Bila kita berhadapan situasi tu memang betul baru kita akan menghargai apa yang kita ada. Status jiwang sket petang hari ni. Al-kisahnya aku buka facebook and ternampak satu video dekat newsfeed tu ha sponsored by kleenex. sO touching video tu membuatkan zappp!! hati terus teringat pada baby Laana. Yes .. walaupun dia buka baby pra matang, tapi dia lahir 2 kg sahaja. Sangat..sangat kecil. Sampai aku sendiri pun takut nak handle and dukung. Bayangkan baby 2.5kg pun dah dikira kecil. Ini 2 KG SAHAJA !!! Memang tersangat kecil tapi nasib baik tak masuk inkubator. Dia tetap dibenarkan keluar sehari selepas tu dengan keadaan yang normal dan sihat. Tapi aku sangat-sangat terkejut jugak sebab tahu size dia kecil pun dah terlalu lewat. Lagi 2 hari nak due baru tahu baby tersangat kecil. Sebelum ni scan tempat sama jek and tak pernah dapatkan mana-mana doktor lain kan?? Nasihat aku dapatkan laaa pandangan doktor yang pelbagai bukan refer pada 1 doktor shj.
Setiap bulan aku scan dalam 2x macam tu jugak laa. Then by right doc keep saying and reporting baby punya berat normal.. tak ada masalah. Then ada 1 hari tu masa tu lagi 3 minggu nak due, sO aku ada terjatuh bilik air lagi. Lagi?? No .. no memang sekali tu jek jatuh bilik air tapi pernah jatuh sebelum ni jugak tapi bukan dalam bilik air. Kisah jatuh tu ada dalam entri lama yang ni : jatuh ;'(
Dalam 2x aku pernah jatuh masa mengandung aritu. Lepas jatuh dalam bilik air tu ada lah pergi scan terus. Doktor cakap okay. Tak ada apa-apa masalah. Tambahan pulak masa tu kn lagi 1 bln nk bersalin baby yg breech @ songsang dah pusing balik ke kedudukan asal. Means boleh la bersalin normal. Alhamdulillah.....
Oh okay bersambung bab jatuh. Then lepas doktor yg scan cakap okay, so aku pn lega laaa. Tapi rupa-rupanya air ketuban aku dah makin berkurangan disebabkan jatuh tu cuma aku tak perasan sebab aku jenis yang memang pakai panty liner. Mungkin leaking sikit-sikit so tak rasa laa air tu keluar. Sampailah masa lagi 1 hari jek due date aku untuk bersalin. Aku patut bersalin 21 Oktober 2015, tapi 19 Oktober 2015 tu aku kene pergi last check up di PPUM. Doktor nak check la for the last. then dia bagi jgak aku untuk pergi scan. Ni kiranya first time aku pergi scan dengan PPUM sebab nk kene appointment scan dengan PPUM ni so sangat leceh.
Nak dijadikan ceritaaa.... masa pergi check up tu, kebetulan husband boleh teman. sO dia ikut skali. Doktor mintak pergi scan dlu. Masa scan tu laa doktor detect baby tersangat kecil. which means 2kg untuk baby yang dah berusia 38weeks dalam kandungan???? OMG it is unormal okay... !! Aku agak cuak sikit. Sbab tempat scan yang selalu pergi tu cakap baby punya berat dalam 2.5 kg cm tu. Kira normal la berat baby usia tu 2.5kg ke atas. Tapi ini 2 KG . Bole imagine tak perasaan aku masa tu?
Then lagi sekali bertimpa-timpa jugak emosi ni remuk masa tu. Doktor sekali lagi mentioned yang air ketuban aku tersangat sikit. Risau baby tak boleh nk bernafas sebab tak ada oksigen untuk dia dalam perut tu. Aku lagi skali cuak tahap gaban la kan??? Doktor terus buat surat untuk refer doktor pakar pulak di atas. Aku bawak surat and keputusan tu jumpa doktor di atas. Doktor tu pn kerut kening tengok result. Katanya kes ni bukan normal. Dia mintak nurse carikan katil kosong and aku kene warded arit tu jugak and saat tu jugak. Doktor nak induce sebabnya nak selamatkan nyawa baby. Nak keluarkan baby cepat-cepat.
Redha jek la masa tu sebab macam tak bersedia pun ada. Seriously takut sebab masa tu kan x ada pengalaman bersalin lagi. Jadi kita tak tahu cmne rasa sakitnya tu. Aku masuk wad dalam jam 3 petang. Doktor induce dalam jam 700 petang, then bersalin secara normal dan selamat pada jam 9.10 mlm. Alhamdulillah baby selamat dan sihat. Tapi tersangat kecil. Hihihi. Sedih bila teringat kejadian ni. Kalau laaa. Kalau aku lambat lagi check up. Katakan laa date check up aku 20 Oktober, bukan 10 Oktober, kata doktor mungkin baby aku dah tak ada lagi sebab tak dapat oksigen. Sedihnya bila teringat. Maka aku sangat-sangat appreciate apa yang aku ada sekarang. Tak sanggup rasanya kehilangan anak nih. Aku tak kuat. Aku lemah bab bah ni. Siang malam berdoa memang mintak pada Allah semua berjalan lancar dan selamat. Dilindungi. Alhamdulillah Allah lindung.
Jadi hargailah apa yang kita ada ye.
Nik Laana Azzahraa. Ibu sayang baby ^_^
no 7bulan berat baru 6kg
Alhamdulillah semua dipermudahkan. Mmg bahaya betul kan air ketuban sikit. Patutla doc mesti cek air ketuban nak pastikan cukup untuk baby
ReplyDeleteXpe kak. Biasanya perkembangan kat luar tu lagi penting. Biar kecik dalam perut, nanti orang cakap baby akan gemuk kat luar. Huhu. Comel anak akak... =)
ReplyDelete