Tabung nuffnang sayer :

Thursday 16 June 2016

Bubur ayam feveret Baby

Baby turn 8 months now !

Cepat jgk masa berlalu kan? Lagi 4 bulan cukup 1 tahun. 



Dalam banyak-banyak makanan ni ha baby cuma makan dengan berselera sekali bubur ayam dengan puri epal shj. Lain-lain dah cuba nanti diluek nya balik. Penat jek buat banyak-banyak. sO aku focus bubur ayam + puri epal jek la. Selalunya stok aku akan buat seminggu shj. Untuk stok ayam dan puri epal memang untuk ngam-ngam seminggu shj. Kalau bubur tu aku memang menggigihkan diri buat pepagi setiap hari. SETIAP HARI okey!! Meh share jadual bangun pagi aku 


Tapi tak apa walau kene bangun pagi demi baby aku tetap enjoyyyyyyy. Hihihi cumanya untuk masak bubur ni stock ayam yang aku buat homemade kene lah buat masa weekend. Kalau buat hari-hari jenuh tu woiii ! Cuma sekarang ni aku tengah cari masa nak buat homemade serbuk ikan bilis jek. Bahan-bahan semua ada tp masa pulak kesuntukan. 


Bahan-bahan yang dipakai:
1. bawang merah + bawah putih sedikit untuk tumis
2. segala jenis rempah ratus termasuk sup bunjut adabi
3. Batang daun saderi
4. carrot
5. Ayam 
6. sedikit minyak zaitun



Cara-cara:
1. Tumis bawang lepas minyak da panas.
2. Masukkan semua bahan-bahan tadi and tuang air sebanyak yg anda mahu
3. NO SALT AND SUGAR!!
4. Biar jek bahan-bahan tu masak dalam tu. Sesekali kacau ye.
5. Dalam 1 jam aku biarkan bahan-bahan tu masak sekali dalam tu.
6. Bila da masak, tutup api.
7. Asingkan bahan-bahan untuk diblend. Macam aku amik carrot, ayam dan beberapa batang daun saderi. Aku tak amik semua sebab takut pahit.
8. Carrot dan ayam tadi boleh diblend (masukkan sedikit sup untuk mudah proses blend)
9. Siap and boleh simpan sebagai stok baby korang

Kanan buat puri epal . Kiri stock ayam . Hanya weekend shj ada masa nk buat semua ni

Lepas blend semua asingkan dan simpan dalam bekas asing-asing. so just amik setiap hari 1 bekas shj. 

Bubur feveret baby

Untuk buat bubur. Macam biasalah kita buat bubur. Letak air lebih banyak untuk bagi nasi lembik. Dah agak nak masak tu aku masukkan stock ayam yang buat tadi. Jadi warna kuning sebab colour dari carrot kot. Dah agak nk kering, nasi da kembang so boleh la tutup api, tuang dalam bekas untuk disejukkan sebelum blend. Jangan pulak blend masa tengah panas-panas

nasi dah kembang dan semakin kering. Boleh tutup api




Taraa da siap utk bekal baby


1 comment:

  1. jauhnye rumah akak dengan rumah pengasuh...sejam perjalanan...

    ReplyDelete