Nampak simple jek kan bila ajak mak "umi jom tengok and survey langsir" Dah boleh nk mula mencari dan belek harga yang berpatutan nih sekarang. Aku memang tunggu mak aku datang KL supaya boleh tarik dia tolong pilihkan. Dalam bab2 deko rumah ni memang dia superb sikit ! Memang taste dia high class sangat. Biar murah tapi cantik. Tu konsep aku pulak. Konsep dia sekali lah. Dah aku mintak nasihat dia, so kene la dengar segala nasihat dan tunjuk ajor dia. Kang dia marah pulak and merajuk. Nak mtk tolong sangat tapi DEGIL ! Hah kan da keneeee. Hahaha selalu bergaduh jugak la sebab ada yang aku tak sependapat dengan dia.
Kebetulan masa dia datang tu Jakel ada buat sale. Hurmm macam rugi pulak tak pergi usha kan?? Rasa nak la tengok jugak. Aku suka design kain kosong jek. Ada corak-corak sikit ok la tp still sama colour dengan warna langsir tu. Kiranya mcm corak jek la. Tak minat langsir yang ada macam-macam colour. Jadi aku set nak buat 1 warna yang nampak mahal sikit. Aku suka pattern simple jek. Macam rumah mak. Hihihi..
Ni mak aku yang ajor la kan? Apa perlu buat untuk buat langsir. Huhu bunyi macam simple tapi tak sangka pula susah okey. Masuk hari ni rasanya da 3 minggu aku dok berfikir dan menyelesaikan masalah haha. Masalah apa? Hah bacalah baik-baik nanti.
1. Oke memula kene set la berapa bajet yang korang nak. Macam aku Bajet cuma bawah RM1500 shj. Tak boleh lelebih dah. Huhuhu dah mahai sangat dah rasa kalau over than RM1500. Lgpun rumah single storey jek pun. Bukan byk sangat pakai tingkap.
2. Kenapa set bawah RM1500?? Hah pasai rumah aku tak banyak sangat nak dipasang. Okey then set pulak langsir ni nk pasang di mana?? Senaraikan jek :
- Sliding door 2 pintu
- Tingkap Master Bedroom
- Tingkap Dapur
- Ruang ke Dapur (ni sebab ruang situ mak aih punya luas. Kedekut sungguh developer aku nih nk banyakkan simen)
-_- REDHA ....
-_- REDHA ....
Tengok ni ruangan ke dapur. Besar kan?? Adoii sebab tu kene buat langsir. Kalau tidak nampak semua di dapur |
Tak banyak kan?? Sikit jek. Tingkap dalam bilik no 3 tuh aku pakai langsir lama jek tp masih nampak baru. Tak kotor lagi. Pintu di setiap bilik rasanya tak perlu. Bergantung kepada keadaan rumah la jugak. Macam rumah aku nih, pintu bilik memang dalam keadaan tersorok. Tetamu kalau masuk pun tak perasan pintu di mana. sO abaikan. Ada lebih kita buat yeee.
3. Pattern apa ? Dalam kepala aku nih memang aku berkenan 2 pattern shj. Samada Eyelet dan Singapore Fleat (SF). Eyelet ni mahal sikit berbanding SF. Selalunya upah berbeza mengikut design kita nak. Aku ada buat beberapa survey la dalam beberapa hari ni. Untuk langsir jek OKey??? Hurmmm YESS aku memang cerewet jugak laa. Mungkin sebab nk nampak rumah cantik kan? Lagipun aku beli langsir ni nk pakai untuk 5 - 8 tahun ye. Hahahaha tak tahulah bila mood nak tukarnye. sO biarla yang terbaik, cantik dan berkualiti kainya. Yang tebal gittewww.
Pattern EYELET
bentuk eyelet ada ring seperti di atas ni ha. Ni Langsir rumah mak tp di pintu bilik aku. |
Ni ha sliding rumah aku. Ada 2 panel jek. Tak ada pintu masuk. Huhu .. |
cantik tak ? Hihi bila bergabung dengan kain siang (kaler putih) nampak lagi bersambut. |
Mula-mula nak buat pattern SF . Tp bila memikirkan aku masuk ikut sliding sama jek. Makanye Amik eyelet la senang ditolak-tolak. sO decide kat situ shj eyelet and pasang rail kayu. Sume aku dah survey haha rail kayu pun dah tahu berapa harga. Oh rail pun termasuk dalam RM1500 tu jugak. Rail bagi 1 rumah ye.
Pattern Singapore Fleat (SF)
Simple jek. Kiranya dlu kene cucuk kira 1 1 kn. Ckup 3 or 4 kita cucuk and msukkn lagi besi. Pattern tu dipanggil Frech Fleat. Ok bila da maju sikit kn? Orang pun mula berfikir maju. sO inovasi dari French Fleat tu maka jadi SF. Kita xperlu kira lagi jumlah nak cucuk. dia da siap-siap kepitkan and jahit. sO kita cuma masukkn besi jek ikut lubang kain disediakan. lebih mudah dan jimat masa.
Tapi Harga pun berbeza jugak. Hihihi. sO apa yang aku survey setakat nih laaa untuk beberapa kedai. Mostly harganya adalah sama. HARGA UPAH ye. Tidak termasuk kain !
1. JakeL :
Eyelet : RM12 sekaki (tak ingat termasuk ring ke tidak )
1 panel ada 5 kaki. sO total 1 panel RM12x5kaki = RMRM60.00
Untuk sliding rumah tu aku kene amik 5 panel untuk bagi ombak cantik (memang langsir kalau nk nmpk cantik tak boleh kedekut -_-) huhuhu ..
sO dengan Jakel RM60 untuk 1 panel
5 panel = RM300
Singapore Fleat (SF) : RM8.90 sekaki
1 panel = RM44.50
5 panel = RM222.50
2. Tehwah
Eyelet: Tapi tehwah ni dia lain pulak kiraan dia. Bukan per kaki. Dia by panel.
1 panel (1.4 meter) = RM19 (xsilap la. Xigat)
5 panel (7 meter) = RM95
SF: RM15 (1.4 meter) 1 panel
1 panel RM15.00 (tidak termasuk ring)
5 panel RM75.00
Ring (RM1.00 x 45 ring) *1 panel 9 ring* Ring ada pelbagai size dan Harga bermula RM1 - RM5. Tapi 1 panel kene pakai sekurang-kurang 9 ring.
=RM45.00
Eyelet: RM95 + RM45 (ring) = RM 140.00
SF: RM75.00
3. Kawan mak.
Eyelet dan SF : 1 kaki RM5.00 (termasuk ring)
1 panel ada 5 kaki = RM25.00
5 panel = RM125.00
Jadinye siapa lagi murah??
1. Jakel RM300.00
2. Tehwah RM140.00
3. Kawan mak RM125.00
^_^ Tp ni untuk upah sliding depan jek laa. untuk kain tebal. Sliding ada 2 layer. 1 lagi buat dengan langsir siang.
Oh kain ? hihi. Aku da pergi pilih and siap booking dah nk lock harga sale. Masa pergi tu last day dah untuk sale smpai 70 - 80%. Okey laah kain di Jakel sume berkualiti cuma mahal sikit. Time sale ni lah aku melajukan diri pergi. Dari RM38 semeter RM40 semeter sume offer jadi belas-belas ringgit sahaja.
sebenarnya aku suka material kain mcm nih. Berat and jatuh cntik. Tapi apakan daya mahal sangat nih. Semua kedai aku usha hurmmm RM55.00 semeter, RM45 semeter, RM58 semeter. -_- |
Mahal !
Tapi pegi Jakel ada jumpa yang lawa. Boleh tahan la price sebelum sale. RM58 semeter. Tapi ada less jadi RMbelas ringgit oklah. sO proceed ! Haha
sama macam kain ni cuma kaler gold gitu. Tak bole nak snap pic gold tu byk-byk sebab tinggi. Mula-mula nk kaler cream ni tp mak ckp nti pucat rumah. ok Fine |
Taraa booking dlu. Sebab kene balik ukur betul-betul baru boleh potong kain yeee. Ingat sbtu ni nak pergi beli dah. Sebab nak bg mak untuk jahit terus. * walau rumah tak siap lagi kita redha* |
Kain siang tu aku beli yg ada garis-garis. Hihi sj bg nmpk penuh and berombak. Tak jarang. Lagipun tak pasang tinted. Duit tak mencukupi so kita pasang langsir tebal sikit
Harap tak melebihi bajet la sebabnye aku dah buat kira-kira.
Kain shj dalam RM800
33.5 meter kain tebal RM600
25.5 meter kain siang RM200
Upah jahit RM20 (1panel) x 17 panel (1rumah) = RM340.00
(dapat less 1 panel RM20 sebab byk)
Rail besi (1 meter RM3.00) 1 rumah RM200
Rail kayu 10kaki =RM139.00
RM339.00
TOTAL SEMUA: RM1470.00
Eh eh eh sipi jek tu nak lari -_- huhuhu..
mmg kena byk spend budget kan sis tuk masuk umh baru ni....
ReplyDeleteAssalam ada no contact tak?
ReplyDelete