Tabung nuffnang sayer :

Monday, 5 September 2016

BELI RUMAH: 80% PROGRESS .. Bila nak dapat kunci rumah ??

Lama x update pasal rumah. Sebenarnya aku sendiri pun lama tak amik tahu progress rumah tu. Cumanya baru-baru ni tergerak nak check dalam sistem LPSSA tu la. Rupanya status da 80%. Hurmmm bermakna ada lg 20% ke?? Tapi jumaat lepas en suami ada call developer tanya status rumah macam mana kan?? Lagipun aku beli rumah pun masa Jun 2014. Projek start dalam Mei or Jun2015 rasanya. Then now dah September 2016 pun. Aku start beli rumah ni masa kawasan tu hutan lagi cikk oiiiii tak ada tanah rata lagi. Tapi alhamdulillah on progress jugak laa. 


Hasilnye





 taraaaaaaaaaaaaaaaaa ..... 



So far semua dah siap pun katanya developer lah masa en suami call. Air semua dah masuk cumanya Elektrik jek tak ada lagi. Masih tunggu TNB. Lambat sikit. Then lepas dah masuk elektrik barulah boleh TAR jalan, then Check CF gitu. So dah tak banyak pun lagi nak siap. Aku pulak nervous wei nak tunggu siap and dapat kunci nih!! Mana tidaknya duit tak cukup lagi kumpul buat naik sikit-sikit apa patut kat rumah tu. 

Pagar pun dah siap pasang. Rumah pun dah siap cat semua. Pendek kata memang Ok la semua kecuali bak kata developer tunggu pihak TNB sahaja. NEVERMIND .. 


Pagar dia simple jek. Tapi plan dalam kepala nih nak beli motor sahaja untuk buat pagar automatik. Dah cuba survey-survey price dalam RM1.5K jugak beb!! Tapi ok laaa. Still reasonable. 

Master bedroom. Kecik jek. Tengah memikir camne nak deco bilik ni haa. Kecik cenonet sangat. Plan nak bawak katil bujang 1 + dengan katil queen ktorang. Xtahu laaa muat ke idokkkk. 


gambar atas pandangan gambar dari dapur ke ruang depan. Manakala gambar ni pulak pandangan dari ruang tamu ke dapur. So acane?? Korang agak-agakla sendiri haha.. Ermm tak besar tak kecik. Ok laaa dalam kepala pun dah ada nk deco cmne. Pakai perabot sedia ada kat rumah jek. Tak akan tambah kecuali meja makan baru kot. -_-

haha meja makan lama macam tak nak bawak. Tapi kita tengok bajet mcm mn yeeee

Ni pulak ruang dapur. Belakang la ni. Kecik jek kan?? Ada planning kat sini yang mungkin memakan riban riban ringgit. Phewww sabo jek laaaa. Tak buat renovation / pecah pun. Apa dalam kepala sekarng ni aku nak pasang simen batu gantikan pagar hijau tu. Then separuh lagi gril laa. Kiranya boleh jadik tempat letak mesin basuh + jemur baju + dapur basah.
Uish ada contoh yang plan dapur tu. Sebab ktorang dah start survey-survey dah. Harga, material. Melawat rumah kawan-kawan yang dah siap progress and renovation.  Hihihi... Adoii pening kepala sat. 

Ni rumah kawan ktorang. Dia buat dinding pun sume zink.  Tapi aku nk tukar pakai batu simen 


Dalam dia akan jadi mcm ni. Lebih kurang luas macam rumah kami so muat nak letak mesin basuh + jemur baju. 

Ni contoh yg ktorang nak. Haha.. separuh batu separuh grill


Hasih tunggu jalan jek la nak di TAR

Ni pulak dapur ktorang. Tak besar mana pun. Huhu tapi boleh laaaa. Rumah ni kecik jek. Kat sini plan nak pasang kabinet dapur. tapi kalau tak cukup bajet mungkin buat table top jek dlu kot. 

Ni rumah perumahan sebelah yang dah siap 100% hihi. dorang lah duduk and rasmi dlu yeee

2 comments:

  1. wahhh...cantek rumah..

    rumah sekarang memang kecik2..
    dulu masa boleh dapat rumah yang bukaan 22 kaki,
    sekarang kebanyakan 20kaki sahaja..

    ReplyDelete
  2. Wow. Alhamdulillah.
    x lama lg dok umah sendiri.
    Rumah pertama biasa nyer kecik molek.
    yg penting umah sendiri kan :-)
    In shaa Allah ada rezeki nanti beli la rumah kedua.

    ReplyDelete