Tabung nuffnang sayer :

Friday, 18 May 2012

Where is the L0ve ?



Where is the Love? 

sebenarnya cinta ada je di mana-mana. Andai sekarang ada yang sedang putus cinta atau sudah kehilangan orang yang tersayang, ataupun di tinggalkan kekasih yang tidak bertanggungjawab, s0 janganlah berhenti berharap lagi dan berputus asa. Chills every0ne !! 

"kau tak pernah rasa dan tak pernah ada tempat aku, boleh lah suruh chills kan?" 

Rileks.. sebenarnya hampir setiap orang penah mengalami masalah putus cinta kan? Even aku pun. Tak pernah ketinggalan ada pengalaman macam ni. Memanglah masa mula-mula tu, rasa sedih ... asyik menangis.. Tak ada selera nak makan.. dan bla..bla..bla..

s0 apa kata korang nangis je sepuas-puas hatinya dulu, then chills !! Dunia ni belum berakhir lagi. s0 think positf. Masih ramai dan berjuta-juta lelaki ataupun perempuan yang sedang di rancang untuk di pasangkan kepada kita. Mungkin yang lepas tu, lepaslah. Pasangkan azam baru untuk mengubah hidup kita lebih baik lepas ni. Bak entri aku yang lepas .. kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah ? Hehehe macam aku.. aku da jumpa cinta baru aku.

Maybe dia tak lah sekacak mana.. tapi dia manis dan tampan je di mata aku.. 

Mungkin dia tak lah sekaya mana.. tapi dia sempurna dan ada pekerjaan yang bagus dan halal untuk aku..

Mungkin dia tak lah ada kereta mewah.. tapi dia ada kereta untuk kemana-mana.. dan untuk bawa aku berjalan-jalan.

Mungkin dia taklah berpendidikan tinggi hingga Master holder.. tapi dia still ada pendidikan untuk di banggakan oleh aku.

Mungkin dia tak lah sesempurna di mata orang lain. Tapi dia sempurna je di mata aku.. 

Mungkin dia taklah selalu ada masa untuk aku.. tapi dia selalu jujur dan ingat aku .. 





Thursday, 17 May 2012

iM using Sabun Susu Beras ^_^

sebenarnya minggu lepas aku baru je order lagi produk sabun susu beras ni. Sedozen terus order. Ambik kau. Maybe 4 bulan punya stok la kot. Tak payah nak tukar-tukar lagi. Senang.. Lagipun aku dah serasi dengan sabun ni. s0 tak ada masalah kot nak pakai. Tapi bergantung kepada keadaan. Cuma sekarang ni aku rasa selesa and senang nak pakai make up. Actually rasanya aku dah pernah cerita pasal produk ni pun untuk entri sebelum ni. 3 minggu lepas menggunakan sabun susu beras !!

s0 masuk hari ni dah 2 bulan lebih kot aku guna. Tak ada masalah pun. Muka still rasa fresh dan bersih lepas basuh. Bukan nak promote okey! cuma nak share je rasa dia macam mana lepas gunakan. Cuma maybe lah masa mula-mula pakai tu ada rasa pedih sikit. Rasa sakit. Tapi rasanya tak adalah teruk mana pun sakitnya. Tak lama pun . Dalam seminggu dah pulih macam biasa. Untuk sesiapa yang berminat boleh lah tanya and order terus dgn kawan aku ni meera izara  !

Meh tengok rupa produk yang aku pakai tu? 

 Yang atas tu Pembersih sabun kolagen . Dia macam de bijik2 sikit. sedap pakai. 
Krim putih tu, krim susu beras. Lembut dan wangi..


NI pembersih sabun ketul. Selalunya aku guna pembersih ni dlu then barulah aku pakai pemersih sabun atas tu. Barulah rasa muka betul2 bersih dan ringan. Lepas mandi tu barulah aku pakai krim susu beras tu untuk malam sahaja. Sebelum tido aku basuh. 
hehe sebab still setia pakai krim safi rania ^_^
Hasilnya pagi-pagi besok muka tegang and licin. 

Hasilnya lepas aku pakai produk ni? 
Ok lah aku ambik gambar terlatest la. Ni gambar terbaru. 
Oh sorry eye beg still nampak. huhuhu
 








Wednesday, 16 May 2012

Cerita Perodua Aku ??



Ada sape-sape lagi yang menggunakan kereta Perodua?? Aku rasa memang ramai yang menggunakan kereta perodua right? Kalau ada, jomlah sertai 'What's Your Perodua Story?' di http://www.peroduastory.com.my/story/ and ceritalah pengalaman korang semua sepanjang dengan kereta perodua ni. s0 mungkin inilah masanya untuk korang semua bercerita tentang pengalaman pahit manis, atau untuk sebarang aduan atau ingin mengutarakan sebarang penambahbaikkan untuk perodua. Aku dah.. korang bila lagi  ^_^ 
CERITA PERODUA AKU? 






"Perodua Myvi adalah kereta pertama aku. Memang semestinya kereta pertama yang aku miliki. Masa Myvi mula-mula keluar dulu, aku still belajar tahun kedua terakhir Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu. Masa tu asyik tengok je orang yang pandu kereta MyVi dari jauh. Cun betul kereta ni. Comel sangat! Masa tu mulalah berangan nak pakai kereta ni kalau dah kerja nanti. Bila habis belajar tahun 2009 tu, aku terus bekerja. Memang tak sempat nak menganggur walau sehari. Kiranya terus dapat kerja yang bagus. Alhamdulillah… jadinya, angan-angan nak pakai kereta tu memang kuatlah sebab senang untuk urusan ulang-alik ke tempat kerja.
Awal-awal kerja ni, memang ulang-alik dengan kereta emak, iaitu Perodua Viva. Memang jimat minyak dan tak ada masalah langsung. Tapi bila aku di arahkan untuk bertukar balik ke ibu pejabat dari cawangan Terengganu, emak dan ayah hadiahkan perodua Myvi SE kepada aku. Macam mana mak dan ayah tahu kereta idaman aku pun tak tahu. Duit muka kereta memang mak dan ayah bayarkan. Cumanya aku hanya perlu membayar duit ansuran bulanan. Sama seperti Perodua Viva. Perodua Myvi juga menjimatkan minyak. Kiranya sekarang ni, aku Cuma perlu isi RM40 seminggu untuk ulang alik ke tempat kerja dari kelana Jaya ke Petaling Jaya. Campur lagi dengan ronda-ronda sabtu ahad untuk keluar bersama kawan-kawan. Kiranya menjimatkan.
Bagi aku memang berbaloi dan senang untuk aku pandu Perodua Myvi untuk kemana-mana. Rasa yakin dan selesa. Paling aku suka sebab tempat duduknya boleh dilaras menjadi lebih tinggi. Jadi aku boleh nampak jelas masa memandu. Dah macam naik perodua kembara pula rasanya. Memang selesa dan membuatkan aku lebih yakin nak memandu kot .. dan bla bla bla ... " 


Oh walaupun myvi aku ni pernah excident teruk.. tapi aku tetap sayangkan beliau..


dah la tu.. banyak sangat aku membebel..
kereta aku pon dah back to normal.. 
ready to drive !!! 

opss lupa..
 I LOVE MY MYVI MUCH ! 


 


ekspresi muka berubah-ubah ikut mood
















ni sebenarnya adalah ekspresi muka aku bila ikut mood. hehehehe... tetiba nak update entri ekspresi muka sebab bila godek-godek dalam laptop tadi, terjumpa banyak muka-muka aku yang macam-macam jenis. Paling teruk bila aku dah mula bosan.  s0 gambar di atas tu memang aku sedang bosan dan malas. Tak tahu nak ekpresi macam mana. Jadi kalau orang tengok pun tahu aku ngah bosan kan?? 

Actually tu picture masa aku ngah rehearsal untuk program pagi semalam. Punyalah lama rehearsal tu, sebab kami balik jam 9 malam dah.. hadoiii esok pagi dah nak kene bangun pagi-pagi. Kali ni program ni di adakan di Sime Darby Convention Centre. Rehearsal berpuluh kali selagi KP tak puas hati. Sebenarnya gambar atas tu kira okeh la sikit dari gambar di bawah ni yang memang tahap maksima kebosananan..!! 


Ha... tu dia bila dah semakin bosan dan bosan dan bosan!! Kepala pun dah pening lalat . Tak sabar nak balik. Heheheh bila KP tengok muka memasing dah cam gini dia cuma cakap " alah ini baru sikit. Sekali sekala program, balik lewat pun tak apa." huhuhu betul gak cakap dia. Tapi still gak mood kepenatan.. Tapi esoknya, bila dah jumpa geng !! mood tu bertukar happy balik.. hehe 




Nampak tak bila dah pagi tu, ekspressi muka da lain.. hihi lagi-lagi time ni memang ramai orang. S0 tak bolehlah nak mood muram kan??? hadoi.. Tak apalah.. nanti aku upload lagi cerita di sebalik program ni.. Creanova 2 . ^_^

 tapi bila aku tension or marah. mungkin muka aku berubah macam ni 



buruk betol. so abaikan !

Sunday, 13 May 2012

nak jadi NaVy sekejap lah ^_^ (Peringatan: Penuh gambar)

Baru-baru ni aku melawat satu kapal perang pertama di Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan 5S/ Quality Environment by company aku. Masa melawat kapal tu memang excited lah sebab rasa macam naik kapal dalam cerita BATTLESHIP . hehehehe. Lama jugak kitorang ronda-ronda dalam kapal tu saje.. dekat 2 jam lebih sambil di instruct oleh seorang fascal yang berpangkat gak la dalam kapal ni. tengok paku kt bahu dia pun da tahu kn?? 

s0 tak mo cerita lelebih, layan gambar je la okeh !
 

On the way nak naik



Taklimat kejap

Jom ronda 
 



Bilik Kapten

Katil navy



Wednesday, 9 May 2012

Bedak MiYami





Bukan nak promote. cuma nk share je. hihi

Mesti korang semua pernah tengok bedak ni kan? Aku rasa mesti ramai yang pakai bedak ni jugak selain aku. Hehehe .. semalam aku baru beli lagi bedak ni.. paling tahan pun bedak ni just 2 bulan sebab aku selalu pakai. Kalau pegi pejabat pun, memang kene tukar la kalau solat kan? s0 selalunya bedak ni memudahkan aku untuk bermake up. tak perlu nk tebal-tebal sebab memang rata je.

Tak bercapuk and memang sangat rata pun. Kalau time datang bulan pulak, selalunya, memang aku tak akan tanggalkan make up. sampai balik pun bedak tu still ada and shiningkan kulit. Harga pun berpatutan. Tak ada lah mahal sangat. Boleh dapatkan di COSWAY dengan harga cuma RM28.00 !!!

So pendek kata memang aku suka bedak ni, dan selesa sangat. Xsilap aku dah lebih 6 tahun aku pakai bedak ni. Kalau nak cuba bolehlah pergi beli di COSWAY okey?

foto-foto aku dengan bedak miyami 

Ni mak aku.. dia pun pengguna setia bedak ni. Aku belajar dari dia lah 

Dengan mak aku lagi .. 

Dengan kawan-kawan ..
 









Tuesday, 1 May 2012

Wordless Wednessday ~ Anak beranak


Jangan tertipu !
ini adalah gambar ayah dan adik lelaki aku..
hehehe susah nak teka mana 1 ayah mana 1 adik kn?

^_^