Aku betul-betul lupa nak sharing 1 kisah benar yang telah terjadi pada aku . Kisahnye dah lama pun tapi kemas-kemas opis ni, ternampak borang aduan yang aku pernah buat aritu. Kisahnye dah nak masuk 1 tahun pun baru nak update kan ??? Lain kali tunggu la 5 tahun baru update kat blog ye. Pahtu orang nak cari info untuk refer pun susah. Aku penah jugak cari-cari info kot ada pengalaman blogger lain yang pernah alami kan? Tapi buat masa ni macam tak ada jek or tak ada yang nak sharing ke i dont know..
so Kisahnye begini. Aku tengah sambung siapkan keje-keje di opis masa tu kebetulan lewat petang jugak dalam jam 6.00 petang gittew. Tetiba tengah menaip tu aku dengar sms masuk tp buat donno lg masa tu. Maklumlah masa tu dah nk msuk 40weeks. Kene gigih siapkan kerja-kerja pejabat la. RIsau beranak tiba-tiba kan??? Tak lama tu dalam 10 minit masuk lg 2nd SMs. Aku pun buka lah. Eh masa tu dah terkejut. Transaksi apa pulak ni??? AKu kat opis la nk buat transaksi celah mana???
Bila tengok amount dia aku mula tak keruan beb. First transaction RM148.40. Kali kedua pulak RM267.12. Weii bila combine jadik 415.52. Amboi sapa yang dok sedap swipe kad aku nih? Bila aku cek dompet, Kad aku ada jek selamat. Tapi no belakang kad tu betui dah. Aku terus call Maybank Servis Center la untuk kepastian betul ke ada deduction dari kad aku. Masa call tu then dorang cek sistem. Memang ada transaksi tu. So aku tanya la apa nak buat. Then aku pun mintak dorang terus block no aku tuh. Aku tak nak la lepas-lepas ni ada lagi transaksi lain. Cecah ribu riban niaya wei !!!
Then lepas tu customer servis ajar la cmne cara nak isi borang aduan kalau kad kita ada orang pakai kan?? Then bolehlah hantar borang tu kat mana-mana cawangan Maybank terdekat. Untuk dorang siasat apa yang berlaku. Aku memang tak tahu menahu pun transaksi ni yang dibuat atas pembelian insurans dot dot dot la. Ish.. pepandai jek kan dorang nih.
Kat Maybank2u boleh download borang tu. Then kita isi la amount yang kene charge tu. Nama borang tu borang Dispute on Credit Card Transaction(s). Bila da isi nanti, korang cakap la kenapa nak batalkan transaksi tu kan. Masa tu aku kasi alasan aku tak pernah beli apa-apa insurans syarikat ni dan mohon batalkan.
Nanti korang pdfkan jek borang tu then emel balik pada disputemgt@maybank.com.my
Kebetulan aku kat opis lg time tu kan. sO snang sikit nak emel or pdkan dokumen. Tapi esok tu aku tetap ke Maybank branch terdekat. Aku bawak skali borang aduan tu. Aku nak make sure ada la pengesahan dari dorang jgk kan. sO masa aku pergi tu, customer servis semalam tak block pn kad aku. Haish !! Nasib baik aku ke branch. sO aku teros block and buat kad baru. Memang ada charge la kan ? Hurmm hurmmm menyusahkan betul. RM50.00 and ada juga gst sikit. Bayar jek la kan?? Tapi nanti dia tolak dari Kredit kad tu jgk. sO total amount aku RM415.52 + pulak kad dengan gst so all is RM468.52.
Aku pun mengadu jgk pada dorang pasal kes tu. THen nasib baik branch maybank tu baik hati orang-orangnye. Dorang tolong aku lagi sekali submit borang tu. Aku memang buat banyak copy jugak sebab takut tercicir or hilang kan??? sO Maybank branch cakap, unit dispute akan siasat dlu perkara ni. Apa yang berlaku and tempoh masa selalunya dalam 3 - 4 bulan mcm tu. Kalau aku tak bersalah, duit akan dipulangkan semula. Tapi aku kene bayar dululah RM468 tu weii. Kredit kad kene la bayar. Kang tak pasal-pasal beranak interest aku. sO aku dengan redhanye bayar la dulu RM468 tu kan??? Sobss.. sobs.. sobs..
DIpendekkan cerita pulak. aku punya kes ni sampai ke aku da habis bersalin and pantang. Aku cuti 3 bulan dekat kampung. stil tak ada berita pasal nih. Aku dah balik bekerja pun still diam. AKu terus la emel balik bahagian dispute tu. Dorang cuba cari aduan and transaksi aku balik. Yang aku bengang dorang cakap tak ada pulak transaksi tu. Aih ! Aku siap cakap, maybank branch aku dlu pn nampak dlm sistem ada transaksi dan penolakan. Dorang siasat lagi and jumpa amount RM468.52. Aku cakap tu la transaksi yang bukti aku dah bayar dlu dah. Sebab aku bayar pakai online kan so ada simpanan rekod. SELAMAT !!!!
Then geram kan aku pun pergi ke maybank branch balik. Branch sama. Nasib baik dorang memang baik hati sume. sO dorang tolong aku. Then tak lama tu kes aku selesai. Transaksi yang dimohon syarikat insurans tu dah di block dan dorang siasat memang aku tak ada mohon pun. So dalam masa 14 hari tu dorang janji duit aku akan return semula. Hihi then seperti dijanjikan duit aku dapat semua. Tetiba rasa macam ada almost RM500 laa dalam bank haha.. OK TQ Maybank Sebab membantu.
Lain kali kalau ada sebarang transaksi pelik-pelik korang cepat-cepat take action. Ramai terkena. Kawan aku sendiri pun ada terkena. Dia lagilah katanya ada orang swipe kad kredit pakai nama dia and nombor belakang beli online game sampai almost RM2k jgk. NAsib baik dapat return balik duit dia tau.
No comments:
Post a Comment