Tabung nuffnang sayer :

Sunday, 15 January 2017

Nasib Baik beli cepat langsir !!

Ohh nasib baik laa aku tergerak hati nak pergi beli kain langsir cepat-cepat. Walau rumah tak dapat kunci lagi *ni sengaja nk bgth banyak kali kunci tak dapat lg* Sebab Geram kan. So kita menghappykan diri dengan benda lain. Hahahahhaa boleh tak dah beli langsir pun. Aku nak hantar tempah langsir nun jauh di Kota Bharu Kelantan. sO kebetulan untie aku nak balik kelate minggu ni, sO tergerak jgk laa hati ni nk p beli kain kt Jakel tu haaa. Sebab dah booking and tengok-tengok kain memang confirm kat situ la nk dibelinyaaa. Dah pergi survey tempat lain jugak, tapi macam tak ada yang berkenan jgk eh. sO confirm la memang amik pattern aku nak tuh. Huhuhu mak cakap gelap rumah, hurmmm tak pe laah redha jek la cmne kain tu siap nanti kan? Sebab langsir aku beli tu agak tebal and tak tembus cahaya. sO dia risau rumah aku jadik gelap. Rumah tengah kn. sO memang kurang tingkap and pencahayaan. 

Xapa la. xyh buat tinted da. Hehehehehe jimat RM700 jugak laa. sebab dah survey harga lebih kurang tu untuk tinted. Rumah teres setingkat yg tengah xperlu nk tinted sgt kot. Kalau banglo ke, semi D or byk tingkap ni kene la tinted. ye dak ?? Pendapat aku laaa. Then jumaat tu aku ajak la BFF aku teman nak p Jakel Shah Alam wei. Dah la aku ni dari Petaling Jaya. Nasib baik jalan clear. Tak jem langsung wei !! Aman bahagia. Bertolak kol 12.30 tghari smpai jam 1 petang. Alhamdulillah dapat parking pun mudah. 

Lepas gores tiket parking utk sejam we all tros msuk Jakel. Dah tahu apa nak dicari so tak perlu nak lenggang kangkung nak pilih benda lain. Banyak lagi benda nak dibuat lepas nih. sO target aku memang nak p beli kain sebab dah ukur siap, ada ukuran da pun. Dengan berapa panel nak buat, bentuk langsir mcm mn sume dah plan okayyyy. Tunggu nak p anta upah sahaja. Uish memula smpai tu aku tunjuk la resit yang dah booking awal dlu kain tu. Sekali pekerja dia ckp yang kuning ni dah habis. Tinggal 9 meter jek lagi. WTH ??? Aku rasa mcm nk marah dah memula tu. Aik betul ke dah habis ni?? Pasal dia x pegi cari pun cakap dah habis. Tak apa - tak apa sabar. Mungkin ada tu. sO dia ckp yang putih ni pn macam tak ada lagi. Eh tak boleh tak ada. Aritu dah boiking siap dah letak tepi nak 5 gulung nih haaaaa. ... 

sekali lama tu baru pekerja dia mai bawak 5 batang kain. Fuh ! Legaaaa. Pahtu dia cakap yang kain kuning aku nak lak tak ada. Mana tak hangin kan. Lepas tu dia ckp ada colour seakan sama cuma dia smooth sikit. Memula aku macam dah ok jek la. Redha pasal sama jek warna. Pahtu dia panggil kawan dia perempuan untuk tolong. Sebabnya dia nak pegi solat dah. Dia cakap nak kene p solat dah so pekerja perempuan akan handle. Budak perempuan tu nice. Ok laa. Dia rajin melayan. Hahaha yang kain putih (siang) aku nak dalam 25 meter. Sepatut 24 meter. Tapi sengaj lebih kan sikit.Jadilaaa 25 meter shj. Kain tebal kuning tu dalam 33 meter jgk nak. Jadi dia dok mengukur la yang warna putih dlu. 

DONE ! Nasib baik ngam-ngam ada 26 meter jek. Hahaha selamat. Nasib baik tak kurang ok.. Then dia cakap nanti dia cari dalam stor masih ada lagi tak yang kaler kuning tu. Tak lama kemudian aku yang dah nk frust memula ni kembali senyum bila pekerja dia cakap ADA KAK! ADA KAK !. Aku rasa dia pun eksaited tengok kain aku nak rupanya ada lagi laaa. Ada 1 gulung lg. Fuh Lega !! Nasib baik aku g awal. Kalau tidak, kau rasa ada lagi kain aku nih?????  Haha sebabnye aku nengok kat Jakel tu penuh dah sume tergantung BOOKING ! BOOKING ! maybe ramai sgt yang dah bookingnye wei. Mana taknya memang murah masa sale haritu. 

haaa yang berlipat tepi tu aku punya laa. Total semua 58meter okayyy !! 

kain putih yang aku pilih untuk jadik kain siang. 


Material dia dari dekat. Ada corak halus2

Keadaan di dalam kereta. Penuh 1 kete wei.. 
Yeay boleh balik dengan aman sebab kain masih ada lagi. Kalau aku datang lmbt rasanya mesti kain aku da habis lesap da kn??Tak ada kain pun boleh bikin stress sebab dah bookig kn. Siap byar RM100 lg. sO total untuk 58meter aritu adalah RM750.00 tapi aku dah bayar RM100 depo 2 minggu lepas. Jadinye just bayar balance lagi RM650 shj. Murah kn?? Hihihi sebab kualiti kain bagus. Terbaikkkkk. Aku nk jatuh tebal gini. Sebab aku tengok kt kedai lain semeter sj RM55.00 dah. Huhuhu ni sebab dapat lock harga sale. Ok laa tuh. MISI TERCAPAI ! Bye Tunggu langsir siap pulak yee

Tuesday, 10 January 2017

Misi mencari Langsir

Nampak simple jek kan bila ajak mak "umi jom tengok and survey langsir" Dah boleh nk mula mencari dan belek harga yang berpatutan nih sekarang. Aku memang tunggu mak aku datang KL supaya boleh tarik dia tolong pilihkan. Dalam bab2 deko rumah ni memang dia superb sikit ! Memang taste dia high class sangat. Biar murah tapi cantik. Tu konsep aku pulak. Konsep dia sekali lah. Dah aku mintak nasihat dia, so kene la dengar segala nasihat dan tunjuk ajor dia. Kang dia marah pulak and merajuk. Nak mtk tolong sangat tapi DEGIL ! Hah kan da keneeee. Hahaha selalu bergaduh jugak la sebab ada yang aku tak sependapat dengan dia. 

Kebetulan masa dia datang tu Jakel ada buat sale. Hurmm macam rugi pulak tak pergi usha kan?? Rasa nak la tengok jugak. Aku suka design kain kosong jek. Ada corak-corak sikit ok la tp still sama colour dengan warna langsir tu. Kiranya mcm corak jek la. Tak minat langsir yang ada macam-macam colour. Jadi aku set nak buat 1 warna yang nampak mahal sikit. Aku suka pattern simple jek. Macam rumah mak. Hihihi.. 

Ni mak aku yang ajor la kan? Apa perlu buat untuk buat langsir. Huhu bunyi macam simple tapi tak sangka pula susah okey. Masuk hari ni rasanya da 3 minggu aku dok berfikir dan menyelesaikan masalah haha. Masalah apa? Hah bacalah baik-baik nanti. 

1. Oke memula kene set la berapa bajet yang korang nak. Macam aku Bajet cuma bawah RM1500 shj. Tak boleh lelebih dah. Huhuhu dah mahai sangat dah rasa kalau over than RM1500. Lgpun rumah single storey jek pun. Bukan byk sangat pakai tingkap. 

2.  Kenapa set bawah RM1500?? Hah pasai rumah aku tak banyak sangat nak dipasang. Okey then set pulak langsir ni nk pasang di mana?? Senaraikan jek : 
- Sliding door 2 pintu 
- Tingkap Master Bedroom 
- Tingkap Dapur 
- Ruang ke Dapur (ni sebab ruang situ mak aih punya luas. Kedekut sungguh developer aku nih nk banyakkan simen)

-_- REDHA ....

Tengok ni ruangan ke dapur. Besar kan?? Adoii sebab tu kene buat langsir. Kalau tidak nampak semua di dapur

Tak banyak kan?? Sikit jek. Tingkap dalam bilik no 3 tuh aku pakai langsir lama jek tp masih nampak baru. Tak kotor lagi. Pintu di setiap bilik rasanya tak perlu. Bergantung kepada keadaan rumah la jugak. Macam rumah aku nih, pintu bilik memang dalam keadaan tersorok. Tetamu kalau masuk pun tak perasan pintu di mana. sO abaikan. Ada lebih kita buat yeee.

3. Pattern apa ? Dalam kepala aku nih memang aku berkenan 2 pattern shj. Samada Eyelet  dan Singapore Fleat (SF). Eyelet ni mahal sikit berbanding SF. Selalunya upah berbeza mengikut design kita nak. Aku ada buat beberapa survey la dalam beberapa hari ni. Untuk langsir jek OKey??? Hurmmm YESS aku memang cerewet jugak laa. Mungkin sebab nk nampak rumah cantik kan? Lagipun aku beli langsir ni nk pakai untuk 5 - 8 tahun ye. Hahahaha tak tahulah bila mood nak tukarnye. sO biarla yang terbaik, cantik dan berkualiti kainya. Yang tebal gittewww. 

Pattern EYELET 

bentuk eyelet ada ring seperti di atas ni ha. Ni Langsir rumah mak tp di pintu bilik aku. 

Lagi contoh eylet. Kalau malam tutup la macam ni. Lagipun aku tak buat tinted.
Plus rumah aku tak ada pintu. Memang developer bagi sliding shj. Hurmm aku syak byk da developer tu untung sebab sliding dengan pintu, rasanya mahal pintu lagi kn?? Lagi2 kalau pintu cantik yg besar sikit tuh. 

Ni ha sliding rumah aku. Ada 2 panel jek. Tak ada pintu masuk. Huhu .. 




cantik tak ? Hihi bila bergabung dengan kain siang (kaler putih) nampak lagi bersambut. 

Mula-mula nak buat pattern SF . Tp bila memikirkan aku masuk ikut sliding sama jek. Makanye Amik eyelet la senang ditolak-tolak. sO decide kat situ shj eyelet and pasang rail kayu. Sume aku dah survey haha rail kayu pun dah tahu berapa harga. Oh rail pun termasuk dalam RM1500 tu jugak. Rail bagi 1 rumah ye. 

Pattern Singapore Fleat (SF)




Simple jek. Kiranya dlu kene cucuk kira 1 1 kn. Ckup 3 or 4 kita cucuk and msukkn lagi besi. Pattern tu dipanggil Frech Fleat. Ok bila da maju sikit kn? Orang pun mula berfikir maju. sO inovasi dari French Fleat tu maka jadi SF. Kita xperlu kira lagi jumlah nak cucuk. dia da siap-siap kepitkan and jahit. sO kita cuma masukkn besi jek ikut lubang kain disediakan. lebih mudah dan jimat masa. 

Tapi Harga pun berbeza jugak. Hihihi. sO apa yang aku survey setakat nih laaa untuk beberapa kedai. Mostly harganya adalah sama. HARGA UPAH ye. Tidak termasuk kain !

1. JakeL : 

Eyelet : RM12 sekaki (tak ingat termasuk ring ke tidak )
1 panel ada 5 kaki. sO total 1 panel RM12x5kaki  = RMRM60.00

Untuk sliding rumah tu aku kene amik 5 panel untuk bagi ombak cantik (memang langsir kalau nk nmpk cantik tak boleh kedekut -_-) huhuhu .. 

sO dengan Jakel RM60 untuk 1 panel 
5 panel = RM300 

Singapore Fleat (SF) : RM8.90 sekaki
1 panel = RM44.50 
5 panel = RM222.50 

2. Tehwah

Eyelet:  Tapi tehwah ni dia lain pulak kiraan dia. Bukan per kaki. Dia by panel. 
1 panel (1.4 meter) = RM19 (xsilap la. Xigat) 
5 panel (7 meter) = RM95 

SF: RM15 (1.4 meter) 1 panel
1 panel RM15.00 (tidak termasuk ring)
5 panel RM75.00 


Ring (RM1.00 x 45 ring) *1 panel 9 ring* Ring ada pelbagai size dan Harga bermula RM1 - RM5. Tapi 1 panel kene pakai sekurang-kurang 9 ring. 
=RM45.00 

Eyelet: RM95 + RM45 (ring)  = RM 140.00 
SF: RM75.00

3. Kawan mak. 

Eyelet dan SF : 1 kaki RM5.00 (termasuk ring)
1 panel ada 5 kaki = RM25.00
5 panel = RM125.00 


Jadinye siapa lagi murah??
1. Jakel RM300.00
2. Tehwah RM140.00
3. Kawan mak RM125.00 

^_^ Tp ni untuk upah sliding depan jek laa. untuk kain tebal. Sliding ada 2 layer. 1 lagi buat dengan langsir siang.


Oh kain ? hihi. Aku da pergi pilih and siap booking dah nk lock harga sale. Masa pergi tu last day dah untuk sale smpai 70 - 80%. Okey laah kain di Jakel sume berkualiti cuma mahal sikit. Time sale ni lah aku melajukan diri pergi. Dari RM38 semeter RM40 semeter sume offer jadi belas-belas ringgit sahaja. 

sebenarnya aku suka material kain mcm nih. Berat and jatuh cntik. Tapi apakan daya mahal sangat nih. Semua kedai aku usha hurmmm RM55.00 semeter, RM45 semeter, RM58 semeter. -_-

Mahal ! 

Tapi pegi Jakel ada jumpa yang lawa. Boleh tahan la price sebelum sale. RM58 semeter. Tapi ada less jadi RMbelas ringgit oklah. sO proceed ! Haha 

sama macam kain ni cuma kaler gold gitu. Tak bole nak snap pic gold tu byk-byk sebab tinggi.
Mula-mula nk kaler cream ni tp mak ckp nti pucat rumah.
ok Fine






Taraa booking dlu. Sebab kene balik ukur betul-betul baru boleh potong kain yeee. Ingat sbtu ni nak pergi beli dah. Sebab nak bg mak untuk jahit terus. * walau rumah tak siap lagi kita redha* 

Kain siang tu aku beli yg ada garis-garis. Hihi sj bg nmpk penuh and berombak. Tak jarang. Lagipun tak pasang tinted. Duit tak mencukupi so kita pasang langsir tebal sikit 

lebih kurang mcm ni tp kaler putih betul. Hihi.. baru bersambut.
Dapat murah semeter rm10.00
Penghabisan stok. habis sume roll yg ada (dalam 5 roll) aritu mak aku kutip n cari soh pekerja Jakel tu simpan sbab mungkin nk pakai dalam 30 meter. 

Harap tak melebihi bajet la sebabnye aku dah buat kira-kira.
Kain shj dalam RM800
33.5 meter kain tebal RM600
25.5 meter kain siang RM200

Upah jahit RM20 (1panel) x 17 panel (1rumah) = RM340.00
(dapat less 1 panel RM20 sebab byk)

Rail besi  (1 meter RM3.00) 1 rumah RM200
Rail kayu 10kaki =RM139.00
RM339.00


TOTAL SEMUA: RM1470.00 

Eh eh eh sipi jek tu nak lari -_- huhuhu..

Progress Rumah 80%: Pemaju lambat -_-

Sebenarnya aku emo nak bercerita pasal rumah ni. Tak eksaited nak cerita. Tapi sedih and geram pulak. Tapi kita tetap kene cool..bertenang dan bersabar. Jangan cepat melatah. Kalau mengamuk pun xdapat apa. Jadi kita bertenang. Lagipun sebagai pembeli kita kene berbaik dengan developer supaya semua kerja-kerja mcm nk renovate defect, nak dpatkan penalti dorang lewat and klau pihak kita pun ada penalti dapatlah kurangkan. sO win win situation. Jadi bertenang sahaja walau dalam hati ni panas ! 

Sebenarnya aku sign SNP tu September 2014 lagi. Means dat sepatutnya rumah aku tu dah siap September 2016 (ikut tempoh sign snp tu 24months after snp signed). sO sekarang and masuk hari ini aku kira-kira tadi adalah 115 hari lewat. 4 bulan jugak la tuh. sO aku plak semakin eksaited bila email and call developer kata early februari akan siap. Okey kita tunggu sebab bila pergi tengok progress rumah pun memang semua dah siap. Cuma tunggu CF sahaja. Mungkin lm kot proses dapatkan CF tu. Ye lah sebab tu bukan pihak dorang kan? Kita paham. Jadi dalam masa sama dok tahan marah ni, aku pun eksaited dok prepare rumah la. Plan apa nk kene buat. Disebabkan nama aku shj dalam snp nih jadi En suami x boleh nk keluarkan duit KWSP akaun 2 dia. -_- sob sob. Semua perbelanjaan adalah di atas simpanan kami 6 bulan haha. Kesian kan? 6 bulan sebelum baru nk simpan duit. Maklumlah duit kalau awal-awal ni haish memang rasa nak habiskn jek. Ditambah pulak PTPTN ni mintak habiskn. sO terbang RM1000 minggu lepas. keh keh keh.. Nanti aku cite entri lain bab PTPTN yeee.  



Sekarang ni aku menanti dengan sabar jek laaa proses dapatkan kunci rumah. Hurmm yg menjadi kerisauan aku buat masa ni adalah aku dijangka bersalin hujung bulan 3. Adoi sempat ke siap rumah tu??? Kalau boleh sebab mem besar rumah mesti lah nk hias sendiri, nak pilih sendiri apa yang patut macam langsir, grill, warna cat, susun atur barang. Perbelanjaan and semua aku yang uruskan. Kiranya aku akauntan laa haha. Encik suami bagi duit tp share-share la. Hoii tak larat kalau duit seorang jek ! Cuma kami buat yg basic shj dahulu. Tak mampu nak renovate 1 rumah ! Ada lebih lagi kita buat lagi. Lagipun nak terima kehadiran orang baru ni. Tak sabar pulak rasa nak duduk rumah tu 4 orang 2017 nih ! Tahun 2017 nih tahun magic bagi aku hihi.. 

Ok berbalik kepada cerita rumah aku lambat tu. sO aku menanti dengan redha jek laa. Haha lagipun en suami ada call pemaju semalam tya kalau lambat tu mcm mana? Dorang akan bg apa. Pemaju ckp akan refund la berbentuk penalti gitu. Maka aku ada jugaklah gali and korek maklumat berkaitan apa yang patut kita buat kalau pemaju lambat bagi kunci? sO ada la beberapa info yang aku dapat. Pada masa pemaju serahkan kunci tu, dorang akan bagi siap berapa penalti dorang bagi pada kita. Cuma kita kene siap sedia la dalam kepala nih supaya jangan tertipu. Makanye ni adalah pengiraan yang aku dapat 

(Harga Rumah) X 0.10 / 365 hari = Ini untuk kiraan berapa hari pemaju sepatutnya bayar kepada kita laa. 

Then Berapa hari bilangan lewat X dengan harga berapa RM sehari lewat tu. 


Tak paham?? 
Oke meh nak cite 


RM317,000 (harga rumah aku) X 0.10 / 365 = RM86.00 

Aku ada mentioned tadi setakat hari ini rumah dah lewat 115 hari. Jadi pengiraan untuk sebenar adalah 

115 hari X RM86.00 = RM9890 (pemaju sepatut bayar) .

Banyak kan?? Jadinye kalau pemaju bagi kita RM1k tu jangan cecepat terima and sign ye. Selidik dlu mana tahu dia pun ada tolak siap kita interest dari pihak kita yang lewat. Lagi-lagi yang menggunakan loan kerajaan tuh.