Tabung nuffnang sayer :

Sunday 28 August 2016

OK TAK Hantaran Kahwin pakai Emas Dinar??

Sebenarnya aku sendiri dah lupa pasal hantaran kahwin aku nih. Kebetulan ada seorang member lama bertanya balik sebabnya dia pun nk berkahwin and berminat untuk menggunakan emas dinar kot. Hihihi tak tanya lelebih la pulak, sebab aku busy aritu. Makanya aku cuma sharing sikit dekat dia. Tup tup tengok dekat blog pun aku tak update pasal hantaran nih. Patot la dia cakap aku tak sharing dalam blog lagi pasal dinar nih. Actually aku pun lupa nak ambik gambar barang-barang hantaran and especially emas la kan? Sebabnya majlis bertunang, nikah and resepsi aku buat dekat dewan. sO lepas akad nikah, emas of course teros bawak masuk simpan dalam kereta la. Kalau tak simpan alamatnya memang tak dapek lagi la kan???

Kebetulan lately staff-staff aku pun dok sebut pasal emas dinar. Ada yang memang dah start kumpul kan? Aku pun baru remind balik yang aku pun memang ada simpan dinar. Hahahaha boleh terlupa kan? Tapi hajatnya memang nak simpan untuk kegunaan yang sangat-sangat EMERGENCY. Kalau biasa-biasa rasanya aku tak akan gadai lagi emas dinar aku nih. Lagipun emas ni akan naik day by day. Contohnya tadi aku godek masuk Public Gold untuk tengok rate terbaru untuk hari ni. WOW 1 Dinar PG jual RM777 and sell RM715. Means that kalau nak beli tu RM777 ? 

Terkejut tengok harga sekarang. Mahal ! Masa zaman en suami beli dulu-dulu kumpul untuk hantaran kahwin ni, 1 Dinar dalam RM550 - RM600. Ada la jgk pernah beli masa 1 Dinar RM530. Itu zaman 2014 kotttt.... sO en suami kumpul 10 dinar untuk buat hantaran + duit sekali. Duit tuh rahsia la kan? Jeng..jeng ... jeng... Duit tu aku dah masukkan semua ke dalam tabung haji. Dinar memang tak sentuh 1 pun lagi. See korang boleh nampak kalau en suami bagi semua duit pada aku rasanya ada jugak la habis ke SHOPPING mende tak pekdah !



So ni lah rupa hantaran aku dulu. Duit rahsia. Haha beserta 10 keping Dinar Emas. 


Kalau ikut kiraan la kan? En suami beli tahun 2014. 

1 Dinar RM550 x 10 dinar = RM5,500.00 (Beli dari PG)


tahun 2016 

1 Dinar RM777 x 10 dinar = RM7,770.00 (beli dari PG)
1 Dinar RM715 x 10 dinar = RM7,150.00 (sell to PG)

Untung adalah sikit dalam RM1K lebih sikit2. Sebab ni anggaran sahaja. 

Ni lah dia dinamakan menggadakan duit tu ye. Hihihi 2017 ... 2018 ???? Tak tahu lah mcm mn pulak harga emas ni kan? Jadi jom menyimpan emas untuk masa depan. Hihihi. 

1 comment:

  1. Dulu aida tunang kawin semua brg kemas & cash.
    Tak tau pasal dinar emas.
    Kalau la tau, mesti da berganda2...

    ReplyDelete