Tabung nuffnang sayer :

Monday 9 November 2015

Breasfeeding Laana !

Hari ni dah masuk hari ke 22 aku berpantang. Dan bermaksud baby aku pun dah berusia 22 hari. Another 22days nak habiskan pantang ni. Aduhaiii cepatlah masa berlalu sebab waktu berpantang ni laaa memang dugaan sungguh. Paling aku tak suka adalah memakai bengkung. Kalau ikutkan mak aku, 24 jam kene pakai bengkung. Kecuali mandi. Tidur pun memang kene bengkung huhu.. Makan pn of course kene pantang ikut cara dia. Nak berjalan banyak pun dia tak bagi. Memang straight jugak mak aku ni. Cumanya memalam dia bagi tidur dengan aircond laa ngeh..ngeh... Tak tahan aku kalau tak ada aircond. Susah nak tidur sebab panas. 

hasil perahan untuk sesi pertama. Rasanya tak tahu berapa kali sesi aku kene pam untuk elak bengkak and buat stok. 


Sempena BREASTFEEDING WEEK by Kementerian Kesihatan NI, Nak cerita pasal breastfeeding jugak laaa . Kebetulan hospital tempat aku bersalin di PPUM pun sangat-sangat menyokong ibu-ibu untuk BF baby memasing. Masa aku checkup kat sana ada sesi selama 2 jam pasal breasfeeding shj. Dekat opis aku bekerja pun boleh dikatakan memang support BF ni. Sampai sanggup bawa breast pump ke opis. Pump ikut timer. Tak pun ikut la masa yang free kan? Aku pun teruja jugak nengok dorang semangat so otomatiknye memang diri sendiri pun jadik smangat. Siap beli awal-awal lagi breast pump. Beli yang murah jek asalkan boleh lah hasilkan stok susu untuk Laana. 

Tapi pengalaman memula aku nak BF ni pun bukan senang. Sampai menangis-nangis jugak laa sebab masa hari pertama dan kedua tu susu tak keluar walau baby hisap. Kesian baby sebab tak makan langsung. Perut dia pun jadik kembung. Nak tidur pun tak boleh asyik menangis, sampai terpaksa pinjam susu formula dengan jiran sebelah rumah makcik aku. Sebab lepas bersalin tu, hari pertama dah boleh discharged. sO tumpang rumah makcik dlu before balik Kuantan. Baby tak dapat tidur sebab perut kembung. Tengok jam dah pukul 12.00 mlm. Susu pun tak nak keluar. Baby meragam. Last-last bagi laa susu formula. Time tu kasi pun agak susah jgk laa sebab perut baby dah kembung. Dia pulak tak pandai nak hisap botol susu. Aku beli botol susu avent, tomme tippe semua dia tolak. Mana tak menangis kan tengok baby kita lapar and sakit. 

Sampai esok pagi pun dia menangis. Tapi dekat jam 9 pagi tu Laana tidur sbab kepenatan rasanya. Susu pun dah mula nak telan sikit-sikit. Tapi dia tak lena tidur jugak laa. Aku pun dah pening kepala sebab tak tidur 2 hari. Hari pertama tu tak leh tidur jugak menahan sakit luka jahitan. Hari kedua ni kene jaga baby. Lepas zohor tu mak mertua amik aku dekat rumah makcik and we all brtolak balik ke Kuantan. Nasib baik kereta mertua tinggi. sO tak rasa sangat la sakit kat bawah tu. Luka aku pulak agak panjang dalam 4cm. Wuuuu memang terasa la pedih and sakitnye .. 

sampai kuantan baby tido lagi

Malam tu aku try lagi sua breast pada baby dengan harapan dia nak hisap and susu keluar. Then malam tu, baby tiba-tiba sucking dengan kuat and baru laaa susu keluar. Until today susu aku semakin banyak. Alhmdulillah... Sampai kene pam untuk keluarkan buat stock. Kalau tak bengkak and sakit. Dalam 4 jam sekali dah mula terasa perit and bengkak. Wuuu .. 

setakat ni baru banyak ni stok. Ni pun kalau ada lebihan yang pam smpai 8 oz, sO aku akan simpan la separuh untuk stok. Banyak-banyak dekat luar nanti rugi pulak susu tu. 

happy baby dapat BF susu.
Hari ni da 22 hari so nurse timbang berat baby dah jadi 2.9kg. Masa lahir memula 2.1kg jek ^_^

Panduan penyimpanan susu ibu:




Jom support Breasfeeding !! 
Hihi inshaa Allah kalau diberi rezeki smpai Laana 2 tahun 




7 comments:

  1. Bestnya ada susu.......kite pon niat nak fully bf baby....arap2 susu meriahhh

    ReplyDelete
  2. Good hannis. Kite pon support bf. Pump mesti kne buat 2-3 jam skli pling bgus. Kite punye jdual pump kt opis 10 pg. 1 tghari n 4 ptg. Stok alhamdulillah. Smpai skang. For you dlm pntang. Pump bila prlu saja taw. Kerapkan direct feeding utk stimulate klenjar susu. Meh join weols kt group bfmembers

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Apa fb eqa? Nti leh add fb

      Delete
    3. Ateqah bukhori . meh join.
      Ada lgi satu public group
      The breastfeeding advocates network

      Delete