Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 20 November 2013

Kumpul Dinar emas

Ohhhhh geram plak arini sempat plak tangai ni gatai pegi check harga semasa Emas Dinar Public Gold. Hisssh !! Bila buka je , memang terkejut laa sebab harga turun harini . RM566.00 untuk 1 Dinar ?????????? Memang tekejut la sebab aku baru je beli 2 Dinar bln ni. Macamana nak borong lg? Adessss.... Eh tapi bukan aku lah yang beli, Encik BF yang beli sebab dia tengah kumpul2 Emas Dinar ni, kengkonon untuk hantaran Kawin kaaannn ??? Masa we all beli arituh 1 Dinar RM578.00 . Sebab dalam bulan lepas, 1 Dinar mencecah RM640.00 . Memang terasa rugilah bagi we all yang sedang mengumpul duit sebab kalau nak membeli, better beli semasa harga sedang turun and jatuh, sebab emas ni kita tak jangka bila dia nk naik turun? Buat Nye bulan depan naik???? Tak ke rugi? Sebab emas dinar ni penah mencecah RM800.00 untuk 1 Dinar tak silap aku masa 2011 - 2012 macam tu.
 
Memang la nak kawin lambat lagi, tapi di sebabkan nak kumpul tu bkn senang jugak, so alternative kami amik dengan kumpul sedikit-sedikit. Tak rugi pun kumpul emas Dinar ni. Manalah tahu masa beli sekarang RM580.00 1 Dinar. TUp tup 2014 - 2015 harga mncecah RM800 1 Dinar ??? Memang untunglaaaa siapa yang sanggup melabur. Buat masa skang kita pun tahu harga emas sedang jatuh. Tapi ura-ura mengatakan emas sedunia akan naik 2014 - 2015 byk jgk .. Jadi lebih baik mmbeli masa harga murah. Tah kenapa aku ni berangan plak nak hantaran dari emas dinar gituww kan? hihihi sO en BF terpaksalah mengumpul sikit-sikit. Lagipun tak lah membebankan dia. Aku berangan nak mintak dia kumpul lebih kurang 15 keeping pun jadilaaa..
 
Bagi sesiapa yang tak pernah tahu pasal Dinar bolehlah start search melalui google, sebab banyak kelebihan Dinar ni. Aku dan dia pilih Emas Dinar dari Public Gold. Haaaa yang tak pernah tengok Dinar Public Gold, meh tengok gambar bawah. Picture ni aku google je sebab sama-sama masih mencari ilmu dan pengetahuan dalam emas ^_^.
 

 
Memang dia ada banyak size. Comel dan kecik molek je rupanya. Hari-hari aku akan search info pasal Dinar ni, and bagi aku memang banyak kelebihan kalau kita mengumpul Dinar. Ada macam-macam kelebihan kita kumpul dinar emas ni. Antaranya:
  1. Matawang Syariah
  2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
  3. Digunakan sejak 2500 tahun
  4. Di kenali oleh semua orang
  5. Sangat bernilai walau sedikit dan kecil
  6. Nilai yang sebenar dan stabil
  7. Mudah dicairkan
  8. Lambang kekayaan sebenar
  9. Melindungi kekayaan
  10. Tidak boleh dimonopoli
  11. Menghapuskan riba
  12. Menghapuskan kemiskinan
  13. Menghapuskan spekulasi
  14. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
  15. Nilainya bukan hutang
  16. Menyelesaikan krisis ekonomi
  17. Memberikan keadilan kepada masyarakat
  18. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
  19. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
  20. Kos Haji semakin menurun berbanding dinar
  21. Mempercepatkan pembahagian pusaka
  22. Memudahkan pelaksanaan hudud
  23. Pembayaran zakat lebih tepat
  24. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
  25. Tiada inflasi
  26. Tidak terbakar
  27. Tidak berkarat
  28. Tiada tarikh luput
  29. Warnanya tidak akan pudar
  30. Tidak boleh dibinasakan
  31. Tidak boleh ditiru
  32. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
  33. Tidak boleh dimanipulasi
  34. Tidak perlu jaminan kerajaan
  35. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilai
  36. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
  37. Boleh digadaikan

Tah tak tahu lah nape hati ni memang nak sangat hantaran dari Dinar walaupun dlu aku yang penah tolak mentah-mentah dari dia yang nak sangat kumpul benda ni . Korang boleh baca balik entri aku pasal dinar sebelum ni kat cerita dinar 1 & dinar 2 .
 
Hihi lepas tu aku ada usha-usha contoh gubahan hantaran dengan dinar ni. Weh banyak yang cun melecun. Memang buat aku tak sabar nak tunggu smpai 10 , 20 dinar !! ekekekeke ... 
 
 

 



 
 
Okey tepuk dada Tanya selera ye ^_^
sekadar berkongsi
gambar 2 semua dipetik dari google
 
 
 

6 comments:

  1. huaaaaaaaaaaa best nyaaa~ rara x buat pon dulu.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sekarang pun boleh kmpul lps kahwin untuk simpanan ^_^

      Delete
  2. sis dulu mase nak kawen baru terhegeh2 nak kumpul konon2 nak buat hantaran jugak lah...tapi nan hado..tak sempat..huhu..untung beli mas dinar ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang nak start sekarang ni Risau plak 2014 kang harga mencanak naik naik naik !. huhu skg baru ada beberapa keping. hajat nak kmpul 15 . Doa kan ^_^

      Delete
  3. huhu..kita pon angan2 nk mas kawen dinar emas..:)
    Serius ke tgh murah sekarang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap serius. harini cek RM564. kene cek tiap hari. sb minggu lps RM589 ???? geram nih ..

      Delete