Tabung nuffnang sayer :

Friday, 21 November 2014

Jualan murah Tefal di SSTWO MALL

Misi menghabiskan duit di hujung-hujung bulan. Hurmmm ini yang tak gemor, tapi memang tak bawah cash banyak tadi sebab niat tak ada lah nak membeli barang-barang kan? Tapi memang niat ada nak mencarik periuk or kuali Tefal. Pagi tadi kebetulan ternampak iklan Jualan Murah Tefal di SSTwo Mall, dekat SS2 Petaling Jaya. Giler tak pergi, lagipun bukan jauh pun sebab we all SS8 la gittew walaupun di panggil PJ8. HUrmmm whateva ! Tapi ini mengundah benda tidak sedap bila aku terpaksa menghabiskan duit. Tapi bila pikir-pikir kan, bukannya selalu ada sale. Nak.. nak pulak barang ni kalau kat mall giler mahal wei !! Tak mampu nak beli kalau hitung-hitung.
Pagi tadi secara kebetulan ada kawan share picture keratin akhbar iklan jualan murah tu laa. sO apa lagi. Jumaat kan selalunya penjawat awam memang keluar shopping or cuci mata di tengahari, sebab jangkamasa rehat we all agak lama berbanding hari lain. Kalau jumaat pukul 12.15 tenghari sehingga 2.45 petang. Haaa panjanglaa langkahnyee. Haaa mentang-mentang dah mula rajin memasak tu, peralatan haruslaaa ckup. Tapi nak yang best macam Tefal ni. Keh keh keh.. Nasiblaa tapi Tefal ni memang "Alah membeli memang memakai" Eh betul ke peribahasa aku??? -_-

Ini pun aku mampu amik dua barang ni jek la dulu pasai kalau amik lelebih, bajet boleh lari woooo. Dah laa petang ni nak pegi cari penapis air. Air kat Malaysia ni kan paham-pahamlaaaa. Bukan bersih pun. Kalau minum rasa payau. Wekkk !!!
Oh berbalik kepada cerita Tefal tadi. Aku rasa mostly ramai tahu kalau sebut barang-barang Tefal especially untuk memasak, memang barang dia TERBAIKKkkkkkkk !!! Tapi yang tak baik Nye adalah MAHAL. Tapi kalau ada end year sale ni, memang murah betul la. Memang they all tak tipu punya, pasal dulu aku penah jugak ikut kakak-kakak senior di opis beli. Oh masa tu 4 tahun lepas, mana la berminat lagi benda-benda macam ni. Pandang sebelah mata jek. Tapi sekarang, hurmm rasa semua set masakkan kat rumah tu nak yang Tefal.

tempek 2 benda ni yang aku beli. Sempat rembat ni jek. Beli banyak2 nanti nak kene bayar hutang kad kredit pulak. Cukup la dulu ni. Tahun depan harap ada lagi
Masa pergi tengahari tadi, orang ramai tapi tak lah smpai beratur. Biasa-biasa shj laa. Tapi masa nak berbayar tu mak aiiii jenuh jugak laaa. Dalam 30minit ado kot beratur. Hurrrmmmm 




RM299 ni aku sempat snap pic masa dekat Jusco. Tapi dekat jualan tefal, harganya cuma RM150 . huiiii


Ok, Itu sajo gambar yang ada. Tak sempat nak snap banyak-banyak pasal busy membeli-belah. Hihi korang yang berminat dengan barangan jenama Tefal ni, bolehlah shopping ke sini. Refer pada iklan surat khabar yang aku attached tu k . 

Wednesday, 19 November 2014

Ikan kembong masak 3 Rasa: Resipi campak-campak untuk orang busy

Wuuuu baru ada masa kejap nak update entri. Tak tahu lah kenapa lately busy bebenor sampai keje pun kene bawak balik and siapkan di rumah. Smpai 2 pagi jugak siapkan. Then, busy dengan meeting. Hari-hari akan ada meeting. Then ahad smpai rabu we all berkampung di KLCC untuk program international. Perggh ! Pack gler. Lepas tu Awal Disember pulak berkampung di Hotel Sunway Piramid pulak untuk program International jugak. Adoiiiii juga pertengah Disember di Pullman ada sukan SPRING dengan Singapore. sO berkampung jugak di Pullman. Haha padahal hotel dekat-dekat KL jugak tapi kira berkampung jugak laa tu kalau smpai bermalam kan????
 

maafkan meja I olls yang bersepah dengan design-design untuk program di KLCC. Hadoiiii

 
Haa walau busy pun tapi ada jugak masa nak memasak. Kesian pulak encik suami balik2 keje tak ada makanan kan? Oh ye, sejak dah kahwin ni, rajin pulak nak memasak kan? Padahal buka tahu memasak pun. Before this punya laaah malas nak masuk ke dapuq. Gler malas punya la. Tahu nak makan jek. sO sekarang ni boleh lah beberapa masakan. Haa sape kate tak pandai masak tak leh kahwin?? Eleh.. lepas kahwin boleh belajar slow-slow what ! sO dua hari lepas tu aku cuba pulak ikan kembong masak 3 rasa cara aku. Ada jugak aku belek2 google, tapi semua cara macam sama jek kan, sO aku follow mana yang senang and ada jgk aku tambah sendiri laaa. Kiranya tak 100% copy paste gitteww !! Tapi bagi aku ikan masak 3 rasa ni tidak laa susah mana sebenarnya. Jadi untuk yang busy macam aku, and nk masa sejenis lauk shj, haa bolehlah cuba. Cewaah ! berlagak pulak kan mentang-mentang sedap arituh. Aku pun rasa kelakar sebab resipi campak-campak aku ni slalu menjadi or LIDAH AKU YANG CAKAP GITU JEK.
 
 
nak tunjuk ke tidak?? Er ni sebenarnya bila da makan separuh nasib baru perasan picture selepas siap tak amik. Wuuhuhuuu sedih tak? sO macam comot sikit yee. Itu pun aku balikkan ikan sebab sebelah lagi dah kene telan. Hihihi
 
Okey sebenarnya aku rasa resipi ni senang sangat untuk dikongsi. Kalau busy and rasa tak sempat tu boleh lah kot cuba, Tapi rasa dia not bad. Sedap !!
 
Bahan-bahan aku guna :
 

Bawang merah, putih, cili dan halia dicincang halus

Dicincang halus seperti gambar di atas:
1. Bawang merah 5 ulas
2. Bawang putih 3 ulas
3. Cili merah 1 batang
4. Halia 1 inci
 
tomato dan cili padi hiris halus
 
Bahan-bahan dihiris halus :
1. Cili padi 5 batang ke 5 biji ek? haha sO hiris je halus tak halus sangat. Macam gambar di atas
2. Tomato aku potong dadu macam tu
 
 
Bahan-bahan untuk sos
 
Nampak tak sos hitam tu?? Haaa ni aku bancuh dalam bekas lain siap-siap and gaulkan jek. sO bahan-bahan yang aku masukkan dalam tu:
 
1. 3 Sudu cili kisar/ giling
2. 2 Sudu sos ikan (Beli cap puteri dalam RM4.00 sebotol)
3. 3 biji limau nipis (Amik air dia shj)
4. Setengah sudu asam jawa
5. 2 sudu setengah gula pasir
6. 2 sudu sos cili
7. 1 sudu sos tomato
8. 1 sudu kicap manis
 
 
Untuk ikan tu aku dah lumur dengan serbuk kunyit awal-awal lagi. Campur sikit tepung jagung yek. sO ikan tu aku biarkan perap dalam 30 minit jugak sementara nak potong bahan-bahan lain kan?? sO biarkan jek dia sekejap. Then goring macam biasa. Toskan and angkat letak tepi.
 
Cara-cara:
 
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan-bahan yang kita cincang halus tu semua. Masak sampai naik bau yeee.
3. Masukkan cili padi jugak
4. Masukkan sos yang kita siapkan tadi. Gaul hingga rata and rasa-rasa dah masak masukkan tomato.
5. Kalau kurang rasa tambah jek mana patut. Selalu kalau aku dah tak perlu tambah apa-apa dah.
6. Akhir sekali, masukkan ikan or letak jek sos tu atas ikan pun boleh. Better siram sos tu atas ikan kembong tadi.
 
 
Siap !!

Monday, 10 November 2014

Shopping barang di PETSWONDERLAND

Holllaaaa... disebabkan harini aku banyak masa. Ada 1 lagi benda aku nak cerita. Ok bila mood menaip hado, jangan ditegur. Kang tak mo update 10000 tahun. Hahahaha ada pulak orang kisah kan?? Huhhuhu okey.. okey sebenarnya nak cerita, semalam 1 hari jek we olls keluar pergi cari barang-barang untuk kucing kesayangan Encik Suami. Hurmmm aku sebenarnya tak minat sangat membela kucing lebih dari sekor. Sekor cukup la kan? hadoii ini dah smpai 4 ekor sebab mak Nye dah selamat bersalin bulan lepas. sO anak dia yang terselamat and masih hidup dalam 3 ekoq !! Apa aku nak buat sekarang ni?? Hadoiiii pening jugak pasal dok umh apartment ni bukan besar mana pun. Tanah pn tak ada sebab dok tingkat paling atas sekali. Redha jek laaa.
 
Ni pn we all decide nak kasi orang yang nak. Tapi kene tunggu sebab semua baby2 lagi. Bagi la dorang besar smpai 3 - 4 bulan kan? Kalau sebelum ni sangkar pun kecik jek. Kesian pada kucing-kucing entah apa jadik kat dorang dalam tu. Maknye la seksa dengan nak menyusu lagi. Makan berak kencing. Sebab kalau pergi keje, aku memang tinggalkan dalam sangkar. Gila kalau lepas, confirm2 jadik ZOO rumah aku nanti. Mulut kucing2 ni pulak agak bising. Sebab ikot suara maknya yang kuat ,tapi kene ajar la. Kene marah supaya jangan bising. Dah serupa JOYAH aku tengok haaa.
 
sO semalam Encik suami beria ajak pergi beli sangkar yang lebih besar di PetsWonderland. Dia memang suka bebenor shopping barang-barang haiwan ni kat situ. Lengkap katanya. Harga boleh tahan laaa. Cuma kita seronok masuk kedai Pets tu. Sampai-sampai sana terus terjah yang sangkar besar. Tapi mak ai harga memang mahal laaa. Huhuhu ada tu smpai RM700. RM500 pun hado. sO ktorang nak yang besar sedang-sedang and 3 tingkat supaya dia boleh main dalam tu.
 

hasil tangkapan semalam. Whoaa tau tak ini dah melebihi perbelanjaan tuan rumah tau !!

 
Semalam memang sesi mencari Cage bebudak tu jek. Huish memang menelan air liur jugak laaa harganya. Ada 1 ni 2 tingkat, lebar tapi encik suami nak yang 3 tingkat pulak. Aku ikotkan sajo, lagipun dia yang bayar. Huhuhu. Tup tup bila nak yang sangkar 3 tingkat tu, stock habis pulak. Cuma ada yang display sajo. Tapi dah digunakan sekejap untuk kucing2 lain masuk sekejap. Jadi terpaksa we all tunggu sekejap sebab nak di cuci. Huhuhu harga asal cage tu RM338.00 jugak. Lepas sale 5% tu dapat laaa dalam RM308.00. Tapi disebabkan hanya ada yang display and perlu dibasuh, sO supervisor bagi lagi kami less 10%. Jadi harga cage tu RM292.50. Mahal ke idok ?? Huish ini kalau beli make up aku ni seronok !!!
 
Sambil tunggu cage tu dibasuh. ktorang ronda-ronda laa dalam kedai tu. Kebetulan pulak supervisor kedai tu bawak keluar kucing cantik spesis Bengal. Yeke aku sebut ni? huhu Kucing corak Leopard laa. Comel gler + manja and tak garang. Baik jeee.
 
sambil tunggu cage dibasuh. Ishh geramnye !!!
Tengok corak dia cntik kan? Tapi ni anak lagi sO masih kecik dan bulu pun baru nak cantik. Harga Leopard ni RM2,000.00
Kitorang memang suka shopping barang2 kucing di PetsWonderland. Barang-barang dia macam best. Haha lagipun dah tak tahu mana lagi nak cari pun barang-barang kucing ni. sO situ jek jadik pilihan. Sebelum ni pun aku ada teman encik suami beli makanan kucing, sO ada tuan kedai tu lepaskan kucing british shorthair kaler putih susu. Comelnyeeee + manja jugak. Nama dia King Kong. Dok kedai binatang ni memang best sebab dpat pegang kucing-kucing yang comel and yang mahal.
 
Haaa nila dia King Kong. Aku sempat godek2 gambar2 lama. Harga King Kong ni RM3,800.00 husih !!!


manja gler !!!


encik suami pencinta kucing

So lepas bayar semua barang-barang tu, we all terus balik and pasang cage tu. Hahahaha gler besar bila bawak balik. Hurmm harap-harap anak-anak kucing tu suka laaa sangkar baru ni. Smlm encik suami beli cage. Tapi aku dah tergoda dengan mainan kucing, sO aku belikan bebudak tu mainan and buaian untuk dalam cage. Harga tak mahal pun sebab 2 benda tu baru RM38.00 mcm tu.
 
 
Taraaaaa inilah dia cage baru bebudak kat rumah.
 
 
Actually walaupun anak dia ada 3 ekor. Mungkin 2 ekor lagi bagi pada makcik encik suami kot. sO pelihara ibu and anak dia sekor. Hihi ada sekor tu aku sayang sebab warna feveret aku. Aku panggil si kenit ni Marble.
 
 
Marble si mata kelabu

 
 
paling bising pun ye. Adoiii nak pekak telinga. Tak padan kecik.
2 beradik dia lagi diam jek. Tak bising.
 
 
Okey laaa. Nanti bila-bila lagi aku share pasal dorang. Sekarang ni umor dorang baru sebulan lebih macam tu. Tak boleh mandi pun lagi sebab masih baby. sO kene tunggu 2 bulan baru boleh mandikan. Itu pn sebulan sekali. Huishhh tak leh selalu kang mati pulak. 
 
 
 
 
 
 


Sunday, 9 November 2014

Perempuan dan 9 NAFSU

Tu diaaa tajuk kemain dasyat. Okey tapi itu sebenarnya ditujukan kepada diri senirik yee. Sekarang ni aku mempunyai hobi or kegemaran yang sangat tiba-tiba iaitu macam rasa nak pakai jek tudung ala bawal empat segi tu. Hui kalau dulu memang aku selalu pakai masa zaman university, tapi lelama tu rasa macam tak best sebab kene selalu betul kan, then kene gosok and tak boleh kedut. Pantang kedut sure rasa menyampah tahap gaban and mula la rasa moody pasal tudung tak menjadi. Hahaha mula lah ke kelas pun jadik lambat. Tudung bawal punya pasai ! Padahal tudung bawal aku dulu tuh tudung jenama BAWAL dah. Masa memula aku beli dlu murah lagi. Tak famous pun. sekarang jek aku tengok harga mak ai mencekik. Okey.. jadiknye bila dah pandai pakai tudung awning ni, terus nak pakai tudung express tuh. Gosok and tros pakai jek. Memang sepantas 1 minit jek la pakai. Kalau pegi solat memana pun, pendek kata tak payah nak risau, pasal kalau dulu confirm punya aku bersiap lama bila nak pakai balik tudung ni. Hahaha lawak btoi bila ingat zaman dulu-dulu. Tapi apa kan daya, tak mampu lagi nak beli tudung fesyen2 aih .
Tapi... tapi itu lah nak kaboo. Tetiba ni pulak aku ada terjumpa laah 1 tudung empat segi ala cara pemakaian tudung bawal la kan? sO ingatkan macam malas nak beli sebab takut susah nak pakai. Takut tak menjadik. Rugi jek duit beli. Tapi masa tu dia ada buat sale. Kaler pulak cantik-cantik. Haish !!! nak beli ke tak nak, beli ke tak nak. Orang memang ramai kemain. Tapi sup sap.. sup sap.. dok dengar orang berbisik cakap tudung ni senang membentuk masa nak pakai. Pong pang pong pang. Bila aku sarung kat kepala tu uish cantik ! Rege dia ada la dalam RM10.00 selai. Aku pun cuba laa amik beberapa helai sebab corak dia cantik punya pasai. Sesampai jek kat opis terus sarung tudung tu. Lepas tu langsung memang pakai jek laa malas nak buang daaa.
Tengok ni terus cabut tudung lama and try tudung baru
Sampai ke malam laa memakai Nye haaa still okey. sO malam tu jugak aku pergi tambah koleksi. Dari 1 menjadik 5 . Oppss !!!
Itulah dinamakan kegilaan or kegemaran terbaru. Ala biasalah perempuan kan kegemaran and kesukaan masing-masing boleh berubah. Kalau tidak, macam mana kasut and handbeg memenuh dalam almari kan?? btol tak? btol tak?? Hihihi rasanya semua perempuan mengalami masalah seperti aku ni ha. Rasa macam tak ada handbeg baru, tapi dalam almari tu rasa nak terkeluar dah ! Baru jek dapat handbeg hantaran aritu, boleh tak niat nak cari beg lain dah muncul. Adoi setan belaka !!!

 Sjuk gler arini smpai rs nk selfie

Maafkan picture ini sebab jumlah keseluruhan aku beli arituh almost 40 helai  -_-

Haa gittew la nafsu perempuan. Sekejap macam ni, sekejap macam tu. Sebenarny esok kan tu, aku teman mak aku yang sibuk sangat nak ke FAREEDA yang ada pembukaan rasmi di Subang Skypark sabtu lepas. Haaa aku la yang drive ke sana. Jauh mak and ayah aku dating dari Kuantan. sO bawak lah mak ke sana. Nasib baik tak ada system beratur petang tu, sebab tengok dalam facebook dia que sampai ke luar. Ngeri betul !
Hari ni kene teman my mommy pergi pmbukaan fareeda scara rasmi di subang airport.. jauh datang dari kuantan tuh. Nak pau ayah arini selai.
Gambar depan butik Fareeda kejap
Okey nak dijadikkan cerita jugakkk. Hari pertama pembukaan tu adalah Sabtu. sO bergegas dengan semangat kami ke sana. Tapi kecewa sebab banyak da habis. Huhuhu sO we all tengok-tengok jek laaa. Ada berkenan tapi macam tak rasa nak beli. Aku pulak semalam tu kan dah membei tudung 3D. Adoii tapi still kutip pakai tudung awning lagi. Sebab rasa senang and cepat. Kebetulan nak cepat.

Bila tak ada yang berkenan tu kitorang melantak subway yang ada tepi airport tu jek. Paling cepat. Sebab dah lapar sangat2
Nampak tak muka kecewa mak I olls. Sebab tak puas ati tak ada yang dia berkenan.

Okey. Balik rumah tu, sempat jenjalan Alamanda and Putrajaya, dorang tidor rumah. Tup-tup pagi tu mak cakap tak puas hati and nak ajak pergi ke SUbang Skypark lg. Huhuh dah la jauh. Hujan pulak pepagi. Tapi redah jugak laaa dia nak kan? Aku rasa dalam kepala dia da ada design mana dia nak. Tapi FAREEDA ni bukan boleh tunggu-tunggu. Alamatnya memang habis la apa yang kita berkenan.
Ok mungkin sesi membalas dendam. Aku terkejut tengok dia beli sekaligus banyak cam ni.
Happy face. Hihihi aku pn dapat la rembat 2 helai. Okeh rasa nak menangis kenapa? Kenapa aku boleh terjebak. Tapi nasib baik sehelai tu ditaja oleh super daddy !!!
TQ ayah !! hihi
Ok la bai. Huhuhu mulai hari ni berazam tak mo membazir sebab nak kene kumpul duit untuk buat cabinet dapur rumah baru nanti, kipas, lampu, grill. Arggh !! Ok stress tapi pagi tadi ada hati nak tambah pinggan corelle. hurmm hurmm. ini lah dia nafsu perempuan. sobs... sob.. sedih 

Tuesday, 4 November 2014

Muda muda lagi kene beli rumah

HUishhhh muda-mudah patutnye memang kene beli rumah. Aku lagi prefer rumah dari kereta, sebab mostly aku tengok ada budak-budak baru "freshie" laaa. Semua dah pulun beli kereta mewah bagai. Yess itu hak mereka, tak kisah laa. Mungkin mampu, tapi ada satu artikel aku terbaca yang orang muda-muda ni yang baru dapat keje fresh graduate, dah beli kereta mewah, besar. Mungkin kereta mewah ni kan asset penting untuk mereka boleh ke mana-mana drive kereta tu dengan bangga. Btol tak?? hahaha tapi sebenar-benarnya baik beli rumah dulu. Yess rumah makin mahal, tapi kalau cari ada jek yang berpatutan lagi. Tak caya?? Yeee betul... baru-baru ni kawan baik aku sendiri baru beli rumah di Puchong. Harga rumah RM288, teres dua tingkat. Cantik dan luas lagi. sO tengah-tengah Bandar which is harga tak smpai RM350k kira ok tuuuu.
 
Aku pun dalam proses membeli rumah. Mungkin end of 2016 rumah akan siap. HUish tak sabar. Masa beli tu agak mahal jugak la area Kota Kemuning. RM317k untuk rumah teres setingkat. Hurmmm tapi kalau makin tunggu makin naik harga, better la grab je. Sebab masa aku mula-mula keje dlu, ada pernah round2 area tu jugak. 4 tahun lepas rasanya harga rumah sekitar ni RM150k jek tapi dah 4 tahun ni da naik more than RM300k ?? Memang patut la beli sebelum lagi naik. Tak perlu tunggu-tunggu lagi. Sewa pun makin mencanak naik. Dari bayar sewa, baik aku bayar rumah sendiri yang kadang-kadang dah nak sama dengan harga sewa sebulan.
 
 
Kalau boleh sekarang jangan berbelanja melebihi apa yang kita mampu. Menabung lebih baik dari berboros. Huhu buang sikap berboros untuk benda-benda yang tak ada faedah.
 
 

Uish tak sabar nak tunggu rumah siap jadi mcm ni :) hihi

 
 
 
Untuk proses-proses masa nak beli tu aku pernah cerita dalam entri Beli rumah part 1 & Beli rumah part 2. Tapi memang bagus pn bg korang-korang yang mula keje tros carik rumah. Macam aku dah 4 tahun keje baru nak carik. HUhuhu sO sape-sape ada yang nak carik rumah. Mah Sing pun merupakan developer yang terkenal and bagus. korang boleh lawat page Mah Sing di sini