Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 22 September 2016

Main masak-masak pulak daaa..

Betullah apa orang kata. Everyday u can see surprised from your baby. Hahaha ada 1 hari ni lepas balik keje tu selalunya aku rehat-rehat kat sofa sambil tengok tv. Selalu smpai rumah dalam jam 6 petang mcm tu. Keluar opis kol 5 smpainye kol 6. Hoi penat Ok. Baby selalu sampai rumah dia main jek mainan dia. Tak kacau aku. Tapi dalam kol 6.45 tu aku dah start nak mandikan dia. So aku dah settled bagi dia makan nestum, mandikan and siap semua dah pakaikan baju. Selalu lepas tu biarkan dia main la apa patut mcm mainan dia ke.  selalunya dia akan ralik so aku akan mandila time tu. Memang dia jarang kacau kalau aku nak mandikan ke apa ke. En suami tak akan smpai lagi masa ni. sO tak akan nak mandi lewat kan?? 

Jadinye lepas keluar dari bilik air tu aku tengok dia masih ralik bermain tanpa toleh sikit pun. Aku keluar toilet singgah tengok dia pun, dia buat bodoh. Ehh main apa tuh?? AKu pun cecepat pakai baju laa da dia pun tak menangis tak apa kan?? Peluang baikkkkkkkkkk punya untuk mak mak nak bersiap untuk diri sendiri sementara baby tak menangis lagi kan??? Then lepas tu aku keluar la dari bilik tengok dekat-dekat. Rupa-rupanya dok main masak-masak ????? Hahahahahah Genap umo 11 bulan dah dia weii.. Pandai pulak main masak-masak selain teddy bear dia kendong sana sini la jawabnyaaa. 

kesian dia. Haha amik jek mana-mana bekas and sudu untuk main. Hihihihi.... Lama jugak dia main masak-masak ni. Ada dalam 1jam lbih gak. Okey ibu suka sebab baby tak menangis.

Then keesokkan tu perkasa berlaku bila balik kerja dia awal-awal cari barang untuk main masak-masak. Kebetulan ada cawan dia tak pakai lagi dengan sudu. Haa sO dia main la smpai tak mau mandi. Paksa jugak mandi. Pakai baju baru legaa ibu. Kesian pulak main mainan cmni. Ibu decide nak carik mainan masak-masak. 



Ni nampak beg aku, dia sebuk nak bawak ala-ala pempuan bawak sangkut bahu. Hai laaa anak! 


Sebab ibu concern anak ibu nak main masak-masak, so weekend tu we all usaha cari mainan murah-murah. Tak mo ajar mainan mahal-mahal. Hahaha sO ke GM Klang jek kitaaa. Situ memang macam-macam ada. Kebetulan ayahnya nak carik kasut. Sebab dia da pandai jalan kan?? Hihi so kesian pulak tak ada kasut nak berjalan. KAsut yang sedia ada tu kecik. xboleh untuk bawak jalan-jalan. 

Hihihi nama macam baby laaa. Zara
taraa da beli kasut. kasut ni nampak selesa nak berjalan. Haaaa bila berjalan bunyi nyet nyet nyettt 



Nak berjalan. Lepas tu dah pandai mintak nak itu ini 

Akhirnya jumpa mainan masak-masak. Hihihi 
semangat baby main
Selain masak-masak baby suka bear bear. kelek mana pegi. Huhuhu .. nasibla anak gurl gurl..

girl girl sangatttt 

Wednesday, 14 September 2016

Dah Dapat KAKI !

Dah dapat kaki? SApe dah dapat kaki pulak nih??? Haha dapat kaki tu bukanlah bermaksud dapat penendang. kehkehkeh.. Dapat kaki ni bila baby dah mula pandai berjalan. Walaupun masih terkedek-kedek tapi semangat dia nk berjalan amboi kemain. Dia start meniti dari sofa ke sofa tu sejak umor 8 bulan lagi. Then bila dah masuk umor 10 bulan tu dia dah mula jalan sikit-sikit. Lagi seminggu baby dah nak masuk 11 bulan. So minggu nih dia da mula berjalan lancar jugak la. amboi kemain nak ambik barang punya la dekat pun bangun berjalan. Hihi kalau rasa letih dia duduk mencangkuk sekejap. Hahahahahaha .. 


Badan dia kecik cenonet jek. Sebab da lama xpegi ukur CM and berat kan? so xtahu la berat dia berapa now. Last timbang masa cucuk MMR tu dia punya berat  6.3kg jek. Hihi cenonet orang nye sebab dia lahir pun 2.1kg kan?? Memang kecik and rendah. Kalau dia berjalan tu alahaiiii. Sebab tu ada orang panggil dia forever baby sebab orang ingat dia baru 7 8 bulan. Upenye apa nak masuk 11 bulan dah weiii. 









Tengoklah keleteh dia yang tak nak dok dalam stroller nih. Nih dia demam ni. Pagi tu kol 10pg lagi dah p klinik. Sebab mlm tadi dalam kol 2pg aku pegang badan dia ttiba panas. Cek suhu mak ai 38.4 ! Nasib ada spare ubat bontot. sO masukkan ubat bontot. Tidur pasang kipas. Aircond off. sO bia dia rasa sejuk tapi dalam masa sama dia berpeluh. Kalau berpeluh ni baby cepat baik demam. Then pagi esok tu kurang sikit panas tapi still bawak ke klinik laa. Doktor cek suhu masa tu 37.5. Masih demam. Batuk kahak + selsema. Hingus asyik keluar jek. 

Balik dari Klinik cepat-cepat ke IOI MALL CITY pasal nak cari baju tidur ala jumpsuit tu la. Nak yang berzip sebab kalau butang ni payah nak pakaikan pada baby umor baya dia. Punya lasak. Ingat boleh ke nak pakaikan baju. Pampers pun ikot nasib. Dia punya tak nak dok dalam stroller. Wah nak ajak berjalan. sO pimpin la tangan. Dekat mall kene beringat selalu tak leh lepas anak sukati. Orang sekarang tak boleh caye. Takotttt. Hati-hati semuaa

Hihi semalam plak tengok baby dah ada gigi sebatang. Ohh rupanya demam nak tumbuh gigi kot. Dia memang tumbuh gigi lambat sikit haha.. Tapi kelakar pulak bila tahu dia dah tumbuh gigi. Punya kami gelak kat dia. Kehkehkeh.. 


ni la baju yang sebok sangat dicari tu. Nama kedai tu Good2u.
Harga sehelai RM19.00 tapi beli 2helai RM30.00 tapi kalau beli 8helai pulak dapat harga RM10.00 sehelai

Monday, 12 September 2016

Macam mana nak dapat lipstick M.A.C percuma

Hi ... hari ni opis aku sangat la krikkk. .. krikk... krikkk .... Meaning xada orang la yang bekerja arini. Hahaha sunyi sepi. Tapi dekat unit aku ni adalah 4 orang bekerja lagi. Bos pun keje. Hahahaha tak pa kali ni bagi chance anak buah bercuti ye. sO harini masa sangattt laahhh FREE and boleh selesaikan beberapa tugasan kerja dengan aman, tenteram, damai dan slow motion. Semua rata-rata amik cuti direct seminggu tuh minggu nih. sO memang FREE lah jawabnya. Aku sebenarnya xcuti sebab ingatkan plan nak balik 15hb tu lepas opis hour so kiranya bercuti smpai 21hb. Hahha Planning jek baru. Tapi kita tengok lah mcm mana. Malas nak bersesak-sesak makan jammmm...

Oh sebenarnya nak update pasal baru-baru ni aku ada pegi tebus barang dekat outlet makeup brand M.A.C. Memang aku ni peminat tegar brand M.A.C lah. Rasanya kulit aku serasi jek dengan brand ni. CUma lately regenya semakin mencanak-canak pulak naik. Haishhhh ! Nasiblaah setahun setengah jgak laa baru habis barang-barang make up aku nih. Ada can lah nak mengumpul duit tabung makeup bagi penuh dulu yeee??? 

Oh long strory short lah yeeekK! sO kalau dah alang-alang membeli brand makeup ni, kalau bekas-bekas dia dah habis tu, korang jangan terus buang ye. Kumpul ... simpan .. dah cukup 6 barang hah korang pergilah outlet mana-mana and boleh tebus lipstik dia 1. 1 ketoi tu pun harga RM78.00 weii ! Dlu masa aku beli memula tu harga dia RM68.00 jek. sobss. sobss. sobss. Entah kenapa dinaikkan harga. Semua barang kot rasanya sebab banyak beza yang aku tengok. Make sure bekas-bekas tu yang Original lah ye? Nanti xpasal kene cekup kerana menipu. 



ni la 6 barang aku yang dah habis dipakai tu. Kumpul dalam 1 tahun lebih jgk nih sebab produk dia tahan lama and tak mudah habis begitu cepat. Aku ni jenis pakai setiap hari tau ke tempat kerja. 


sO korang bawak jek dalam plastik apa-apa pun tak apa asalkan dah cukup 6 nanti bawak jek pada promoter dorang. Dorang memang akan tahu kalau kita datang cakap nak redeem barang. Hihihi then pilih la lipstik mana uOlls nak. Main amik jek la FREE tanpa bayar 1 sen pun. Best kan???? Tapi lipstik jek la boleh tukar pun. Brang-barang lain mahal sangat kot. sO dorang pun ada had limit. 

packaging kotaknya
Aku amik colour "Please Me"
Warna feveret aku. Memang tak boleh berpisah dengan kaler ni walau dah cuba banyak kaler. Tapi kadang aku blend dgn colour merah. Tu yg nmpk mcm byk lipstik aku kn??? hahahahaha makan ke pakai nih??? 


warna dia nampak natural. tp Ok laaa

Monday, 5 September 2016

BELI RUMAH: 80% PROGRESS .. Bila nak dapat kunci rumah ??

Lama x update pasal rumah. Sebenarnya aku sendiri pun lama tak amik tahu progress rumah tu. Cumanya baru-baru ni tergerak nak check dalam sistem LPSSA tu la. Rupanya status da 80%. Hurmmm bermakna ada lg 20% ke?? Tapi jumaat lepas en suami ada call developer tanya status rumah macam mana kan?? Lagipun aku beli rumah pun masa Jun 2014. Projek start dalam Mei or Jun2015 rasanya. Then now dah September 2016 pun. Aku start beli rumah ni masa kawasan tu hutan lagi cikk oiiiii tak ada tanah rata lagi. Tapi alhamdulillah on progress jugak laa. 


Hasilnye





 taraaaaaaaaaaaaaaaaa ..... 



So far semua dah siap pun katanya developer lah masa en suami call. Air semua dah masuk cumanya Elektrik jek tak ada lagi. Masih tunggu TNB. Lambat sikit. Then lepas dah masuk elektrik barulah boleh TAR jalan, then Check CF gitu. So dah tak banyak pun lagi nak siap. Aku pulak nervous wei nak tunggu siap and dapat kunci nih!! Mana tidaknya duit tak cukup lagi kumpul buat naik sikit-sikit apa patut kat rumah tu. 

Pagar pun dah siap pasang. Rumah pun dah siap cat semua. Pendek kata memang Ok la semua kecuali bak kata developer tunggu pihak TNB sahaja. NEVERMIND .. 


Pagar dia simple jek. Tapi plan dalam kepala nih nak beli motor sahaja untuk buat pagar automatik. Dah cuba survey-survey price dalam RM1.5K jugak beb!! Tapi ok laaa. Still reasonable. 

Master bedroom. Kecik jek. Tengah memikir camne nak deco bilik ni haa. Kecik cenonet sangat. Plan nak bawak katil bujang 1 + dengan katil queen ktorang. Xtahu laaa muat ke idokkkk. 


gambar atas pandangan gambar dari dapur ke ruang depan. Manakala gambar ni pulak pandangan dari ruang tamu ke dapur. So acane?? Korang agak-agakla sendiri haha.. Ermm tak besar tak kecik. Ok laaa dalam kepala pun dah ada nk deco cmne. Pakai perabot sedia ada kat rumah jek. Tak akan tambah kecuali meja makan baru kot. -_-

haha meja makan lama macam tak nak bawak. Tapi kita tengok bajet mcm mn yeeee

Ni pulak ruang dapur. Belakang la ni. Kecik jek kan?? Ada planning kat sini yang mungkin memakan riban riban ringgit. Phewww sabo jek laaaa. Tak buat renovation / pecah pun. Apa dalam kepala sekarng ni aku nak pasang simen batu gantikan pagar hijau tu. Then separuh lagi gril laa. Kiranya boleh jadik tempat letak mesin basuh + jemur baju + dapur basah.
Uish ada contoh yang plan dapur tu. Sebab ktorang dah start survey-survey dah. Harga, material. Melawat rumah kawan-kawan yang dah siap progress and renovation.  Hihihi... Adoii pening kepala sat. 

Ni rumah kawan ktorang. Dia buat dinding pun sume zink.  Tapi aku nk tukar pakai batu simen 


Dalam dia akan jadi mcm ni. Lebih kurang luas macam rumah kami so muat nak letak mesin basuh + jemur baju. 

Ni contoh yg ktorang nak. Haha.. separuh batu separuh grill


Hasih tunggu jalan jek la nak di TAR

Ni pulak dapur ktorang. Tak besar mana pun. Huhu tapi boleh laaaa. Rumah ni kecik jek. Kat sini plan nak pasang kabinet dapur. tapi kalau tak cukup bajet mungkin buat table top jek dlu kot. 

Ni rumah perumahan sebelah yang dah siap 100% hihi. dorang lah duduk and rasmi dlu yeee