Tabung nuffnang sayer :

Wednesday, 29 March 2017

Pneumococcal (Booster) untuk Laana dan persiapan vaksin pnuemococcal untuk Raaniya pula

Sebenarnya lupa nak update pasal vaksin terakhir yang Laana amik untuk Pneumococcal (booster). Vaksin yang ke-4 dan yang terakhirlah kiranya nih. Alhamdulillah sempat completed pun vaksin yang aku kira sangat-sangat penting buat masa ni. Bila kita lihat persekitaran dan cuaca yang kadang-kadang tak menentu sekarang ni, rasanya ibu bapa sekarang wajar ambil vaksin ni kepada anak-anak untuk mengelak dari pelbagai penyakit. Antaranya jangkitan radang paru-paru, saraf otak, telinga, dan darah. 

sO untuk pengalaman pertama dapatkan vaksin ni boleh la rujuk pada entri lama aku di Laana's 1st Jab dan Laana's 2nd Jab. 3rd  Jab aku tak sempat nak update jugekkkk. Fuh lap peluh! lepas ni tak boleh skip menaip lagi. sO boleh la refer dua entri aku tuh bagi sesiapa yang nak dapatkan info serba sedikit pasal vaksin pneumococcal nih. Untuk last jab yang dipanggil booster tuh, kitorang cuba dapatkan Dr. Siti di KMC Kuantan, tapi Dr. Siti bercuti seminggu. Jadinye kami dapatkan juga vaksin tu dari Dr. lain. Hurmm tak tahu pulak harga setiap Dr. ni dicaj berbeza-beza. Lap peluh bila tengok bil akhir tu RM450.00 !!! huhu redha jek laaaaa asalkn baby sihat.

menunggu turn untuk jmpa Doktor




Kali ni persiapan untuk 2nd baby pulak, Raaniya. Kalau pada pengalaman Laana sebelum ni, aku start dapatkan vaksin untuk Laana masa umor dia 3 bulan lebih. Mungkin Raaniya kami akan cuba dapatkan masa dia 4 bulan or lepas raya la kan??? Bergantung kepada masa yang free laa sebab kalau boleh aku nak dapatkan vaksin dengan Dr. Siti jugak. Ngeh ngeh ngeh... 

sO start dari sekarang da boleh la menabung untuk vaksin pneumococcal Raaniya. Untuk first Jab selalunye dalam range harga RM250 - RM300 bergantung kepada jenis vaksin laa. Ada 4 jab semuanya dan untuk jab 1, 2 dan 3 selang 2 bulan sekali. Untuk Booster sahaja masa baby dah cecah umur  1tahun ke atas. simple kan?? sO marilah menabung hihi... 

Tuesday, 28 March 2017

Tips kening cantik semulajadi

Actually tips ni tak tahulah betul ke idak or sekadar kebetulan. Entoh laaa. aku pun tak berapa pasti tapi dari segi pemerhatian aku, memang kening adik beradik perempuan aku and anak pertama aku kening semua cantik and terbentuk. Tipsnye aku dapat dari mak aku sendiri. Dia lukis kening kami sume since hari ke-3 dan dalam pantang tu memang dia akan topup la celak / eyebrow kat kening kami. Hasilnye memang menjadi la. Aku ingatkan memain jek la kan??? Hahaha sekali macam menjadi pulak pada anak sulung aku, Laana. 

Kalau masa sekolah dulu kami 3 beradik perempuan ni selalu sangat kene panggil dengan cikgu disiplin. Katanya kami ni cukur kening laaa, lukis kening p sekolah laaa. Hurmmm naik turun bilik disiplin tu memang selalu sangat dah. Penat nk explain pada cikgu-cikgu especially klw cikgu baru ke or cikgu yang tak familiar dengan kita. Every year kan kita akan jumpa cikgu yang lain-lain ikut subjek yang cikgu ajar kan?? Haaa kadang lepas abis dia mengajor, mesti dia akan cakap " Ikut saya naik ke bilik guru sekejap" Sendu sekejap. 

kalau perhati betul-betul kening Raaniya tu bukan natural ye. Bukan lahir-lahir terbentuk begitu. Huhu tu sebenarnya dilukis. Lagi bagus kalau ada celak mekah tu lagi bagus. Tapi nak dapat kat sini susah kan? so aku pakai jek la yang Maybelline

Ni pulak keningnye Laana masa dalam pantang dulu-dulu. Memang jadi bahan untuk dilukis. Hihihihi Tak perlu laa hari-hari lukis sebab selalunya sekali lukis, dalam 4 5 hari juga baru hilang. Then lukis balik. Lepas habis pantang tak yah lukis dah pun tak apa. Masa dalam pantang jek baru-baru lagi kan?? Sat gi nak buat sampai ke dia besar jenuh la pulak. 




Then sekarang kening Laana dah terbentuk cantik. Hihi magic jugak laaaa aku nengok pun rasa teruja. Jadi sesiapa yang rasa tips ni betul and nak cuba bole cuba sebab mak aku memang buat dari zaman aku kecil lagi then kemudian 2 adik perempuan aku sekali. 

Dah besar Laana ibu rupanyaaaa ...
Ni pulak kening aku and adik-adik. Gambar masa dewasa jek laa haha sebabnye mak tak simpan pun gambar-gambar masa baby. Tak adalah seperti kita dulu-dulu boleh amik gmbr macam-macam style and bila-bila masa kan?? Orang dulu-dulu dah segak and lawa-lawa baru amik gambar.
Kami tak pernah cukur and lukis pun aih. Bole la cuba tips ni naaa hihi kt anak gegurl .





Saturday, 25 March 2017

Laana's passion: make up .. handbeg & high heels

Tup tap tup tap dah masuk 1 tahun 7 bulan Laana ibu. Hihihi tapi sebabkan dia kecik molek jek orangnyee, jadi tak nampak pun macam dah 1 tahun lebih. Dah jadi kakak pun Laana. Macam da besar kan?? Tapi dah nama pun perempuan, kegemaran Laana ni memang dah boleh nampak dari dia 1 tahun lagi. Hahahahaha aku sendiri pun tak perasan dia suka sangat dengan alat make up. Setiap pagi aku makeup dekat surau jek sebab tak sempat nak makeup dekat rumah. sO dia perhati jek laa aku dok make up sebab we all akan smpai di opis around 7.45 pagi mcm tuh. Masa tu dah ramai orang kat opis. Langit pun da cerah pun. Sekarang ni kalau sesiapa yang tengah ber 'makeup' haaa mula la dia mai dekat. sebok nak cuba sekali. Hadoiii. Haha siap tahu cara nak pakai compact powder + gincu okeyyy.. 

2nd dia ckup minat dengan handbeg and apa-apa jenis beg la. Beg kertas pun jadik laaaa. Haha pantang nampak beg dia gantung kat bahu. Hihihi.. Balik berpantang aritu, untie dia bagi handbeg yang cun cun dengan tbuh badan dia. Haa memang suka la diaaa. Tak padan dengan budak kecik. Lagi satu pantang betul nampak high heels. Habis high heels untie dia and aku dicubanya. Hahaha aku tak tahulah meniru perangai sape. Nasib baik ko minat barang-barang perempuan cenggini nak !! Jangan minat lori, robot, superman, batman udah leeeerrrrr... 











Friday, 24 March 2017

2nd Baby pun di PPUM: Nik Khayra Raaniya ! Nasib baik tak bersalin dalam kereta...

Assalamualaikum..

Hihihi lama betul tak berblogging. Bila dah cuti panjang ni cuba la curi-curi masa sikit untuk menaip. Sekarang cuti 3 bulan di rumah mak, jadi sedikit sebanyak bolehlaa nak menaip. Kalau tidak waktu bekerja tu xada masa langsung nak menaip. Time rehat pun aku tak keluar lunch. Kirim pada kengkawan yang keluar then kalau ada masa, aku blogwalking sambil makan masa lunch tuh. Memang tak ada masa nak menaip. Busy sungguh kan? Kalah Pak Menteri hokey.. hihi. 

Anyway rasanya tak ramai yang tahu aku dah pun melahirkan seorang lagi puteri. Hihihi itu pun salah 1 sebab kenapa busy teramat. Kadang badan penat sO aku lebih prefer untuk membaca blog kawan-kawan sahaja dari perah otak nak memikir untuk menaip apa-apa entri. PEMALAS sampai ke tahap tu sekali!! Hihi tapi lepas ni mood malas tu dah boleh buang jauh-jauh kot. Oh okey berbalik kepada tajuk entri aku. My 2nd baby namanya 

NIK KHAYRA RAANIYA NIK MUHAAMAD AFI. 

yang bermaksud... 

Yang Baik dan yang mempesonakan ... 

Eceyyyy.. harap-harap begitulah hendaknya diri empunya diri bila dah dewasa nanti. Sebenarnyaaa aku sendiri tak sedar dah preggy 2nd baby sebabnya sama macam anak pertama dlu, aku tak ada alahan langsung. Tahu-tahu jek period lewat dalam 2 bulan kot. Terima jek la rezeki dari Allah sedangkan anak pertama masa tu kecil lagi. Sekarang Laana dah 1 tahun 7 bulan. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan aku selama ni. 

Sebenarnya tarikh aku bersalin awal 2 minggu dari tarikh due date yang doctor bagi. OMG memang langsung tak sangka. Nasib baiklaaa aku dah prepare sume barang-barang tu. Itu pun rasanya last minit jugak prepare sebab ada rasa macam tak sedap hati sikit. Aku mula kemas-kemas barang seminggu sebelum bersalin. Nasib baikkkkk !!! Kalau tidak susah jugak nak kemas-kemas. Sebabnya aku berpantang 3 bulan di rumah mak di Kuantan. Memang kene prepare barang macam nak pindah terus ke sana hahahaha punya laaa banyak. Sampai kene bawak 2 kereta. Nasib baik mak ada datang 2 hari sebelum tu then tumpang la separuh barang-barang dulu ke sana. 

Kenangan di wad post natal. Hihi 2 anak aku memang lahir di PPUM

Okey kronologi bersalin awal

5.15 pagi : 
selalunye aku siap-siap untuk kerja.  Masak bubur untuk Laana. Iron baju kerja dan mandi solat. Masa ni dah mula rasa macam senggugut sikit tapi tak adalah kuat sangat. Smooth sangat rasanya. Rasa macam tak larat tu ada. Tapi ignore lagi sebab baru 14hb. Aku due 26 Mac 2017. 2 minggu lagi. Pagi ni kene ke PPUM untuk checkup lagi. Hari ni pergi sendiri jek sebab husband aku demam panas 2 hari dah. Ahad and isnin dia demam. Macam teruk jugak. Laana pun macam keracunan makanan. Asyik muntah2. Tapi harini better sikit laaaa. 

6.30 pagi:
Aku driving ke opis untuk hantar Laana dlu. Masa otw nak ke opis tu eksiden pulak. Terlanggar kereta orang. Tapi salah dia sebab break tiba-tiba. Mujur pemandu tu baik hati and cakap sikit jek nih. Dia pun mengaku salah dia break tiba-tiba sebab ada kereta keluar simpang tiba-tiba. Oh no ! Aku mula rasa tak sedap hati. Huhuhu ye laa dah la mood pun da swing. Kisah berulang lagi ke? Haha sebab masa nak bersalin Laana pun aku eksiden juga. Eksiden kecil ada kereta tetiba keluar dari parking. Padahal aku dok belakang kereta dia 5 minit dah sebab masa tu ktorang tengah usha cari parking kosong. Jadinye tak tahu bila dia keluar. Kereta Saga lama tak ada sensor undur. Itu yang dia konfiden jek keluar. 

9.00 pagi: 
Aku smpai PPUM. Everything ok. Sakit sikit-sikit tu masih terasa sama macam pagi tadi. Tapi tak adalah sakit teramat sangat. cuma rasa kurang selesa. Sebenarnya aku kurang pasti camne rasa contraction yang semulajadi haha sebab masa Laana dulu induce. Induce ni kan dia terus sakit kuat. sO yang ni dia macam lemah lembut sikit dengan aku. Hokeyyyy ! hihi. Doc yang check aku pun siap scan lagi. Rileks jek tak ada cakap apa-apa. Lepas check up aku balik opis. Macam biasa laa mintak budak opis tengokkan kereta kot la kene enjin ke , radiator ke. Alhamdulillah sume ok cuma kemek sikit la kereta aku kat depan. Kene ketuk -_- 

sempat lg post dekat fb ptg sblm balik kje

6.00 petang: 
Nak balik. Haha baru nak balik keje. Dari Petaling Jaya ke Puchong Okey. Dah la nak redah jem lagi. Masa ni dah mula rasa sakit kuat sedikit tapi boleh laa tahan. Kalau tak tahan, tak akan la aku boleh driving balik sendiri ke Puchong dengan jalan jem. Aku smpai rumah around 7pm. 1 jam juga ambik masa nak balik. Kemudian ajak husband g bengkel ketuk tu sat saja nk tanya harga ketuk. Sekali RM500. Gulp ! telan air liur jugak laaaa. Tak hantar terus sebab ingat nak cari kedai lain jugak. 7.30 smpai rumah tu macam rasa sakit contraction sama macam induce dlu. Haa sudah! nak beranak dah ke aku??? Sakit dah mula 15 minit sekali. Time ni Aku terus mandi and siap apa patut. Husband aku mandikan Laana sume. Nasib baik semua dah prepared. Baju untuk ke hospital dah siap dalam kereta. Cuma bawak diri and baju Laana untuk stay rumah makcik husband. Rumah makcik husband tak jauh pun cuma di apartment bersebelahan apartment kami. Alhamdulillah Allah permudahkan 1 urusan. 

7.45 mlm: 
Hantar Laana rumah makcik husband. Aku dah mula nangis sakan sebab tak sanggup nak berpisah dengan Laana. Aku peluk cium dia masa tu. Sedihnye Ya Allah. Hanya ALLAH yang tahu hati aku sebak sangat masa tu. Ni first time aku tinggalkan Laana. First time aku tidur tanpa dia di sebelah aku. Aku peluk cium dia. Memang muka aku dah penuh air mata. Bukan sebab takut bersalin tapi sebab sedihnye Ya Allah nak berpisah sekejap dengan Laana. Nasib baik Laana pun okey tak meragam masa aku nak pergi. Dia tak menangis mungkin tak tahu apa-apa lagi kan??? Lagipun dia memang rapat dengan makcik husband tu so memang dia tak terasa kalau aku nak tinggalkan dia kejap-kejap. 


8.00 mlm: 
Aku dah mula sakit dah. Rasanya contraction datang 5 minit sekali. Husband pun drive ke PPUM. Nasib baik laaaa tak jem. Ya ALLAH syukur. Jalan clear. Puchong ke PPUM jauh juga.Tak jem ni pun around 30 minutes jugak nak boleh ke sampai. Kalau jem tu tak tahu laaaa.. 

8.30 mlm: 
Sampai di PPUM. Husband tanya nak drop by kat lobi ke nak ikut cari parking? aku cakap nk ikut dia. Lagipun nanti ada lif terus ke atas. No problem. sO parking pun memang banyak time malam kan? Jadinye ktorang parking betul-betul dekat dengan lif. Masa ni berpeluh tahan sakit bila contraction tu datang oi! Bila terus ke level 3 bahagian wad bersalin tu, Nurse amik details, and masukkan aku ke dalam Labour room terus. Cantik labour roomnye. Hihi... Then malam tu pulak tak ramai orang bersalin. Rasanya time aku tu aku seorang jek bersalin. Jadi doc pun tertumpu pada aku. 

9.15 mlm:
Sakit dia dah mula 3 minit sekali kot. Nurse still pasang CTG, and peralatan pada aku. Doc pun tak check jalan. Mungkin ramai tak sangka kot aku dah nak bersalin. Bila tak tahan sangat aku mula tanya nurse mana doc? Sebab dah memang tak tahan nih. Nurse pun panggil doc. Ramai pulak doc yang masuk dalam 4 orang. Doc pelatih pun ramai jugak dalam 6 orang. huhuhu aku dah tak peduli daaaaa. Bila doc check jalan rupanya da 10cm and dah mula nampak kepala baby. 

9.30 mlm: 
Aku selamat melahirkan seorang baby girl berat 2.75kg. ^_^ 
Haha  semua doc macam terkejut sebab sekejapnya. Baru datang spital masalahnye tu. Tu yang dorang tak sangka. Tak sempat nak tanya apa-apa or buat apa lagi. Cucuk jarum untuk masuk ubat kt tangan pun belum masa tu tapi terpaksa jugak buat. 


Hari ni dah hari ke 10 aku berpantang. Sekejap jek rasa. Pejam celik pejam celik....



Kelahiran kali kedua ni rasanya aku lebih cool and bersedia. Masa first dlu macam stress jugak laa dengan sakit bekas jahitan tu yang agak lama dalam 2 minggu. Sebab gunting kan? Kali ni koyak sikit jek. Doc jahit pun sikit jek. Hari ke 3 dah okey and tak rasa lagi di bahagian tu sakit. Cuma aku lebih emosi bila terpaksa handle Laana. Memang kesian jugak pada dia mula-mula sebab dia terkejut kan? Siapa yang mak dia dukung? Mak dia dah tak sayang dia ke??? Dia mula tantrum and mengamuk teruk jugak. Penat jugak nak melayan kerenah dia memula. Cepat sensitif. Dalam seminggu lebih jugak dia macam tu. Tapi alhamdulillah sekarang dia semakin okey and dah boleh terimaaa. kalau tidak tidur pun dia termimpi-mimpi sampai menangis tau.

ok baby ada lg 34 hari pantang yeee.