Tabung nuffnang sayer :

Friday 7 August 2015

Isu pembelian rumah: Sakit hati dengan peguam !!

Entri hari ni rasa nak meluah perasaan pun ada, nak mengutuk tu macam berdosa pulak, tapi memang rasa nak meluah apa yang terpendam and apa yang aku rasa selama ni laaaa. Rasa perit membeli rumah ni memang betul-betul perit laa. Setiap orang yang bakal beli rumah mesti akan rasa perit ni. Lagi-lagi part kalau loan yang dibuat tu melalui loan pinjaman dengan kerajaan di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Tapi masalah aku ni timbul bila peguam aku sendiri dari awal pun dah macam ting tong jugak. Aku memang hangin giler dengan peguam aku. Nak mention nama kang takut memalukan dorang pulak. sO we keep it as secret laa. Antara aku, dia and Allah. Allah memerhati. Peguam aku tu pulak melayu. Andai kata duit penalti yang bakal aku bayar pun semua dari perbuatan mereka, aku tak redha. Its OKEY !


sO far rumah aku masih dalam proses pembinaan. Dalam 45% rasanyaa. sO banyak dah naik tu. Alhamdulillah pemaju pn sebenarnya okey la kan. Bukan company menipu cuma yang tak puas hatinye adalah peguam. Masa tu aku pakai peguam pemaju jugak. Senang sebab masa aku beli rumah ni, walaupun harganya agak mahal around RM317K, tapi stamp duty, legal fee, MOT, deposit 10% dan SNP memang under pemaju. Kiranya RM317K dah include sekali laaaa. sO lega sekali lagi di situ, sebabnya aku cuma mengeluarkan duit sebanyak RM3K untuk booking shj. 



Haa aku show up sket progress rumah aku setakat ni. Okey laaa so far bergerak dari hari ke hari. Rumah single storey ni mungkin siap menjelang hujung tahun hadapan rasanya ataupun lebih awal. i don't know. Terpulang pada cepat atau tidak kontraktor la kan? 

Kronologi kenapa aku sakit hati sangat dengan peguam yang dilantik????

Rasanya ramai yang berpengalaman seperti aku. Macam-macam ragam and masalah kita kene hadapi kalau bab membeli rumah ni. Hadoiii kalau tak ada tahap kesabaran yang tinggi, memang susah laa jugak. Boleh migrain ! Kalau dengan peguam ni memang sah-sah laa kita selalu kene game dengan they all kan?? Memang apa-apa dorang akan salahkan pembeli or bahagian pinjaman perumahan. Bahagian BPP tu memang laa lambat sikit proses nye sebab terlalu banyak.  Tapi rasanya semua orang tahu kalau deal dengan BPP memang agak lambat sikit. Tapi kalau peguam yang melambatkan keadaan, lagi 2x ganda laaaa lambat tu terpaksa aku faced ! 

Part yang aku banyak tak puas hati aku penah cerita dalam entri sebelum ni. Bolek refer baru excited nak sign gadaian !

Okey laa part yang sign gadaian / cagaran tu aku rasa dah settle. Tapi settle pada 9 Jun 2015. Seminggu selepas peguam sendiri punya kesalahan, sampai aku kene p balik sign di Pejabat Tanah Klang. Kalau dekat tak apa la kan dari Petaling Jaya tu. Aku ingatkan lepas sign tu terus anto ke BPP. rupenyeee 24 Jun baru dorang anto??? Sape tak hangin ! Kantoi dengan aku sebab dapat surat invois atas meja. sO aku call la agen and peguam macam mana pembayaran sebab check dalam sistem BPP tak ada keluar transaction mengatakan ada pembayaran. Aku dapat invois tu 4 Julai 2015. Ada problem tak nak call sikit pun cakap kt aku. Mana aku tak hangin peguam ni! 

Part lucu. Tarikh invois 29 Jun due date 22 julai. Hurmmm kalau korang kira ikut 21 hari bekerja kan, tolak cuti sabtu ahad and cuti raya rasanya 28 Julai baru smpai 21 hari. Aku pun tak tahu macamana dorang kira. -_-'

Masa aku dapat invois ni tarikh 4 Julai da. Invois tu sebenarnya di ajukan kepada BPP, sO aku cuma dapat salinan jugak la mengatakan dorang ada minta pada BPP. 4 Julai tu aku call peguam, aku ingatkan dah settle, rupanya macam-macam problem. Sume problem tu actually berpunca dari peguam jugak. 

1. sebab peguam hold gadaian aku sampai 2 weeks. (sign gadaian 9 jun 2015 , tarikh hantar kepada BPP 24 Jun 2015) sO sah-sah laa da lewat 2 weeks. Tahu apa alasan lawyer??? Kene hold aku punya dokumen sebab uruskan launching perumahan unit baru tempat lain?? Sakit tak hati?

2. BPP ada keluarkan pekeliling baru selepas 23 jun 2015 perlu lampirkan borang-borang baru yang dorang da remind pada website. Nasiblaa peguam aku tak baca kan? Jadiknye BPP tengok kepala surat 24 Jun 2015 terus dia reject dokumen aku. Mungkin dorang tak baca gadaian aku tu sign 9 Jun 2015. Kalau ikutkan sebelum pekeliling keluar la kan?? Jadiknye BPP pulangkan pada peguam semula. Kan ke dah lambat. Tapi peguam salahkan BPP. Eh rasanya kalau KAU HANTAR DOKUMEN TU esok kan 10 Jun 2015, rasanya tak ada masalah kan? Biasalah kalau baca surat pun mesti kita rasa salah. Nak nak dok kaunter tu tengok beratus-ratus dokumen dihantar setiap hari. 

3. 4 Julai tu la aku baru segala-gala and bila aku tanya tak hantar semula ke gadaian tu pada peguam? Peguam cakap belum? lagi sakit hati jawapannya gadaian aku lagi 1 hilang. Dorang mati-mati cakap salah BPP lagi mengatakan BPP cuma pulangkan 1 gadaian sahaja. Sedangkan dorang beri pada BPP 2 gadaian. AKu rasa hangin gler kot. Aku mintak dorang carik jugak dokumen tu. 4 Julai tu dah laa Jumaat. Isnin da 6hb. Hurmm if selepas 22 Julai still tak ada pembayaran, penalti dah akan dicaj pada aku. First payment RM dalam almost RM90K. Kecut perut tengok invois ! Hurmmm petang dah nak balik tu, aku call peguam lagi haaa akhirnya jumpa jugak gadaian ke-2 tu. Alhamdulillah ! Nak bersyukur pun ye, nak marah pun ada sebabnyeee bagai nak rak dorang salahkan BPP tadi, tup tup salah diri sendiri. Euwwwww..

4. by 7 Julai 2015 dorang hantar dokumen tu semula ke BPP. Tapi Dokumen Gadaian tu diproeses dalam masa 14 - 21 hari waktu bekerja pulak. Hurmmm sedih pulak, sebab 7hb (Selasa), 8hb (Rabu), 9hb (Khamis), 10hb (Jumaat). Total hari 4 hari ni memang tak akan buat apa-apa la dokumen ni dari pihak BPP. minggu tu pulak 2 minggu BPP dah mula cuti hari raya. Sobss sobss. Sedih tak?? Naik cuti jek da 24 Julai 2015 (Jumaat). Kt BPP ni memang susah nak tembus panggilan. Aku puas dok call BPP memang sangat susah berjawab. Sebab dorang pakai sistem. Tanpa buang masa, isnin tu pepagi aku dah pegi BPP sendiri and tanya kaunter cagaran. Malangnya dokumen aku baru di hari ke 11. Aku sepatutnya boleh buat pertanyaan mengenai dokumen aku selepas hari ke - 14. 



5. Balik opis tu aku cari PIC bahagian Cagaran di website BPP. Aku emel semua masalah aku hadapi. Tup-tup emel aku dibalas. Lepas berbalas beberapa emel tu, aku dapat maklumbalas aku boleh amik dokumen tu rabu depan. Meaning dalam 5 hari tu aku dah boleh amik dokumen tu sendiri. Sebab memang aku nak amik and bagi pada peguam sendiri. Kalau aku biar jek lagi panjang agaknya masa. Dengan BPP nak kene pulangkan pada peguam dengan pos biasa. Oh NO !!! Aku sanggup drive untuk amik dokumen tu walau di Putrajaya. Bagi balik kepada peguam. Padahal kalau diikutkan tu semua kerja PEGUAM okey !! 

6. Alhamdulillah setakat ni Allah permudahkan urusan aku untuk ambik gadaian dalam masa yang singkat. Cuma aku kene follow up dengan peguam lepas ni untuk mempercepatkan progresss. Aku perasan dorang ni kalau kita tak call, tak ketuk memang tak bergerak !!!! Sakit betul hati. Lepas ni aku cuma nak tahu progress dorang dari segi 

- Stamp duty di pejabat LHDN ( 7 hari ) kata peguam laaa sebab banyak kerja. 
- bentang di pejabat tanah untuk dapatkan nombor perserahan (1 hari) 

Total 8 hari. Siap jek dokumen tu aku nak amik sendiri and bagi pada BPP ! Oh sebenarnya untuk proses loan kerajaan ni aku and seorang lagi cikgu. Tapi cikgu tu punya gadaian 24 Jun 2015 dah hantar ke BPP. Smpai hari ni gadaian tak dapat-dapat lagi? sO korang kalau nak cepat sila follow up sendiri. Jangan harapkan orang lain wlau korang bayar dorang. Huhu sedih tak??? 

Masuk hari ni invois pertama aku dah lewat 11 hari
Invois kedua aku da lewat 1 hari Wuuuuu :'( 

2 comments:

  1. saya nak beli rumah inshAllah tahun hadapan, takut gak kalo2 mcm2 hal menyusahkan...
    inshAllah indah selepas melalui semua itu

    ReplyDelete
  2. mcm ain ari tu pun berapa kali ulang alik BPP...submit sendiri form ape ntah..time tu lawyer tercicir 1 form..salah dy.kite lak yg kene wat keje...nak tgu dy antar? pos je la dy buat..bukan hantar by runner ke ape..paling cpat dy anta pun guna courier je...mmg geram dgn lawyer ni kadang2..dah la BPP tu pun slow sikit...tambah pulak dgn lawyer punye slow....huh..geram je...

    ReplyDelete