Tabung nuffnang sayer :

Monday, 21 September 2015

Baby Breech

Hari ni dah masuk 36weeks. Kalau ikutkan dah kene ke PPUM untuk check up dengan doktor sana. Tapi disebabkan baru jek pegi minggu lepas. sO doktor mintak datang lagi 2 minggu. sO aku decide lepas balik dari Kuantan nanti la aku ke PPUM. Tapi kene ke Klinik Kesihatan (KK) dulu. Kenapa 36 weeks aku dah kene ke PPUM ??? Huhuhuhu sebab doktor nak check, baby aku still breech or tidak. Kalau breech / songsang makanye pihak PPUM akan set date untuk operation. Hui memang laa kalau boleh nak secara normal, tapi kalau dah itu ketentuan ALLAH. Aku terima jek asalkan baby sihat walafiat, cukup sifat dan fikiran. Aamiin .... 

Semalam ada kawan aku baru bersalin secare ceaseran juga. Katanya tak sampai 1 jam pun, then tak adalah sengeri yang dicerita ramai orang. Entahlaahhh aku pun dah tak kisah. Apa pun boleh. sO sekarang ni tengah list down keje-keje untuk aku serah kepada officer lain untuk ambil alih. Ada 2 orang jek officer dekat unit aku pun. 

35 weeks 5 days 

Apa alahan aku dapat semasa mengandung ? 

Hihi alahan setakat ni, since masuk bulan ke 6, aku dah start suka make up and membeli macam-macam. Ada jeeek nak dibelinye haaa. Paling suka shopping tudung lofa. Dah 10 helai jek beli untuk bulan ni. Beli barang-barang makeup. Adeehhhh... penangan baby girl 

hasil tangkapan ahad lepas. huuuu topup makeup pulak. pakai dalam pantang kot gamaknye

Friday, 4 September 2015

Barang baby lagi !!!!

Dah sampai akhirnya barang-barang baby yang diorder ! Dah kenapa dengan aku ni lately dok beli barang-barang baby jek. Syndrom ibu-ibu bakal nak dapat anak kot. Wuuuuu - _- . Tak apa laa. Untuk siapa lagi kan duit ni kalau bukan dicari untuk keluarga sendiri. 

Yeay... macam biasa from BedungBarut. Memang femes IG dia. Jahitan dia sangat kemas. Kain lembut. Memang aku sukaa laaaaa
Bedung dia comelnyeeee !!! Kain pulak ala-ala baldu gitteww.. Mesti baby selesa



So far aku memang puas hati order bedung and barut dengan BedungBarut ni. Nanti sape-sape rasa nak cari barut kaler putih pun dia ada jual. Tapi aku amik kaler cream. 

Amik yg size panjang sebab bole pakai smpai baby besar

Kendian pegi mall nampak cantik pulak leggign n romper ni. Wuuu beli lagi 




Wednesday, 2 September 2015

Beli rumah ~ Dah 45% progress !!!!

Rumah dah 45% progress done, tapi aku tak nampak lagi pembayaran kepada pemaju huhu... Sakit pulak hati kita deal dengan pinjaman perumahan ni.. Cenggini laa kalau kita apply loan dengan kerajaan. Lain pulak dengan personal bank kan, memang terus tolak if tak ada apa-apa isu lagi. Sepupu aku beli jugak area ni, tapi loan dia dah settled pn. Dah bayar kepada pemaju tanpa banyak masalah. Loan aku tak tahu laa apa status. Kalau call bahagian pinjaman memang susah nak berjawab laaa. Hurmmm last inisiatif aku sendiri ke putrajaya sana. Tapi ko expect apa? Nak aku datang lewat opis semata nak tanya mcm mn progress ? Tanya tak sampai 10 minit, lepas tu blah balik opis??? Omaigaaaadddd opis aku kat Petaling Jaya weii !!! almost 40km kot. Nasib baik jek rumah aku kt Puchong. sO tengah-tengah.... jadik bernasib baik sikit laa. 

Nasib badan laaa. Tapi ada pro and con laa personal bank and loan kerajaan ni. Macam sepupu aku tu, dah start tolak interest RM300 sebulan. Makin lm makin tinggi la kene interest / orang panggil kadar bayaran loan sewa dia. Macam loan kerajaan ni, until dapat kunci rumah baru loan start ditolak. Untung laa kiranya, tapi interest / panelti yang kene tak kira plak kan??? Aku kalau penalti setakat RM1k ok lg, kalau dah lebih RM1K nak jugak mengamuknye nanti !! Actually progress rumah aku tinggal cagaran nak tengok jek pun tu pun amik masa 7 - 14 hari. Ini rasanya hari ke 8 dah ni. Dah boleh mula tanya. Then selepas tu akan dihantar ke proses pembayaran laaa. Tu pun aku tanya amik masa dalam 21 hari ! Huh -_-' . Aku plak yang tahu proses kat BPP ni. Tapi kalau ssh sangat bagi respond, memang aku pegi sendiri jek ke sn tanya !!! Sebelum bersalin ni memang kene settled untuk elak aku dari berfikir kan. 

Isnin lepas sempat la round-round area kawasan rumah tu, nak ambik feel tengok rumah cemana progress kan?? Dalam invois macam dah banyak kengkononnya. So kebetulan datang tu pagar dia buka, dapatlah we all masuk and tengok smpai dalam. Aku tak masuk laa sebab tempat-tempat macam tu malas nk jalan masuk. Encik suami jek laa yang masuk menengok semuaaa. Rumah kecik jek, rumah teres setingkat. Tapi mahal baq haaannnnnnnngggggg !!! 

Kecik jek rumah ni. 20 x 69 . Dalam 1380sqt. 
Aku pun memang niat nak beli rumah kecik-kecik jek sebab tak larat nk mengemas rumah bebesar ni. Cukup-cukup sederhana jek laa. Tapi mana tahu kemudian hari kan, kalau anak da ramai. Tapi aku agak suka pattern dalam rumah ni. Bentuk memanjang jadi boleh laa nk menghias tu ikut suka. 

Rumah aku belah kiri ni kalau dari pandangan depan macam ni. Nasib baik aku ambik belah kiri. Time ni jam pukul 3 petang camtu, sO petang memang teduh. Orang kata nak beli rumah kene beli teduh masa petang. Hihi aritu, ada 1 jek lagi belah ni. Cecepat aku booking amik. 

Belah kanan panas sket kan?? 

bentuk dalam. Direct dapur. Besar pulak dapur tu punya bukaan. Haish.. ni macam kene kreatif sikit nk tutup dapur tu. Dapur besar encik suami cakap. Hurmmm 








Rumah aku ni sama pattern dengan kengkawan opis yang ada jgk beli area sana. Kira taman lain-lain laa. Kira agak luas jugak bila rumah da siap ni. Huhuhu Kak Imah sory upload picture rumah. hihi sebab eksaited sangat suka rumah memanjang gini. Senang nak hias. =) 




Hihi dalam kepala da tau daaa nak hias cmne. Hihi xnak beli perabot dah sebab dah ckup. Kalau tambah sket2 boleh laaa. ^_^

Tuesday, 1 September 2015

Wake me Up when September end ~ Counting dayssssss !!!

Oh my ! Dah masuk september kan?? Semakin hari semakin cuak dan berdebar. Lagi sebulan lebih nak jumpa orang baru katakaaannnn.. mmmmm barang-barang si kecik ni of course aku da siap packing. Packing untuk bawak balik ke Kuantan teros lepas bersalin. Means aku tak balik rumah puchong dah. Terus jek balik Kuantan. Huhuhuhu tak kuasa nak naik smpai tingkat 4 balik oiii ! Barang-barang dia aku dah letak tepi. Kalau emergency ke apa ke bawak turun jek laa sebab tak masukkan dalam kereta lagi. Muat ke  nanti -_- ... OMG !!!! Tapi ingat tengah bulan macam nak balik kuantan ni, boleh la bawak balik sikit-sikit dulu kan?? 



Yesszzaaa eksaitad aku dok mengemas barang-barang cenonet dia. Tak adalaah beli banyak sangat tapi boleh dikatakan lengkap. Tapi aku tak beli yang mahal-mahal pun. Berjimat jugak sebab dia bukan pakai lama. Sekejap dah besar. Box tu pulak aku recycle kebetulan ada beberapa dekat rumah. Jimaaattttt  ^_^ . Alhamdulillah Allah beri rezeki yang cukup untuk lengkapkan barang-barang dia. 



Barang-barang dia pun aku dah basuh sesiap. 3x basuh jgk laa mesin basuh bergerak. Ni yang last laaaa. Smpai ke tilam bantal sarung bantal semua laaaa. Lepas tu baru aku pack2 masuk dalam box and bakul. Letak tepi supaya senang nanti bawak turun jek nanti. 






senarai semak untuk barang-barang baby. Hihi sape2 boleh refer untuk penambahan ilmu. 


dah nk masuk 33 weeks minggu ni ^_^

Thursday, 27 August 2015

THE PISANG CHEESE

Tengahari tadi we all lunch di Kelana Jaya. Dekat dalam kedai tu ada orang jual The Pisang Cheese pulakkkk. Memang feveret la kan? Selalu dah dengar goreng pisang cheese ni tapi tak pernah jumpa lagi yang banyak cenggini. Pisang dia pun sedap. Habislaaa makan manis lagi aku minggu ni. Aduhh lepas ni kene bilas dengan air masak banyak2 badan ni. Tapi tak apa laa fikir lepas beranak nanti 100 hari tu nak pantang mcm-mcm. 

ni namanya pisang salted caramel with cheese . Entah betui ke tidak. Hihi 
Sebenarnya ada macam-macam perisa the pisang cheese ni. So kita boleh pilih nak yang macam mana. Harga boleh tahan mahal, tapi kalau tengok ke cheese yang dia letak memang tak leh lawan laa cair air liur weiiii... 

ni la perisa yang ada dekat kedai

Aku beli 2 perisa teros. TAMAK haloba kan??? 

Ni plak chocolate cheese. Sedap ! 

Bagi yang dok area Kelana Jaya mesti dah tahu kedai mn kan?? Stadium FAM tempat selalu pemain malaysia berlatih tu. Belakang stadium tu ada kedai makan derek2. Korang carik kedai yang kiri sekali yeee. =) 

Sunday, 23 August 2015

#32 weeks checklist brg baby ke hospital : Dah kene prepared barang baby

Dah masuk 32 weeks minggu ni tau. Punya laa rasa macam sekejap jeeekkk masa berjalan. Seriously aku rasa macam sekejap jek. Tup-tup dah masuk 8 bln kan?? Lagi sebulan lbih dah nk jmpa orang baru. Tapi alhamdulillan. kaki dan tangan aku masih tak bengkak lagi setakat ni. Doktor cakap, if dah tak bengkak tu, memang tak bengkak dah smpai delivered baby. Berharap sangat. Lagipun aku memang banyakkan berjalan.  Dekat opis ni macam-macam tempat pergi. Kadang meeting sana sini walau dalam 1 bangunan jek kan?? Lepas tu balik rumah kene plak redah tingkat 4. Memang tak tahan nak naik tangga sekarang ni. Mesti lenguh 1 badan. 

Encik husband dah bising bila nk kemas-kemas barang. Dia yang paling risau nengok aku still relaks lagi tak berkemas. Bukan tak nak, tapi MALAS nyeeee !!! Lagipun ada beberapa item xckup lagi sO jadik malas nk berkemas. Tak ada mood terus. Hahaha punya teruk perangai. Padahal boleh jek siap apa patut dulu. sO minggu lepas sempat pegi BABY EXPO dekat SACC Mall tu. Pegi pagi dalam kol 12 lbih. (Pagi ke ? -_-) ngeh ngeh. sO dapat parking dekat dengan pintu masuk SACC tu. We all park dekat PKNS. 

Dah settle barang-barang baby tu, malam semalam sempat laa packing barang baby dulu. Barang mak nanti dulu laaa pasai aku kene prepared 2 bulan dok dekat Kuantan tros. Lepas bersalin di PPUM nanti, hajatnye terus shoot ke kuantan. Berpantang 2 bulan kat rumah family aku. Cuti confinement memang amik 3 bulan, tapi 1 bulan tu dengan nak urus rumah sewa dekat Puchong tu balik. Nak cari baby sitter. Aku plan nk hantar baby sitter dekat pejabat. Pejabat aku memang ada tadika, tapi kene que la untuk masuk. Nak nak baby memang limited jek. Aku kene tunggu que sorang lagi. In case tak sempat terpaksa hantar ada 1 tadika berhampiran tempat keje. Pun kene uruskan tuuuu. Mungkin dalam sebulan kot baru dapat que untuk tadika di pejabat aku. Senang sikit. 

so 1 beg jek sebenarnya aku bawak. Karung tu nanti muat masuk dalam beg pinky tu.
Antara barang-barang baby yang aku dekat dalam karung macam karung guni tu : 

Ini baju-baju yang aku asing untuk sekali harung jek bagi nurse Supaya en husband tak selerak kan 1 beg semata cari barang tak jumpa lepas baby delivered.
1. Pampers - 1 helai
2. Baju sepasang
3. Receiving blanket
4. Kain lampin (Aku memang khas bagi nurse. Ikutla nk buat towel ke, lap apa ke. Beli 10 helai sO senang)
5. sarung kaki + tangan sepasang
6. barut 
7. toiletries 

Untuk barang-barang mcm sj bawak lebih. Aku masukkan dalam beg pink tu jew.. Barang baby kecik-kecik jadi senang laa nak menyimpan kan walau beg nye kecik sj. 

Ni pulak barang-barang dia incase kene duduk wad lama sket ke. Lebih sehari cmtu. Hope dapat keluar cepat laa kan? Tak suka dok spital lelama...

1. Baju - 2 pasang
2. Pampers - 9 helai (sj jek laa bawak banyak)
3. Topi
4. Lampin
5. Barut - 2 helai
6. minyak herbal / minyak panas untuk baby. 


botol susu jgn lupa bawak. Nanti kalau dah lepas pump ke apa ke. In case baby nk menyusu. Ada la guna jugak kan?? Bawak sebotol sudeh. 


beli yg cenonet 1. Harga RM10.00 1 set. hihi yang ni penting untuk p travel ke. Lagi2 nk p spital. Aku suka johnson & johnson sebab bau dia best 1. Plus memang elok untuk newborn pun. Dorang ada yang untuk newborn

Yeay ini laa beg baby. Beg untuk ke spital shj. Beg dan perkakas dia untuk balik berpantang di Kuantan  belum prepared lg. Banyakkkk nyeee keja kan?? Tapi EXCITED !!! 


Kaki tak membengkak lagi. Tapi dah masuk 8 bulan ni memang mula rasa lenguh-lenguh nak berjalan. Harap-harap betul la apa orang-orang tua cakap, berjalan banyak ni senang nk bersalin. 




Friday, 21 August 2015

Team Building lagi dah tua-tua pun.

Holla.. sebenarnya nak cerita pasal team building yang dianjurkan oleh tempat keje aku ni haaa.. Dah kali ke berapa aku pegi team building pun tak ingat. Dengan induksi lagi nyeee. Sebenarnya masa memula keje dulu dalam tempoh nak pengesahan jawatan kan dah pegi team building. induksi lagi and macam-macam laa kononnya untuk memperkasakan diri. Tup - tup tetiba dah 5 tahun keje ni ada lagi TEAM BUILDINGnyeeeeee .. Punya laa malas nk pergi kan?? Dah tak ada hati nak pergi bila dah tua-tua ni. Tak adalah tua pun tapi rasa macam alahaiiii kalau zaman memuda masuk opis dulu bertenaga lagi la kan?? Kengkawan pun time tu gila-gila. 


Disebabkan opis aku ada penstrukturan semula jawatan dan boleh dikatakan 100% la by JPA, makanya Ketua Pengarah minta Team Building di adakan balik ikut batch, and wajib bagi SEMUA staff tak kira laa support staff, pegawai and bos-bos. Gred 54 pun diharuskan pergi lagi kan laaaa anak-anak bilis ni haaa. Tapi macam kelakar kan. 

Tak laaah ramai sgt. Tapi ok laaa. Ni masa hari pertama. Dah malam 


Team building ni pun tak macam team building sangat laa. Macam tak heavy sangat. Mungkin sebab ramai warga senior-senior, bos-bos and perempuan pregnant. Hihi ada 4 perempuan pregnant yang join untuk batch ni. Sebenarnya HR memang dah keluarkan senarai nama untuk batch-batch yang akan pergi smpai bulan 12 ni haa. Aku kene batch ke 3. Tiap-tiap batch pulak tempat lain-lain. Batch untuk bulan 8 buat di Cherengin Hills, Janda Baik. Dekat laa dengan opis dalam 1 jam 30 minit. Bertolak 17hb Ogos dalam jam 2 petang. Smpai sana 3.30 petang dah.  18hb pukul 12 program dah habis. Kiranya macam 2 hari jek laaa. 


pagi pagi mcam biasa laaa senaman dan outdoor challenge

Tapi yang pregnant semua duduk tepi

smpai pukul 11.30 pagi jugak berjemur. Kemudian baru laa fasi mintak masuk dewan balik sebab mcm kesian tengok panas terik


aktiviti ke sungai




Cabaran paling best yang kitorang suka ada 2 games. 1 Games dipanggil The Mole & The Team. Satu lagi game kegemaran adalah game membuat kasut berterlur.

The Mole & The Team. 

The Mole : bermaksud mempunyai sikap -ve
The Team: Mempunyai sikap teamwork, +ve

Permainan ni best sebab setiap team akan undi untuk siapa yang jadi Team dan siapa yang jadi Mole. Fasi akan panggil sorang-sorang time tu untuk cabut undi. And setiap personaliti kita samada Mole or Team akan dirahsiakan. Hanya diri sendiri yang tahu. Lepas tu pulak, kitorang perlu siapkan task di mana ada lukisan perlu dilengkapkan. Lukisan tu perlu ulang alik tengok laa. Fasi yang akan pegang setiap lukisan lengkap tu untuk kita pergi tengok banyak mana nak pergi and lengkapkan lukisan tersebut.

Tugas the Mole dalam kumpulan tu dia akan berlakon baik, tapi dalam masa yang sama dia sendiri akan merosakkan team tu. Kalau boleh dia x akan kasi pun kengkawan dia siapkn task tersebut. Contohnya dia pergi tengok lukisan tu and bagi instruction yang salah ke, Dia tak membantu langsung and diam ke. Macam-macam lagi la kan. Siapa dapat cari The MOLE sebenar team akan dapat RM500 kot !! Pengajur nak bagi.

sO time ni la kita kene berhati-hati. Ada pulak laa yang macam suspek. Fasi pulak ada yang bisik-bisik kat kita berhati-hati dengan orang ni orang tu. Hahahaha dalam team aku tu, 3 orang kene tarik masuk penjara sebab suspek The Mole. Bila masa da tamat, tiba laahhh masa untuk penentuan samada yang masuk penjara tu bersalah ke tidak. Bila soal selidik akhirnya semua tu the Team. Hahah kesian kan. Jadik Suspek plak ! sO korang nak tahu tak siapa the Mole sebenar????


Jeng- jeng jeng..... !!!!! The Mole sebenar adalah fasi sendiri sebab dorang yang jahat and kadang-kadang tukar instruction masa kita nk tengok lukisan sebenar. Mereka jugak yang menghasut kita supaya rasa curiga dengan kawan-kawan sendiri. Pengajarannya sila laaa percaya pada kawan sendiri, jangan buruk sangka especially kawan yang kita da kenal lebih 3 - 5 thn kn.



The Mole yang kene masuk penjara. Suspek !

Kasut Telur

Game kasut telur ni, cabaran dia fasi or ustaz (penceramah sepanjang program) akan pakai dan berjalan. Bawah kasut tu perlu ada telur. Telur yang belum dimasak ye. So cabarannya kami perlu buat kasut 




136 langkah. Ustaz berhenti sebab dah pecah rekod.
Hihihi berat ustaz 99kg.
Telur tidak pecah kasut masih tahan
penyampaian sijil dan penutup


makan dan boleh balik.