Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 23 July 2013

Berangan kejap! dengan projek kahwin "rustic english"

Semalam dapat berita gembira sorang kawan aku nih dah nak bertunang ogos depan. Wah happy je dengar kawan-kawan mula menamatkan zaman bujang. Bukan apa, sepanjang aku kenal dia, memang dia tak pernah bercinta. sampai dia penah cakap dah give up. Tapi tup-tup aku Nampak dia update status pasal nak betunang?? Hihi risik punya risik, Alhamdulillah kalau Allah nak kasi jodoh tu orang cakap tak ke mana. Alhamdulillah.....  Hah bila aku dok bertanya dia sakan semalam. Tiba-tiba aku terkena balik. Hik hik ayat paling selalu aku dengar sekarang ni mesti "Kau bila pulak Sha?" Huk huk sedih je nak menjawab. Tapi apa-apa pun semua tu kerja Allah. Tapi ada jugaklah plan nak kahwin tu cuma masih sibuk kumpul duit. Kalau boleh tu memang tahun depan jugak aku nak tamatkan status bujang nih! Huh dah bosan jgk duduk sensorang.
 
Haa hobi aku ni kadang kalau tak ada keje, memang aku suka search info-info pasal perkahwinan and apa tema selalu orang guna. Boleh kata kan nak cari idea mana tahu kalau tahun depan dah nak kahwin. eh perasan kejap! Jadi bila dah selalu blogwalking blog-blog kawan yang dah berkahwin dapatlah sikit idea. Hurmm tah nape tiba-tiba aku suka sangat konsep ala-ala Rustic English. Bila dah ada konsep yang di idam-idam tu tangan selalu gatai cari idea-idea tentang Rustic English ni. Rustic English ni lebih kurang macam kedesaan English. Ala-ala english giteww.. Cewah! Hah nak tengok beberapa idea yang aku suka tentang Rustic English ni.
 
 

Pelamin rustic: 

Bab pelamin ni selalu yang aku perhatikan pelamin rustic tak terlalu mewah. Simple and comel je. Hihihihi .. 3 gambar pelamin bawah ni antara faveret aku. Tapi aku paling suka gambar nombor 1 nih! Wah cantiknyeeeee ...
 
 


 

kad kahwin
 
Bila sentuh kad kahwin je, aku tiba-tiba terus ada dalam kepala nak jenis camne. Hik hik walaupun berangan tapi tak salah kan nak usha-usha. sO lepas ni tahu dah mana nak cari and apa yang nak dicari. Cantik-cantik and siap ada yang aku blogwalking ajar DIY kad macam ni. Kiranya kalau rajin boleh DIY sendiri jep. =) Tapi kalau tak rajin boleh tempat.
 




 
 

 
 
Bunga tangan dan bunga telur :
 
Aku suka benda simple-simple. Tak suka Nampak colourful or pelik. Hihihi simple is cute okey. Hihi Bungan ni boleh DIY beli fresh flower dekat Chow Kit Road, or Jalan Tar ke. =)
 

 
 
 
Kalau dapat putih pink best nyeee bunga telur nih . Juga boleh DIY sebab banyak blog ajar cara-cara buat bunga telur sendiri

 
 
 
Gubahan Hantaran :
 
Kalau boleh nak tema putih jugak. Gediks kan??? Smpai ke barang hantaran pun dah usha konsep nyeee. Ini pun boleh DIY sebab anak sulungkan. sO lepas2 ni adik-adik boleh pakai =)
 


 
 

 
Baju akad nikah :
 
lelaki of course la baju melayu putih / gold camtu.
 
Perempuan pula ermmm dress sopan kaler putih. Maybe DIY kot. =) Nak yang simple je..
 
 
Ha suka simple cm dress ni. Hihi kalau buat kaler putih and kat pinggang kaler gold pun cantek. baju ni DIY sendiri je. Cun-cun harga RM200 ^_^

 
Belakang ada riben
 
 
Baju bersanding :
 
Lelaki of course la suit / blazer hik hik ^_^
 
Perempuan plak dress sopan. ermmm kaler tu yang macam pening pikir. Tapi tak apa. Saja gedik-gedik nak fikir.  Maybe macam suka kaler gold. HUrmmm tp sebenarnya kalau majlis kat dewan boleh la konsep macam ni. Kalau kat umh tu better pakaian pengantin pun baju tradisional melayu. Tapi ada 1 contoh baju ni cm aku suka sangat. Cantik!! ^_^
 

 
 
 

Bilik pengantin :
 
Ermm macam nak putih jugak. Hihi putih tu simple and cantik.
 

 
Cantik kan tapi alang-alang bilik aku latar putih. sO senang nak DIY nanti. Hihi nih bilik aku kat kampong. Eh bkn kampong pn tapi rumah mak ayah ^_^ ..
 
 
Dah memang rustic so tak payah touch up banyak-banyak
 
 
 
Hiasan meja makan :
 
lebih selesa ada bunga-bunga yang fresh
 


 
 
Door Gift :
 
Ermmm msih jek usha-usha apa door gift tuan rumah yang murah tapi berguna. Hihi antara dalam list yang dah di usha:
1. Buah epal letak riben kecik kt tangkai. RM0.50 sebiji
2. coklat
3. kek marble
 
O_O pening .. tapi ada jek gambar-gambar menarik
 




Hihi dah penat sharing.. ermm well sebenarnya best jugak usha benda-benda camni kan? sO nanti lah aku share lagi pasal wedding project ni ^_^
 
 
 

 
pssttt semua gmbar ni credit dari google je ^_^ ;) 
 
 
 

 

4 comments:

  1. Sukanya pelamin no 1 dan baju pengantin ada riben pink itu sangatlah comel :)

    ReplyDelete
  2. heee same! saya pun suka theme ni..tengah mencari-cari..drop at your blog <3

    ReplyDelete
  3. assalam,,awk terima tempahan ke ya?

    ReplyDelete