Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 25 February 2014

Selesai FASA PERTAMA

Minggu lepas giler-giler busy punya. Tak tahu nak cakap mcam mana sampai Blog pun lama btoi tak update kan? sO arini saja curi-curi masa sket nak update entri pasal Merisik. Minggu lepas aku ada up 1 entri berkaitan Merisik kan? Aku tak buat bertunang pun. Cuma merisik sahaja. Simple. Tak nak lebih-lebih dan membazir. sO sabtu lepas selesai sudah fasa pertama untuk aku melangkah ke alam seterusnya. Hihihi Inshaa ALLAH ..
 
bekas cincin untuk merisik. Cincin belah rotan. Cute kan bekas dia?

Ibu sedang siap-siapkan lauk sebelum tetamu datang. Hihi





tempat letak kuih muih traditional

Aku pulak cuak giler time ni. Tapi tetap tolong-tolong ibu apa patut kan? Kesian dia sensorang buat keje. Hik hik. Terharu pun ada sebab aku balik je dari KL tu, ibu and ayah dah prepare ni untuk aku. Kira ckup untuk tetamu 20 orang nak datang. Tak sangka siap ada kerusi meja makan lagi. Meriah pulak tgk !! Then dalam pkul 11.00 pg tu rombongan lelaki dah mula datang. sO terkejut jugak sebab pihak lelaki sediakan hantaran. Banyak jugak dalam 5 barang. Huhu sebab we all tak plan pun. Tapi nasib baik ada bagi kek secret recipies and coklat. Huhuhu malu je tau !!

Hantaran dari lelaki. Semua pink. Sweet je Hihihi

Dalam perbincangan. Ni belah mak mak


sebenarnya nervous

Sesi perbincangan belah ayah ayah

Selesai disarungkan cincin merisik. =)
 
Bergambar selepas selesai majlis


Sunday, 9 February 2014

Wajib ke bunga tangan untuk pengantin PEREMPUAN???

Haaa soalan kan? Wajib ke ? Perlu ke?? Hurmmm tp sebenarnya tak wajib pun. Cuma lebih kepada untuk Nampak lebih manis kan bila pegang bunga tu. Hihihi so far ada jugak aku godek-godek Bungan tangan yang manalaaa yang sesuai. Ada orang pakai fresh flower.. ada orang pakai bunga plastik. Hamboiiii belum merisik lagi, dah berangan awal-awal bunga tangan apa nak kan?? Gatal nih !!! hihi .. Ala bukan apa terlebey eksaited sket jaaa. Aku memang suka cari benda-benda gini awal-awal. Saja tak nak last minute semua. Mula-mula dulu macam nak DIy la sangat kan? Tapi klau DIy pun takot tak cantik. Sedangkan boleh je cari yang cantik and berpatutan harganya. Hahaha sebenarnya niat untuk DIy tu bertukar bila Nampak ada 1 page handmade craft ni. Sangat...sangat .. sangat CANTIK !!! semua craft dia buat . Gila tak terpesona. Huhuhu sO aku decide nak amik dia laaa . Dah Tanya harga. Owner Nye cakap " RM200.00 mcm tu. sO boleh lah simpan RM50.00 setiap bulan. kikikiki . Lagipun bunga ni macam tahan lama berbanding fresh flower. sO aku ingt nak pakai untuk 2 2 pihak. Lantak la orang nak cakap apa, yang penting REUSE =) JIMAT . don bazir..bazir.. jadinya nanti aku pakai bunga tangan yang sm je untuk 2 majlis. xnak banyak2 bunga ..
 
Okey bunga ni la yang dah menambat hati gua.. HUhuhuhu cair kan tgk kaler diaa. Merah darah


Lagi koleksi lainnya


bahagian tangkai / pemegang bunga .. Grand sgt..

pandangan dekat bunga. Gila susah nak siapkn bunga ni. Aku tak pandai

 
 
Kreatif kan orangnya. haaaa jangan terkejut kalau aku bagitahu ownernye adalah LELAKI. Orang lelaki yang buat handmade craft ni. Korang pegi la page dia. memang cun-cun semuaaaa !!! Aku suka tengok apa yang dia buat. Hihi nak buat tak pandai walau minat pun tak jadi. Sesapa nak melawat page beliau ada di link ni: miezcrafshoppe
 
page beliau. Jangan salah page pulak !
 
bawah ni pulak hasil-hasil craft beliau. Antaranya je la.. sO lain2 boleh visit page beliau. K itu je nak cite. hihi
 






 

Wednesday, 5 February 2014

Kula Cakes : Kedai kek best di Kuantan.

Hellooo !!! Oh actually agak terlambat aku nak share 1 kedai kek yang best di Kuantan. Memang rata-rata orang kuantan tahu pasal Kula Cakes ni. Masa aku balik kuantan tempoh hari, ibu aku beli untuk besday advance aku . ngeh ngeh !! Mula-mula lalu macam biasa je kedainye. Sekali masuk dalam macam-macam kek ada. Rasa pun sedapp !! Rupanya dia ada tempat untuk kita makan sekali di situ. Ala-ala vintage gitu.. Favourite kek aku "Mangoes Cheese Cake" . Glerr best cakap lu !!! Sape-sape kat Kuantan tu or lalu Kuantan boleh laa singgah membeli
 
 
Mangoes Cheese Cake yang mengancam selera
 

 


 

Hanis Zalika pn dah datang sini




tempat makan


full cake "mangoes cheese cake" harga dia dalam RM80.00 . Kene letak dlam peti sbab macam aiskirm =)

Tuesday, 4 February 2014

Hari penghargaan warga and lucky day ?

Hihihihi lepas siapkan keje skett aku mesti mengada nak update 1 entri kan? Alah tapi entri kali ni kira simple-simple je. Nak letak byk gmbar je laaaa. Actually ingat tak entri sebelum tu tentang Kasut boot yang aku ada cerita nak beli kasut boot untuk majlis Malam Aspiriasi (Btol ke aku eja? Lantaklah!) hihi sO aku memang nak pakai untuk jenjalan and kebetulan untuk malam tu, sebab temanye pun White in Denim. Oke la kan. Tak akan nak pakai dress lip lap penuh labuci pulak ! Jadi malam tu aku tak tahu pulak banyak aku dapat hadiah and cabutan bertuah sekali. Oke laaa Hihii untuk fun fun ! Release tension kan? sekali sekala nak jugak bersuka-ria.
 
Opps ni kawan2 gua kat opis sume. Hihi kira kawan akrab laa . Semua giler-giler. Hihi.
 
Actually majlis ni bkn dinner sebab klw dinner op cos laa grand kan? Ini cuma menghargai staff dan untuk suka suka. Menghargai keje penat lelah selama setahun . Gitewww tapi di sebabkan banyak sngat aktiviti dan program jadi kami tangguh-tangguh smpai laa ke tahun ni pulak. Hihihi.. sO marilah rajin bekerja ye. Nanti layan je gambar-gambar di bawah
 
Saguhati utk photografi contests. Dapat hamper and RM50.00

Hamper utuk gmbr yang paling banyak like
 
Cabutan hadiah Voucher AEON RM50.00
 
Banyakkan aku dok angkut hamper and hadiah balik umah. Hihi nanti boleh shopping sket kt Jusco guna AEON Voucher. Rezeki jugak tu walau sikit. Alhamdulillah ^_^ . Then malam tu selebihnya makan-makan. Tapi ada juga persembahan by warga or staff. Hahaha memang macam2 persembahan and lawak dorang buat. Tapi aku tak laah nak caption all kan? nanti orang muak tgk gambar aku byk sangat. Cuma ada laa aku letak pic aku ms buat persembahan sikit dengan team aku.
 
Hihi nak menari ke apa ni? Haaa see my boot. My boot ^_^
 
 
 
Bersama group member utk persembahan malam tu

Oke tu je laaa. Selebihnya semua aktiviti makan-makan, bergambar dan borak-borak dengan kawan-kawan lama and baru. Majlis ni simple je. Tak heavy and tak laa grand sebab utk internal je.