Minggu lepas giler-giler busy punya. Tak tahu nak cakap mcam mana sampai Blog pun lama btoi tak update kan? sO arini saja curi-curi masa sket nak update entri pasal Merisik. Minggu lepas aku ada up 1 entri berkaitan Merisik kan? Aku tak buat bertunang pun. Cuma merisik sahaja. Simple. Tak nak lebih-lebih dan membazir. sO sabtu lepas selesai sudah fasa pertama untuk aku melangkah ke alam seterusnya. Hihihi Inshaa ALLAH ..
bekas cincin untuk merisik. Cincin belah rotan. Cute kan bekas dia? |
Ibu sedang siap-siapkan lauk sebelum tetamu datang. Hihi |
tempat letak kuih muih traditional |
Aku pulak cuak giler time ni. Tapi tetap tolong-tolong ibu apa patut kan? Kesian dia sensorang buat keje. Hik hik. Terharu pun ada sebab aku balik je dari KL tu, ibu and ayah dah prepare ni untuk aku. Kira ckup untuk tetamu 20 orang nak datang. Tak sangka siap ada kerusi meja makan lagi. Meriah pulak tgk !! Then dalam pkul 11.00 pg tu rombongan lelaki dah mula datang. sO terkejut jugak sebab pihak lelaki sediakan hantaran. Banyak jugak dalam 5 barang. Huhu sebab we all tak plan pun. Tapi nasib baik ada bagi kek secret recipies and coklat. Huhuhu malu je tau !!
Hantaran dari lelaki. Semua pink. Sweet je Hihihi |
Dalam perbincangan. Ni belah mak mak |
sebenarnya nervous |
Sesi perbincangan belah ayah ayah |
Selesai disarungkan cincin merisik. =) |
Bergambar selepas selesai majlis |
Congrats dear..:)
ReplyDeleteTeringat masa majlis kita dulu..hihi
Skrg duk kalut prepare the real wedding..
Pening...
Tahniah sis.:
ReplyDeleteNak tanye, masa majlis merisik tu, sis bg ape je kat belah laki?
Kita tgh pening nak balas apa kat pihak laki.. sbb kita pun x bertunang, merisik je nanti..:)
Hihi masa merisik tu tak tahu pn family dia bwak barang2 sebab katanya nak suprises. jadi tak tahu pn berapa barang. Tapi saya beli kek secret recipies and coklat je laaa =)
Delete