Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 15 August 2013

DIY hiasan bilik pengantin ??


Haa sementara orang lain dok upload gambar-gambar raya, aku plak dok upload idea DIY. tup tup je terlintas dalam fikiran benda yang boleh cut cost untuk hari perkahwinan. Bukan apa, sekarang ni mana-mana pergi mesti orang dok cakap pasal isu kahwin yang semakin mahal. Nak nak je ada artikel pasal wang hantaran yang makin mahal dalam paper kosmo tempoh hari. sO tetiba je berdesup idea ni masuk kalau laa aku kahwin nanti part yang boleh aku cut cost untuk jimat adalah BEDROOM !! Eh setakat bedroom je kot, tak akanlah nak spend mahal-mahal smpai beribu beratus-ratus kot ?? selagi boleh DIY, jom DIY ! 

Haa gambar atas tu gambar bilik aku. Memang aku suka simple-simple jew. stil Rustic style. Kalau korang penah baca entri aku yang sebelum ni mesti ada cerita pasal wedding impian aku yang ala-ala RUSTIC ENGLISH kan? 




nilah keratan akhbar yang aku sempat snap dalam paper kosmo tempoh hari. Keh keh keh... Lelaki sekarang memang sibuk kerah tenaga cari duit untuk wang hantaran kan? Alah bagi aku, aku still berpada-padalah and tak adalah sampai membebankan pasangan kita. Lagipun banyak duit nak pakai lagi lepas raya. sO buat apa membazir?

Oh so apa yang aku nak bagi idea untuk DIY ni senang jew.. Haa hobi terbaru aku nih tetiba kalau nampak benda-benda yang tengah sale or murah untuk kahwin terus je aku grab!! Contohnye macam cadar kat gambar bawah ni. Cadar ni pun kebetulan je aku jumpa ngah sale kat juscO. Tak ada secebis niat pun nak membeli cadar kan? Ayat macam novel sgt! 

Haaa sO belek punya belek, sentuh kain, pegang letak, kain dia memang best giler ! Rasa mcam baldu. Memang lembut sesangat. Aku memang cari tema putih or cream gitu. Kalau cream pn cantik apa. Nampak jugak RUSTIC nyeee. Tak kisah lah. Pegang punya pegang, tetiba je tengok harga. RM599.90. Mak ai ! Mahal bebenor . Ermm tak jadik nak pegang lelama.. Maybe cadar-cadar yang best macam gini mahal kan? sO aku pun memang tak ada niat langsung tu teros nak blah da, tapi tetiba ada cina yang promoter kt JuscO tu panggil aku. Dia cakap ada sale 70%. Rugi tak beli sebab kain elok dan ada sale. 

Aku sempat lah dok garu garu kepala. 70%? tinggal bape lah kan? tup tup bila dengar je cina tu cakap RM180 after less aku pun buka la mata luas-luas. RM180 !! Eh murah kot. Mana aku nak cari cadar murah cmtu??? Kene tema plak kan? MEmang ada macam-macam kaler tapi aku memang cari cream or putih. sO tips pertama aku korang beli cadar ni time sale. Sale yang besar-besaran. Cari cadar yang boleh dipakai lepas nikah. Bukan untuk nikah je . RUgi la kalau pakai untuk time nikah je yang penuh ropol-ropol bagai. Aku dah cakap aku suka yang simple jew . 





Kemudian tak lama tu, aku ada jalan-jalan lagi kat Giant area umah aku. Aku tersempak kedai LOVELY yang tengah sale 50% semua barang-barang dia. Masa lalu kat kedai tu, aku ternampak sarung bantal yang ala-ala RUSTIC gitewww... So aku terus la masuk bertanya kat orang jaga kedai berapa harga. Korang percaya tak ? 2 sarung bantal ni harga dia RM50 ??? Haa sebelum less harga dia RM100 so lepas less jadi la RM50.00 


ni lah dia sarung bantal tu. RUSTIC sangat kan? haa bantal ni nanti aku akan letak sebagai hiasan kat atas katil. Kalau rajin nanti aku letak pulak 2 buah bantal kaler merah baldu pulak. Kalau nak lagi cantik suasanan bilik tu, cari je Fresh flower yang kaler merah dan putih. hias je kiri dan kanan kepala katil. Langsir pun memang aku biarkan putih. Karpet memang maintain merah. Sebab kalau banyak kali nanti nampak berserabut. Kalau nak unik lagi kelopak2 bungan boleh letak atas cadar katil untuk nampak suasana bilik pengantin .. Kalau nak lagi meriah boleh letak hiasan bunga kipas kat tengah-tengah langsir, contoh macam dalam gambar di bawah




so kos yang aku guna untuk katil 

Cadar RM180
sarung bantal RM50
fresh flower + pasu bunga RM80 
bunga kipas RM40 

Total RM350

8 comments:

  1. Replies
    1. hihi berangan je sat nih. lmbt lg nk kahwin :)

      Delete
  2. wah bagusnya idea..tengah cari2 idea utk kahwin jgk ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi cari untuk cut cost mana yg boleh jimat kan? selagi boleh jimat kenapa nak mmbazir right?? =)

      Delete
  3. simple tp cantik! carpet merah menaikkan seri bilik... :)

    ReplyDelete
  4. buat bunga kipas tu mcm mana ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sy cuma share gmbr dari pakcik google. hihi cuba taip tutorial untuk buat bunga kipas tu :)

      Delete
  5. saya pun dah beli set cadar cotton cream dengan sulaman di jusco @ rm190 after less. memang puas hati :)

    ReplyDelete