Tabung nuffnang sayer :

Friday, 16 August 2013

DIY kotak hantaran perkahwinan ala RUSTIC










Haaa mesti korang dah tengok semua gambar-gambar aku upload dalam entri ni kan ? sebenarnya gambar-gmbar ni aku amik secara kebetulan jew masa teman kawan aku cari hadiah untuk kawan dia kahwin. sO alang-alang masuk dalam kedai tu, aku punya lah teruja pasai terjumpa kotak yang comel ala-ala rustic nih !!! Sape yang baca blog aku yang lepas-lepas mesti tahu yang aku ni memang minat barang-barang Rustic sampaikan wedding aku nanti pun nak tema ala RUSTIC!! sO masa dok jalan-jalan tu aku snap beberapa picture lah senang nanti nak tahu kedai mana nak pegi if cari barang-barang Rustic. 

Dalam majalah Pengantin bln lepas aku ada tjumpa satu gmbar yang gubahan hantarannya menggunakan kotak kayu. Memang cantik sangat dan nampak Rustic. Kalau Nak lagi cun, letak lah bunga-bunga kat dalam kotak tuh. Lagipun harga kotak-kotak tu dak lah mahal sangat. Bila belek-belek, ada harga RM29 sekotak. Ada RM39 sekotak. sO kira boleh sangat untuk sape-sape yang nak cari inspirasi DIY gubahan hantaran perkahwinan nih. 


Kotak kayu 9 kotak (untuk lelaki) RM29 x 9 = RM261
Bunga plastik untuk hiasan = RM100

Total baru RM361 ^_^  (untuk anggaran kepada pihak lelaki)


Kotak kayu 7 kotak (perempuan) RM29 x 7 = RM203
BUngan plastik untuk hiasan = RM100


Total baru RM303 (anggaran jika untuk kepada pihak perempuan)


sO mahal ke? Tak mahal kan??? 
Jadi apa nak buat? tepuk dada tanya selera nak DIY untuk berjimat atau membazir dengan gubahan yang mahal-mahal.


oh bawah ni cuma gambar contoh dari encik Google ye :)








3 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh share ke, kat mane kedai dia ye?

    ReplyDelete
  2. Aah.. Kedai tu katne ea?.. Nak gi beli gak.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tak igt nm kedainye tp kalau ke Amcorp Mall tu dia di tingkat 3 xsilap. atas pejabat pos :)

      Delete