Tabung nuffnang sayer :

Wednesday, 4 May 2016

2nd jab Pnuemococcal : Vaksin radang paru-paru

Entri yang boleh dikatakan agak lama jgk laa. 2nd jab untuk pneumococcal pun sebenarnya dah amik masa 3 minggu lepas lagik. Tapi baru ada masa nak buat entri pasal ni kn?? sO 2nd jab dah settled, makanya ada 1 lagi jab after 2 bulan sebab dia gap 2 bulan ... 2 bulan... Kiranya bulan 6 nanti aku kene bawak dia p spital lagi laa untuk jab ke tiga (jab = suntikan). Then last sekali booster untuk pneumococcal adalah pada dia berusia 1 tahun 5bulan. sO kene sediakan duit sikit jek lagi. Sekarang memang duit keluar macam air untuk si kecik ni seorang jekk. Nasib baik laah maknya keje kan??? 1 jab untuk pneumococcal dalam RM250 - RM350 tengok pada jenis ubat-ubatan. Macam aku amik vaksin yang cover 13 jenis vaksin. sO harganya around RM300 (not including gst 6% + doctor consultation fees) 

Tapi selalunya we all bawak baby aritu bukan untuk suntikan pneumococcal shj. Selalunya akan amik vaksin untuk rotavirus sekali. Rotavirus ni vaksin untuk mencegah dari cirit-birit yang terjadi pada baby. Kalau baby cirit-birit kan boleh memudaratkan badan sehingga boleh membawa maut. Jadi untuk elak benda-benda macam ni lah aku terpaksa korban kan wang ringgit. Tak nak sesuatu terjadi kemudian hari. Bagi sesetengah orang rotavirus tak pnting. Tapi bagi aku sangat...sangat penting. Sebab baby of course semua benda nak masuk mulut kan?? Apa jek dia nmpak masuk mulut. sO dari situ kuman and bakteria akan masuk ke dalam badan dan sistem penghadaman. Lagi 1 virus ni juga akan membiak pada botol-botol susu yang tidak dicuci bersih dan sebagainya. Tapi rotavirus ni bukan suntikan. Hanya cecair manis yang akan diberi kepada bayi oleh doktor. 


Lepas cucuk doctor terus tampal sticker comel pada peha comel baby 



ceyy masa ni macam happy jek kan? Tak ada side effect lain. 
Tapi pneumococcal ni adalah suntikan yang menyakitkan brbanding suntikan biasa di klinik kesihatan. Ubat dia agak kuat 


Total all untuk pneumococcal + rotavirus around RM430.00 di spital swasta. Klnik kerajaan tak sediakan untuk suntikan ni sebab kos nya agak mahal. sO sesiapa yang nak dapatkan boleh, tak ada masalah. Aku menabung jugak untuk suntikan ni. huhu.. 

Balik jek dari spital tu, dia da weng...weng.. Mengantok la ubat ni kan?? Sampai rumah dalam jam 2petang. sO dia terus tdo smpai la pkul 5lbh. Petangnya siap-siap nak p tidor umah makcik en. suami. Tapi masa tu dia da start merengek-rengek. Sakit kot. Tapi masa suntikan pertama dlu tak ada pulak dia merengek or nangis. Kesian pulak tengok dia menangis. Makin lama macam makin kuat jek. Kalau ikot pada first suntikan dlu aku buat di Kuantan, memang tak ada masalah. Malam pn tido lenaa tak ada demam. Boleh refer entri lama pasal penumococcal di sini .

Masuk malam pun sama kuat dia menangis. Kaki tempat cucuk tu macam membengkak. Aku tak ada amik 1 pun picture sebab dah serabut and kesian tengok dia. Asyik menangis. Sakit kot. Sebab lubang tempat dia cucuk tu pn mcm besar. Kaki pun tak leh disentuh langsung. Dia sakit. Menangis pun macam teruk jugak laa. menangis yang memang meraung sakit. Makanya kol 10 mlm tu jugak en suami ajak p klinik la. Risau apa-apa jadi. Sebab kaki tu pun tak bergerak-gerak tempat kene cucuk. 

Doktor yang rawat dia terkejut tengok bekas suntikan kat peha baby mcm agak besar jgk. Dia bgth mungkin doktor tu suntik pakai jarum besar. Sepatutnya kene pakai jarum untuk baby la kan??? Sebab aku pun pelik selalu cucuk kt klinik kesihatan bekas suntikan tu nampak halus kecik jek. Ni memang jelas nampak okey. Mana laa tak sakit budak tu doktor yg aku p mlm tu bgth. sO dia try dukung pun baby da meraung nangis sebab sakit. Kaki tak bergerak. Doktor risau jgk kaki tak bergerak. Dia baringkan baby, nak soh gerakkan kaki kanan yang suntik tu. Lamaaa tu baru kaki tu bergerak. Semua legaaa. 

Badan dia agak panas da malam tu. Panas and nak demam bkn sebab pnuemococcal tu, tapi sebab tahan sakit. sO doktor decide nak masukkan ubat melalui dubur. Malam tu doktor yang buatkan. Then dia spare 1 untuk aku in case la kan?? Then doktor bagi cream untuk sapu reda bengkak. Malam tu aku sapu area suntikan tapi tak kenalah lubang tu. Jangan bg kena ye. Sapu sekitar-sekitar jek. Dalam 2 jam selepas tu baby semakin ok. Dah boleh tidor. Bangun pagi tu dah boleh meniarap and gelak-gelak macam semalam tak ada apa-apa yang berlaku. Fuh! Legaaa... ALhamdulillah. OK lepas dari tu aku sumpah tak mo p doktor tu dah laaa. Sanggup ni nak balik Kuantan nak p KPJ Kuantan nak jumpa Dr. SITI. Dr first yang jab baby dlu. Dr tu memang superb ! Terbaik ! 

Itu sahaja kisahnya. Sebenarnya nak cerita detik-detik cemas tu jek. Dengan aku.. aku sekali nangis masa baby nangis sebab tak sampai hati tengok dia menangis tahan sakit. Sakit wei!! I felt her !! Dengan kaki bengkak. Aku tahu dia memang sakit sangat-sangat. Pengalaman 1 mlm yang aku ingat sampai bila-bila. Serik sangat tengok dia sakit mcm tu. 


Tak apa la. 
Asalkan awak okey sayang. 
Esok tu nasib baik dah happy and gelak-gelak ye




2 comments:

  1. sya ade terbace kate rotavirus x halal. sya salah bace la nih. hehehehe

    baby jab vaccine pneumo ni kt mne eh awak? sya aritu plan nk g kpj but then rase mcm nk cr yg plg dekat umah ngn umah pulak. confused dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jab pnuemococcal boleh jek amik kt mana2 private spital. Buat mn2 pn ok then lain2 spital tiap jab pn boleh no prob.

      Delete