Tabung nuffnang sayer :

Monday, 12 September 2016

Macam mana nak dapat lipstick M.A.C percuma

Hi ... hari ni opis aku sangat la krikkk. .. krikk... krikkk .... Meaning xada orang la yang bekerja arini. Hahaha sunyi sepi. Tapi dekat unit aku ni adalah 4 orang bekerja lagi. Bos pun keje. Hahahaha tak pa kali ni bagi chance anak buah bercuti ye. sO harini masa sangattt laahhh FREE and boleh selesaikan beberapa tugasan kerja dengan aman, tenteram, damai dan slow motion. Semua rata-rata amik cuti direct seminggu tuh minggu nih. sO memang FREE lah jawabnya. Aku sebenarnya xcuti sebab ingatkan plan nak balik 15hb tu lepas opis hour so kiranya bercuti smpai 21hb. Hahha Planning jek baru. Tapi kita tengok lah mcm mana. Malas nak bersesak-sesak makan jammmm...

Oh sebenarnya nak update pasal baru-baru ni aku ada pegi tebus barang dekat outlet makeup brand M.A.C. Memang aku ni peminat tegar brand M.A.C lah. Rasanya kulit aku serasi jek dengan brand ni. CUma lately regenya semakin mencanak-canak pulak naik. Haishhhh ! Nasiblaah setahun setengah jgak laa baru habis barang-barang make up aku nih. Ada can lah nak mengumpul duit tabung makeup bagi penuh dulu yeee??? 

Oh long strory short lah yeeekK! sO kalau dah alang-alang membeli brand makeup ni, kalau bekas-bekas dia dah habis tu, korang jangan terus buang ye. Kumpul ... simpan .. dah cukup 6 barang hah korang pergilah outlet mana-mana and boleh tebus lipstik dia 1. 1 ketoi tu pun harga RM78.00 weii ! Dlu masa aku beli memula tu harga dia RM68.00 jek. sobss. sobss. sobss. Entah kenapa dinaikkan harga. Semua barang kot rasanya sebab banyak beza yang aku tengok. Make sure bekas-bekas tu yang Original lah ye? Nanti xpasal kene cekup kerana menipu. 



ni la 6 barang aku yang dah habis dipakai tu. Kumpul dalam 1 tahun lebih jgk nih sebab produk dia tahan lama and tak mudah habis begitu cepat. Aku ni jenis pakai setiap hari tau ke tempat kerja. 


sO korang bawak jek dalam plastik apa-apa pun tak apa asalkan dah cukup 6 nanti bawak jek pada promoter dorang. Dorang memang akan tahu kalau kita datang cakap nak redeem barang. Hihihi then pilih la lipstik mana uOlls nak. Main amik jek la FREE tanpa bayar 1 sen pun. Best kan???? Tapi lipstik jek la boleh tukar pun. Brang-barang lain mahal sangat kot. sO dorang pun ada had limit. 

packaging kotaknya
Aku amik colour "Please Me"
Warna feveret aku. Memang tak boleh berpisah dengan kaler ni walau dah cuba banyak kaler. Tapi kadang aku blend dgn colour merah. Tu yg nmpk mcm byk lipstik aku kn??? hahahahaha makan ke pakai nih??? 


warna dia nampak natural. tp Ok laaa

3 comments:

  1. kite pon ada kaler please me tu. tak tahu la bila nak habisnya. macam tak luak je pakai. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jarang keluar kn? ni tiap hari la tenyeh sebab kerja opis hour . nm pn penjawat awam. kehkehkeh. .. tp 1 tahun 2 batang jgk laa

      Delete
  2. Aida x pernah pakai make up mac.
    Baca aje review kawan2 yg suka mac ni.
    in shaa Allah one day if lalu kat outlet nyer, nak test beli satu :-)

    ReplyDelete