Hurmm hurmm arini dah 14 Syawal. Tapi baru rasa ada mood nak update entri raya tempoh hari????? Mood masa pregnant ni memang kelaut gilerrrr nak update any entri. Bukan tak de idea, tapi nak menaip tu jek macam malas and idea untuk mengarang tu agak KELAUT ! Mungkin lately pun agak busy dan cepat letih memanjangggg. Huuuuu jangan salahkan blog ni ye, salahkan tuannye. Oh sebelum mood merudum balik, iolls terpanggil nak sharing kisah raya tahun ni. Tahun ni aku dah beraya bersama suami. Kira ni first year laa beraya sebagai isteri gitteewww ! Cewahh ayat memang tak boleh blah !
Tahun ni and tahun-tahun akan datang, rasanya memang aku akan balik beraya di Kelantan, memandangkan memang kami berdua berasal dari sana. Actually parents aku menetap di Kuantan, Pahang tapi disebabkan kampung nenek dan atok di Kota Bharu Kelantan, maka parents aku akan pulang berhari di sana laa every year. WAJIB ! selagi ibu dan ayah dia bernafas, so they all nak amik peluang beraya di Kelantan bersama parents memasing. Aku?? Nasib baik jugak laaa kahwin dengan orang Kota Bharu. Nak dijadikan cerita pulak, rumah mak mertua aku dengan kampung parents cuma 15 minit jek. sO tiada kekangan bab tu. Alhamdulillah... Tapi tak banyak sangat pun gambar raya yang aku ambik sebabnyee since pregnant ni jadik malas nak bergambar. Tak tahu laaa kenapa. Haha rasa tak cantik kot -_- !!
We all start bertolak balik ke Kelantan 15 Julai, hari rabu. Masa tu kereta dah agak banyak jugak laaa. Tapi try to manage well jugak. Masa balik ke Kelantan tu we all lalu jalan Gua Musang. Tapi Mak sedara encik suami tumpang, maka we all berhenti di Jeli dulu hantar. Bermalam 1 hari. Hihi sempat sampai before orang berbuka. Bertolak jam 6.00 pagi dari Puchong. Mencabar jugak laa dalam kereta tu dengan sakit pinggang. Mengandung duduk lama-lama ni paham-paham laaa. sO esok kan tu pagi2 dalam 10.00 pagi we all da cabut balik Kota Bharu. Jalan tak jem. ALhamdulillah sampai dalam tengahari tu. Dapat berehat lama.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI ceeewaaaah ! hihi ni lah outfit pertama aku di hari raya pertama. |
Raya Pertama punya outfit pun ala kadar jek. Tahun ni dari segi preparation baju2, aku cuma tempah 1 dan beli 2 helai jek. Dengan perut semakin besar ni memang rasa malas nak bergaya sakan. Tapi nak juga tu ada, so sediakan jugak laa 3 helai. Tahun ni kaler pink belacan untuk tema raya pertama. Actually encik suami tak beli pun baju melayu tahun ni. Pakai baju melayu yang dapat hantaran masa majlis nikah arituh. Memandangkan baju tu tak pernah dipakai untuk apa-apa majlis, sO we reserved it untuk Aidilfitri 2015. Selesai !! Jimat di situ. Sampin dan butang baju melayu pun memang dapat sekali atas par. Untung betul encik suami yeeee.
Untuk baju aku pulak, of course la tempah. Saja gedik nak menempah. Tapi selesa jahitanya. Aku pun ketandusan idea sebenarnya tak tahu nak design baju raya fesyen macam mana tahun ni. sO bedaal jek laa asalkan tak ketat tang perut ! Baju ni aku tempah 2 bulan sebelum raya. Nasib baik laaa ngam-ngam kan?? sO boleh laa pakai untuk berhari raya. Kalau tidak, tak ada baju aku ! Lepas solat aidilfitri tu, makan-makan bersama family mertua. Bersalaman and jam 10.00 pagi aku dah pergi rumah nenek pulak. Dalam 15 perjalanan jek pun, sO bersalaman dengan parents and family aku. Hari raya pertama ikut parents aku berjalan sakan. Dari 11 pagi bertolak sampai 12 malam baru laa sampai. Beraya sakan kotttt !
sempat bergambar dengan mak yang datang jugak untuk open house rumah mertua |
Outfir raya kedua pulak warna hitam. Beli jubah ni di Jakel jek. Ada sale kebetulan so rembat 1. Hari raya kedua aku beraya dengan family mertua pulak. Gilir-gilir. Mak mertua ada buat open house pagi smpai petang. Jadinye ramai laaa orang datang ke rumah. Melayan tetamu-tetamu yang datang sesambil nak perkenalkan menantu dia kan. Tup2 raya tahun ni pakej dah ada suami and mengandung. Masa ni mengandung 6 bulan dah. sO tak ada soalan killer
"Bila nak kahwin?? "
" Oh dah kawin? Bila nak ada anak??"
Kalau orang tanya cenggini memang rasa nak ganyang-ganyang pun mulut they all. Biasa tuh !! Rezeki, jodoh semua di tangan tuhan. sO kita berserah sahaja kepada DIA. No need to worried and show concern sangat. Ngeh ngeh ngeh !!
Open house habis dalam 5 petang camtu. Kiranya time ni orang dah tak ada pun yang datang. Tunggu sampai pukul 6.00 petang pun tak ada orang. sO rasa macam dah selesai. Tup tup mak aku pulak call cakap makcik aku buat open house jugak smpai malam. Tengok tetamu dah tak ada tu yang aku and encik suami bergegas ke rumah makcik pulak. Tak jauh mana jugak dalam 20 minit. Dengan jem di hari raya lagi kan?? sO lepak2 laa dengan family aku pulak smpai malam.
Raya ketiga punya outfit pilih merah. Hihi hari ni, ikut family mertua pulak beraya. Tapi pepagi sempat jumpa mak aku jugak sebab memula we all pegi menziarah ada family yang baru kematian ayah. Kesian pulak 2 hari sebelum raya, ayahnye meninggal. Sampai raya ke 3 jek we all di Kelantan. Esok pagi tu raya keempat pun sempat beraya sekejap sebab we all prepare nak balik Kuantan. Dalam jam 5.00 petang bertolak balik Kuantan. Sampai pun dalam jam 10.00 malam. Ikut LPT 2 sO sempat laaa bermalam di Kuantan 2 hari. Lepas tu we all balik KL semula. sO far hari raya bersama 2 family ni best dan aku happy ! Raya korang macam mana ????
cantik cantik semua outfit! hehehe.selamat hari raya! rara pun dh update pasal raya.
ReplyDeletesemua baju cantik....comel je nampak baby bump...eniwey..selamat hari raya.....:D
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin kak .. hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya dik :) hihi
Delete