Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 2 April 2013

Alergi Ponston (Ubat Tahan Sakit)

Actually aku memang ada alergi dengan makanan laut and Habuk! Pergghh korang bayangkan habuk pun boleh jadi alergi sO memang rimas kan? Kadang-kadang kalau aku duduk atas sofa yang lama, ada habuk debu mesti tmpt aku kene sofa tu akan gatal and merah-merah. Oh kulit aku sangat sensitip!! Mengada je lebih kan?? Selalunya kalau aku alergi ni memang aku terus ke klinik. Memang aku da ada klinik yang tahu ubat apa aku perlukan. sO aku cakap je dah selalu datang sini amik ubat alergi. No problem kan? selalu doktor akan kasi ubat alahan dan gatal/bengkak je. Tapi aku tak tau kenapa tiba-tiba ada tambahan ubat yang dipanggil PANTALON. Asalnya aku boleh kene habuk disebabkan rumet aku angkut TV untuk repair. sO debu-debu tu terkena kulit aku. Masa tu okeh lagi, tapi bila da jam 4.00 petang mula naik merah-merah. Sah alergi!! sO aku bergegas lah ke klinik yang 20 minit jugak dari rumah tu. Gigih aku pergi sebab selalunya sikit  cmni bila aku telan sure esOk pulih kembali.

Ni masa aku mula-mula kena. Memang dah naik ruam-ruam. Hadoiii memang tak suka kalau ini terjadi.

Ni ubat yang selalu aku dapat.

Tapi ada 1 ubat tu adalah Pantalon. Yang aku pelik, dalam jam 5.00petang lepas aku telan 3 biji ubat ni, aku tido macam biasa. Sebelum tu da siap-siap solat asar sebab tahu mesti bangun mlm. Tapi bangun-bangun jee muka aku bertambah teruk!! Teruk sgt-sgt. Ha view gmbr kat bawah tu. Tu lah rupa aku lepas bangun tido dalam pkul 8.00 mlm


HUaaa sedih gler kenapa dengan aku.. Tak akan lah bertambah buruk. Macam makin teruk. Rasa nak menangis dengan muka and badan habis bengkak and gatal. selalu aku alergi mmang naik tang muka je. Tapi ni dah 1 badan. SO aku pn usha-usha la blog apa sebenarnya pil Pantalon ni. Pantalon yang aku dapat ni ubat tahan sakit spesis Ponston. Ponston ni memang kuat and sesiapa yang alergi dengan ubat ni memang bahaya. Aku ada nak share info dari blog sorang doktor ni Dr Zubaidi. Bacalah info-info kat situ amat berguna.

So balik pada cite aku, aku teros pegi balik klinik and SAH aku memang alergi Ponston. Apa lagi kene la 1 suntikan kt tangan. Tapi still tak kebah. Memang sama je. Esok tu aku gigihkan diri lagi pegi klinik and dapat lagi 1 suntikan di punggung. Alhamdulillah arini dah beransur pulih. Haaa gmbar terbaru aku. Memang tak make up arini ke opis


back to normal
cuma mata sikit merah

Oh gmbr ni memang aku amik pagi tadi, sO kebetulan nmpk cam ok. Upload jadi entri sebelum ni sini! Tapi ni sikit pun tak edit ye. Original :)



2 comments: