Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 19 November 2014

Ikan kembong masak 3 Rasa: Resipi campak-campak untuk orang busy

Wuuuu baru ada masa kejap nak update entri. Tak tahu lah kenapa lately busy bebenor sampai keje pun kene bawak balik and siapkan di rumah. Smpai 2 pagi jugak siapkan. Then, busy dengan meeting. Hari-hari akan ada meeting. Then ahad smpai rabu we all berkampung di KLCC untuk program international. Perggh ! Pack gler. Lepas tu Awal Disember pulak berkampung di Hotel Sunway Piramid pulak untuk program International jugak. Adoiiiii juga pertengah Disember di Pullman ada sukan SPRING dengan Singapore. sO berkampung jugak di Pullman. Haha padahal hotel dekat-dekat KL jugak tapi kira berkampung jugak laa tu kalau smpai bermalam kan????
 

maafkan meja I olls yang bersepah dengan design-design untuk program di KLCC. Hadoiiii

 
Haa walau busy pun tapi ada jugak masa nak memasak. Kesian pulak encik suami balik2 keje tak ada makanan kan? Oh ye, sejak dah kahwin ni, rajin pulak nak memasak kan? Padahal buka tahu memasak pun. Before this punya laaah malas nak masuk ke dapuq. Gler malas punya la. Tahu nak makan jek. sO sekarang ni boleh lah beberapa masakan. Haa sape kate tak pandai masak tak leh kahwin?? Eleh.. lepas kahwin boleh belajar slow-slow what ! sO dua hari lepas tu aku cuba pulak ikan kembong masak 3 rasa cara aku. Ada jugak aku belek2 google, tapi semua cara macam sama jek kan, sO aku follow mana yang senang and ada jgk aku tambah sendiri laaa. Kiranya tak 100% copy paste gitteww !! Tapi bagi aku ikan masak 3 rasa ni tidak laa susah mana sebenarnya. Jadi untuk yang busy macam aku, and nk masa sejenis lauk shj, haa bolehlah cuba. Cewaah ! berlagak pulak kan mentang-mentang sedap arituh. Aku pun rasa kelakar sebab resipi campak-campak aku ni slalu menjadi or LIDAH AKU YANG CAKAP GITU JEK.
 
 
nak tunjuk ke tidak?? Er ni sebenarnya bila da makan separuh nasib baru perasan picture selepas siap tak amik. Wuuhuhuuu sedih tak? sO macam comot sikit yee. Itu pun aku balikkan ikan sebab sebelah lagi dah kene telan. Hihihi
 
Okey sebenarnya aku rasa resipi ni senang sangat untuk dikongsi. Kalau busy and rasa tak sempat tu boleh lah kot cuba, Tapi rasa dia not bad. Sedap !!
 
Bahan-bahan aku guna :
 

Bawang merah, putih, cili dan halia dicincang halus

Dicincang halus seperti gambar di atas:
1. Bawang merah 5 ulas
2. Bawang putih 3 ulas
3. Cili merah 1 batang
4. Halia 1 inci
 
tomato dan cili padi hiris halus
 
Bahan-bahan dihiris halus :
1. Cili padi 5 batang ke 5 biji ek? haha sO hiris je halus tak halus sangat. Macam gambar di atas
2. Tomato aku potong dadu macam tu
 
 
Bahan-bahan untuk sos
 
Nampak tak sos hitam tu?? Haaa ni aku bancuh dalam bekas lain siap-siap and gaulkan jek. sO bahan-bahan yang aku masukkan dalam tu:
 
1. 3 Sudu cili kisar/ giling
2. 2 Sudu sos ikan (Beli cap puteri dalam RM4.00 sebotol)
3. 3 biji limau nipis (Amik air dia shj)
4. Setengah sudu asam jawa
5. 2 sudu setengah gula pasir
6. 2 sudu sos cili
7. 1 sudu sos tomato
8. 1 sudu kicap manis
 
 
Untuk ikan tu aku dah lumur dengan serbuk kunyit awal-awal lagi. Campur sikit tepung jagung yek. sO ikan tu aku biarkan perap dalam 30 minit jugak sementara nak potong bahan-bahan lain kan?? sO biarkan jek dia sekejap. Then goring macam biasa. Toskan and angkat letak tepi.
 
Cara-cara:
 
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan-bahan yang kita cincang halus tu semua. Masak sampai naik bau yeee.
3. Masukkan cili padi jugak
4. Masukkan sos yang kita siapkan tadi. Gaul hingga rata and rasa-rasa dah masak masukkan tomato.
5. Kalau kurang rasa tambah jek mana patut. Selalu kalau aku dah tak perlu tambah apa-apa dah.
6. Akhir sekali, masukkan ikan or letak jek sos tu atas ikan pun boleh. Better siram sos tu atas ikan kembong tadi.
 
 
Siap !!

1 comment:

  1. salah satu fav kite. Hehehe sejak kawen, mmg selalu makan sweet sour fish. Pak mertua terer buat sweet sour ni. Org lain buat pon rasanya tak sama.rahsianya dia buh asam boi tu, hiris halus. Sikit je masuk. Lepastu sayurnya selain tomato, mesti taruk brocoli, carrot bagai tu. Kite baru blaja buat cmtu hehe. selama ni masak ikan sambal je hikhikkkk

    ReplyDelete