Tabung nuffnang sayer :

Friday 21 August 2015

Team Building lagi dah tua-tua pun.

Holla.. sebenarnya nak cerita pasal team building yang dianjurkan oleh tempat keje aku ni haaa.. Dah kali ke berapa aku pegi team building pun tak ingat. Dengan induksi lagi nyeee. Sebenarnya masa memula keje dulu dalam tempoh nak pengesahan jawatan kan dah pegi team building. induksi lagi and macam-macam laa kononnya untuk memperkasakan diri. Tup - tup tetiba dah 5 tahun keje ni ada lagi TEAM BUILDINGnyeeeeee .. Punya laa malas nk pergi kan?? Dah tak ada hati nak pergi bila dah tua-tua ni. Tak adalah tua pun tapi rasa macam alahaiiii kalau zaman memuda masuk opis dulu bertenaga lagi la kan?? Kengkawan pun time tu gila-gila. 


Disebabkan opis aku ada penstrukturan semula jawatan dan boleh dikatakan 100% la by JPA, makanya Ketua Pengarah minta Team Building di adakan balik ikut batch, and wajib bagi SEMUA staff tak kira laa support staff, pegawai and bos-bos. Gred 54 pun diharuskan pergi lagi kan laaaa anak-anak bilis ni haaa. Tapi macam kelakar kan. 

Tak laaah ramai sgt. Tapi ok laaa. Ni masa hari pertama. Dah malam 


Team building ni pun tak macam team building sangat laa. Macam tak heavy sangat. Mungkin sebab ramai warga senior-senior, bos-bos and perempuan pregnant. Hihi ada 4 perempuan pregnant yang join untuk batch ni. Sebenarnya HR memang dah keluarkan senarai nama untuk batch-batch yang akan pergi smpai bulan 12 ni haa. Aku kene batch ke 3. Tiap-tiap batch pulak tempat lain-lain. Batch untuk bulan 8 buat di Cherengin Hills, Janda Baik. Dekat laa dengan opis dalam 1 jam 30 minit. Bertolak 17hb Ogos dalam jam 2 petang. Smpai sana 3.30 petang dah.  18hb pukul 12 program dah habis. Kiranya macam 2 hari jek laaa. 


pagi pagi mcam biasa laaa senaman dan outdoor challenge

Tapi yang pregnant semua duduk tepi

smpai pukul 11.30 pagi jugak berjemur. Kemudian baru laa fasi mintak masuk dewan balik sebab mcm kesian tengok panas terik


aktiviti ke sungai




Cabaran paling best yang kitorang suka ada 2 games. 1 Games dipanggil The Mole & The Team. Satu lagi game kegemaran adalah game membuat kasut berterlur.

The Mole & The Team. 

The Mole : bermaksud mempunyai sikap -ve
The Team: Mempunyai sikap teamwork, +ve

Permainan ni best sebab setiap team akan undi untuk siapa yang jadi Team dan siapa yang jadi Mole. Fasi akan panggil sorang-sorang time tu untuk cabut undi. And setiap personaliti kita samada Mole or Team akan dirahsiakan. Hanya diri sendiri yang tahu. Lepas tu pulak, kitorang perlu siapkan task di mana ada lukisan perlu dilengkapkan. Lukisan tu perlu ulang alik tengok laa. Fasi yang akan pegang setiap lukisan lengkap tu untuk kita pergi tengok banyak mana nak pergi and lengkapkan lukisan tersebut.

Tugas the Mole dalam kumpulan tu dia akan berlakon baik, tapi dalam masa yang sama dia sendiri akan merosakkan team tu. Kalau boleh dia x akan kasi pun kengkawan dia siapkn task tersebut. Contohnya dia pergi tengok lukisan tu and bagi instruction yang salah ke, Dia tak membantu langsung and diam ke. Macam-macam lagi la kan. Siapa dapat cari The MOLE sebenar team akan dapat RM500 kot !! Pengajur nak bagi.

sO time ni la kita kene berhati-hati. Ada pulak laa yang macam suspek. Fasi pulak ada yang bisik-bisik kat kita berhati-hati dengan orang ni orang tu. Hahahaha dalam team aku tu, 3 orang kene tarik masuk penjara sebab suspek The Mole. Bila masa da tamat, tiba laahhh masa untuk penentuan samada yang masuk penjara tu bersalah ke tidak. Bila soal selidik akhirnya semua tu the Team. Hahah kesian kan. Jadik Suspek plak ! sO korang nak tahu tak siapa the Mole sebenar????


Jeng- jeng jeng..... !!!!! The Mole sebenar adalah fasi sendiri sebab dorang yang jahat and kadang-kadang tukar instruction masa kita nk tengok lukisan sebenar. Mereka jugak yang menghasut kita supaya rasa curiga dengan kawan-kawan sendiri. Pengajarannya sila laaa percaya pada kawan sendiri, jangan buruk sangka especially kawan yang kita da kenal lebih 3 - 5 thn kn.



The Mole yang kene masuk penjara. Suspek !

Kasut Telur

Game kasut telur ni, cabaran dia fasi or ustaz (penceramah sepanjang program) akan pakai dan berjalan. Bawah kasut tu perlu ada telur. Telur yang belum dimasak ye. So cabarannya kami perlu buat kasut 




136 langkah. Ustaz berhenti sebab dah pecah rekod.
Hihihi berat ustaz 99kg.
Telur tidak pecah kasut masih tahan
penyampaian sijil dan penutup


makan dan boleh balik. 

3 comments:

  1. Nissa...gambar pakai baju warna kuning tu dah nampak perut.....comelnyer!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la. kalau duduk nmpk la perutnye. hihi if berdiri ramai orang tak sangka dah masuk 8 bln

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete