alergik. sO diberi jugak suntikan. Jadinya ketiga-tiga ekor dapat suntikan. Masa nak pergi tu punyalaaah riuh dalam kereta. Bising. Balik jek dari vet semua diam. Hihihihi

Paling nakal. Tak duduk diam masa nak kene cucuk

settle. Hihhi !!


budak nakal ni namanya MOMO. Balk tu masih aktif. Hihihi

MOLI pendiam sikit. slow motion macam ni laaa lepas balik smlm

Tapi lepas kucing diberi vaksin, memang kene pantau dorang ni. Sebab kalau ada simptom2 muntah, cirit-birit, or demam teruk, better bawak balik ke vet. Tapi kalau dia just demam biasa, buang air besar normal, asyik tidur jek. Itu tandanya sihat laa hihi.

bila malam pulak. memasing lemau jek and tidurrr

Nampak tak Rabit ni tidur macam mn??? Tak pernah2 tidur mcm ni


Total semalam RM150 jugak. Hihi sebab aku ada belikan ubat kutu untuk si kecil 2 ekor tu. Badan-badan ada telur kutu. sO lepas hari ke 5 vaksin nak titip ubat ni pada badan dorang. Tunggu beberapa hari and tengok cmne. Pheww ! Tah mana datang kutu-kutu ni pun tak tahu lah. Stress !!
 

3 comments: