Tabung nuffnang sayer :

Sunday 1 November 2015

Nik Lanaa Azzahraa'

Maaf lama betul tak menulis new entri. Hampir sebulan ! Wow !! Hihi sebenarnya banyak sangat benda nak kena settle sebelum cuti bersalin nih. Sebenarnya aku dah selamat pun melahirkan seorang baby girl secara normal. Hari ni dah hari ke 15 berpantang. sO aku berpantang di kampung shj. Mak sendiri yang jaga sepanjang aku berpantang nih. 



Hihi nama anak aku Nik Laana Azzaharaa' bt Nik Muhammad Afi. Yang bermaksud LEMBUT & YANG TERANG BERSERI-SERI. Sebenarnya aku sendiri tak sangka akan melahirkan baby ni sebab asalnye pagi isnin 19 Oct tu aku cuma pergi check up seperti biasa di PPUM. Seriously mmg tak rasa nak bersalin ke apa ke. Due bersalin adalah 20 Oct. Jadinya aku bersalin awal sehari laaa dari tarikh due. 

Kronologinya, pagi tu aku pergi check up and buat scan terus di PPUM. Kira ni first time la aku scan di PPUM. Selalunya di Klinik kesihatan (KK) and klinik swasta biasa shj. Masa scan di PPUM, doctor detect air ketuban aku sangat-sangat sedikit iaitu dengan gelombang air 2. Paras normal untuk air ketuban adalah 5 dan ke atas. Dah kalau 2 tu rasanya mcam air kencing dah kot kuantiti. Lagi 1 doctor dapat detect baby macam kecil dari weeks dia. 2.2kg masa 39weeks 6days. Huhu dah tu semua doktor mula berbincang sesama sendiri siap lukis graf pembesaran baby. OMG memang cuak gler la sebab tkot apa-apa jadik pada baby aku. 

Doktor tros decide untuk induce aku aritu juga and keluarkan baby. Kiranya dorng takut apa-apa jadik pada baby laaa sebab dengan air ketuban sikit macam tu memang ikut logiknya baby x dapat hidup lama. Air ketuban ibarat oksigen da pada baby. Aku pun mula cuak laa sebab rasa tak ready nyeeee. Tapi dah nama pun bersalin kan. Bila-bila masa pun boleh terberanak kt memana dan bila-bila masa pun. Makanya aku redha jek laaa. 

Dipendekkan cerita, pada 6petang tu doktor induce aku dengan memasukkan ubat melalui bawah. Kiranya ubat tu macam kuat sikit la kot berbanding masukkan drip air. Tapi sebelum induce tu doktor check laluan dah buka 2cm.  7 petang tu ok lagi . Aku siap boleh pergi solat. Jam 8 mlm dah start sakit contraction. 8.30 mlm sakit makin kuat la pulak, 5 minit 5 minit sekali. Huish !!! dah tak boleh jadik ni. Smpai jam 9.00 malam aku dok menahan sakit sensorang. Dasyat gler sakit contraction ni. Rasa nak putus segala urat-urat kat perut. Aku pun terus panggil doktor and doktor check kepala baby dah kat bawah. Time tu la doktor bagi instruction and aku just follow. Tak smpai 15 minit cm tu, tetiba aku rasa macam de benda dah nak keluar. 9.20 malam aku selamat melahirkan baby girl. Huish macam tak percaya kan??? Dah tu pulak tak sempat doktor nak tolak ke Labor room da. Aku bersalin di wad bersalin shj. 

Tapi betul kata doktor PPUM, berat baby cuma 2.1kg. Memang ringan, tapi panjang dia 44.5cm. Kira panjang juga cuma badan dia lebih ringan. Bila dah melahirkan tu perasaan lega memang tak dapat digambarkan lagi laaa. FUH !! Walaupun menahan sakit masa menjahit luka di bawah ke apa ke. I don care. Yang penting rasa tak sabar nak p tengok baby sendiri. Hihi. Jam 1 pagi aku dah mula ditolak masuk ke wad post natal. Selepas bersalin. Hihi .. mlm tu aku tidor dengan baby.

Oh sebelum ni aku ada cerita baby breech kan?? Mulanya aku scan masa weeks ke 37 pun still breech. sO masa 38weeks nak jmpa doktor PPUM untuk set date ceaseran, tup-tup masa scan tu baby dah berpusing. Alhamdulillah baby berpusing masa weeks ke 38. Memang miracle sangat. Doktor pun pelik dan terkejut. Hihihi makanya dapatlah aku bersalin secara normal.  

Okey laa nanti sambung lain kali. Laana pun dah terjaga. Hihihi..

8 comments:

  1. alhamdulillah, tahniah dia atas kelahiran cahayamata yg sgt comel. sedapnye nama baby.
    selamat berpantang :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah..comel baby nya..selamat berpantang

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Nisa....patutlah lama tggu blog berupdate, rupanya tgh cuti berpantang...salam peluk cium untuk si comel ye?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah comel sangat baby awk!! tahniah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi mcm tak percaya jek kan da ada anak?? bfore ni kita kenal di blog pun kawin pun tak lagi. tup2 skg da ada anak sorang..

      Delete
  5. Alhamdulillah tahniah hannis. Ika hari2 nk usya blog awak. Dh bersalin ke blom ni. Nk tgok baby hihihhhh. Skli dh nmpk update.

    Alhamdulillah dipermudahkan semuanyaa n baby sgt comellllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua selamat. Tapi ssh betol nk update blog skg sebab ada si kecik ni. Idea pn ssh nk mari hihi last2 blgwalking jek laaa

      Delete
  6. Wawawawa lawanya lanaaaa......tahniah yer

    ReplyDelete