Tabung nuffnang sayer :

Monday 8 July 2013

Emas dinar di Public Gold

Hari ni aku sempat lagi selak-selak blog sekejap sambil rehat tenghari. Tangan ni lately mesti nak usha pasal emas dinar. Hihihi tak salah pun kumpul emas untuk masa depan jugak. Actually aku ada lah buat sedikit research. Ye lah kita nak beli barang mahal so macam-macam yang perlu di pikirkan. Perlu di ambil kira. Kalau kene tipu niaya je. Tak naklah kne tipu duit habis beribu riban. Okey sebenarnya kenapa aku dengan Dia sibuk sangat kumpul emas? Haaaa sebabnya nak kahwin laaa.. sO ide a ni pn datang dari dia jugak. Dia yang sibuk nak kumpul emas. Aku ni yang dari awal dah memang poyo tak nak tahu pun emas dinar ni apa?? Perspektif orang melayu. Hihihi ermmm aku memang tak nak amik tahu and tak pernah cuba nk amik tahu. Itu laaa salah Nye sikap aku. Tapi sekarang aku dah sedar yang emas dinar ni memang penting. sO oleh sebab idea Dia agak bernas, maka aku pun amik kata sepakat untuk beri sokongan dia kumpul. Eh bukan mudah nak kumpul emas ni. Lagi pula harga emas 1 dinar ni bkn murah. Tapi!!! disebab kan emas sekarang tengah murah. Jadi apa salahnya membeli ? Gila tak murah sekarang kan emas turun RM145 1 gram????
 


Cantik kan gubahan hantaran dinar? yang perak tu dirham
 
Okey.. Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal kelebihan emas kan? Let say laaa emas memang murah. Kami bercadang nak kumpul 20 keping emas dinar. So total yang ada sekarang tak sampai lah 5 keping. Sedang kumpul sikit-sikit.. Hihihihi ermm then, 1 dinar yang Dia beli tempoh hari RM575.00 iaitu bersamaan 4.25 gram untuk emas 916. Haa banyak tu 4.25 gram cuma RM575?? Kami bukanlah nak berkahwin sekarang. Mungkin ada jodoh, inshaa Allah hujung tahun depan atau awal tahu 2015. So bila dah membeli awal-awal nih contoh pengiraan aku penah buat:
 
2013
RM575 x dengan 20 keping ? = RM11,500 .
 
Tapi cuba bayangkan yang harga emas akan naik tahun depan atau dua tahun depan lagi?? sebab dalam sejarah emas dinar public gold ni penah cecah RM800 untuk 1 dinar.
 
2015
Kalau RM800 x 20 keping ? = RM16,00 jadinya.. Untung banyak. Hihi tak apalah untung ke tidak yang penting emas ni bila kita memerlukan tuh masih boleh di tolak atau di jual balik. Korang try la jugak hihi .. best tau. Lagi-lagi emas ngah murah sekarang ni..
 
Antara kelebihan lain tentang emas dinar ni adalah :
 
1. Mampu atasi krisis ekonomi : sumber dari sini!
 
KUALA LUMPUR 2 April 2012 - Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain," katanya.
- Utusan Online
 
2. Sebagai Mahar perkahwinan
 
Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah r.a adalah sebanyak 500 Dirham Perak.
Manakala Habibah binti Ramlah dinikahi Nabi Muhammad S.A.W dengan sebanyak 500 Dinar Emas.
 
3. Dapat guna balik time sesak-sesak.
 
4. Menguntungkan bila beli time murah, jual pada harga naik.
 
Irma Hasmie gunakan dinar emas


Woooo giler tgk emas banyak and berkilauan..
 
Bila agaknya nak cecah 20 keping. Hik hik ..
 

1 comment: